Fidyah Dan Puasa Ganti

Salam...selamat menjalani ibadah puasa.
Ok jom kita share sebahagian info yang aku dapat dari tazkirah Ramadhan oleh Ustaz M Irwan.

Puasa ketika mengandung atau menyusukan anak= wajib puasa tapi harus(tidak salah) berbuka.

Jika berbuka kerana fikirkan diri= hanya wajib ganti puasa, tak wajib fidyah.
Jika berbuka kerana fikirkan anak= wajib ganti dan bayar fidyah.

Kadar Fidyah; secupak untuk sehari tak puasa.

4 golongan yang terlibat dalam mana bila tidak puasa atas sebab diri sendiri atau orang lain serta bila mana fidyah diwajibkan dan sebaliknya.

Golongan 1: yang tinggal puasa bulan ramadhan tapitak wajib ganti atau fidyah = mereka yg meninggal pada bulan ramadhan pada tahun itu juga atau meninggal pada satu syawal tahun itu.

Golongan 2: yang tinggal puasa bulan ramadhan dan wajib ganti puasa sahaja tanpa perlu bayar fidyah= mereka yg sempat ganti puasa yg ditinggalkan sebelum masuk tahun lain.

Golongan 3: yang tinggal puasa bulan Ramadhan dan wajib membayar fidyah sahaja = orang tua yang uzur dan orang sakit.

Golongan 4: yang tinggal puasa bulan ramadhan dan wajib ganti puasa dan wajib bayar fidyah=perempuan mengandung yg tinggal puasa atau perempuan menyusu yg tinggal puasa ramadhan kerana risaukan keselamatan anak.

Ok sekarang kita lihat bagaimana pula kiraan bagi fidyah yang dikenakan jika puasa tidak diganti ada tahun yang sama. Part kira2 ni memang pening sikit jika tak faham betul2 tapi very interesting bagi aku mengetahuinya.

Contoh 1: jika tinggal puasa selama 10 hari tapi tidak di ganti sehingga tahun berikutnya so anda kena ganti puasa 10 hari dan wajib bayar fidyah 10 cupak beras.

Contoh 2: jika tinggal puasa selama 10 hari pada tahun 2000 tapi masih belum ganti sehingga sekarang(tahun 2009) anda wajib ganti puasa 10 hari, tapi fidyah ada sebanyak 80 cupak beras (gandaan 8 tahun) kerana tahun pertama masih tidak dikenakan fidyah. Syaratnya tidak melebihi ramadhan tahun 2009, jika lebih maka anda wajib bayar 90 cupak beras tapi puasa tetap sama iaitu 10 hari.

Contoh 3: jika tinggal puasa selama 30 hari sewaktu berumur 20 tahun, tapi anda sudah ganti puasa semasa berumur 30 tahun, tapi fidyah belum dibayar hingga ke hari ini..contoh now umur anda dah 40 tahun= tak perlu ganti puasa lagi sebab dah qada, tapi fidyah dikira selama 9 tahun (tahun pertama fidyah belum dikenakan), bermakna 9 x 20 thun = 180 cupak beras

YANG BERGANDA CUMA BERAS, BUKAN BILANGAN HARI...
FIDYAH TIDAK LAGI DIKIRA SELEPAS PUASA DIGANTI...
SELAGI BELUM GANTI PUASA, FIDYAH BERGANDA...
GANTI PUASA ADALAH WAJIB, FIDYAH PUN WAJIB DIBAYAR..

Contoh 4: jika ibu mengandung atau menyusu tinggal puasa selama 10 hari kerana risaukan kesihatan anak so ibu tadi wajib ganti puasa 10 hari puasa dan fidyah 10 cupak beras.

Contoh 5: jika ibu mengandung tinggal puasa 10 hari bukan kerana risaukan anak tapi risaukan diri sendiri so dia wajib ganti puasa 10 hari puasa dan tak perlu bayar fidyah.

Contoh 6: jika ayah atau ibu kita dah tua sangat dan uzur dan tak puasa pada bulan Ramadhan, maka selepas habis Ramadhan anak just bayarkan fidyah untuk hari yang tak puasa tu.

Bagus info ni..so korang cari la ustaz tu untuk ketahui lebih detail.

Salam Ramadhan Maaf Zahir dan Batin .........




Mata kadang salah melihat....
Mulut kadang salah berucap....
Hati kadang salah menduga.....
Maafkan segala kekhilafan yang pasti ada....


MARHABAN YAA RAMADHAN

Marhaban ya Ramadhan,
Bulan dimana nafas kita menjadi tasbih, tidur kita menjadi ibadah, amal kita diterima dan do'a kita di ijabah,

Sungguh cantik kain plekat, dipakai orang pergi ke pekan.
Puasa Ramadhan semakin dekat, silap dan salah mohon dimaafkan

Berharap padi dalam lesung, yang ada cuma rumpun jerami,
harapan hati bertatap langsung, cuma terlayang e-mail ini.

Sebelum cahaya surga padam, Sebelum hidup berakhir,
Sebelum pintu tobat tertutup, Sebelum Ramadhan datang,
saya mohon maaf lahir dan bathin....

Taqqobalahu Minna Waminkum, Taqoballahu Ya Karim,

Marhaban Ya Ramadhan

Allaahumma baariklanaa fi Sya'ban wa ballighnaa Ramadhan
Aminn.

" Do'a Malaikat Zibril Menjelang Ramadhan "
"Ya Allah tolong abaikan puasa ummat Muhammad, apabila sebelum memasuki bulan Ramadhan dia tidak melakukan hal-hal yang berikut:

· Tidak memohon maaf terlebih dahulu kepada kedua orang tuanya (jika masih ada);
* Tidak berma'afan terlebih dahulu antara suami istri;
* Tidak berma'afan terlebih dahulu dengan orang-orang sekitarnya.
Maka Rasulullah pun mengatakan Amiin sebanyak 3 kali. Dapat kita bayangkan, yang berdo'a adalah Malaikat dan yang meng-amiinkan adalah Rasullullah dan para sahabat, dan dilakukan pada hari Jum'at.

Seribu senyuman
belum tentu
menawan hati

satu jelingan sudah cukup
menimbulkan rasa
benci
membina
mengambil masa
meruntuh
sekelip masa

Selamat Menyambut

Ramadhan
.

Maaf Zahir dan Batin

Semoga Ramadhan membawa keberkatan kepada semua dan mengukuhkan ukhwah yang terbina

Saya menyusun sepuluh jari memohon maaf atas keterlanjuran kata dan perbuatan, yang menyinggung perasaan saudara saudari dan atas segala kesilapan yang telah berlaku disepanjang perjalanan hidup kita selama ini.

Sekian, terima kasih, wassalam


SELAMAT MENUNAIKAN IBADAH PUASA


SEMOGA KITA DAPAT MENJALANKAN IBADAH PUASA DENGAN OPTIMAL, AAMIN.



H1N1: Jangan panik tetapi jaga kebersihan diri

Jangan panik, jalani kehidupan seperti biasa tetapi golongan yang disenaraikan berisiko tinggi dan mendapat selesema diminta lebih berwaspada dengan tahap kesihatan masing-masing berikutan empat kematian terbaru yang dilaporkan hari ini akibat virus selesema babi atau influeza A H1N1.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, apa yang penting, orang ramai perlu tahu menjaga kebersihan diri dan segera berjumpa doktor jika mendapat selesema atau simptom yang berkaitan.

Katanya, pada masa yang sama apa yang membimbangkan ialah keadaan berjerebu ketika ini yang memungkinkan penularan wabak tersebut.

"Berikutan penularan yang meningkat, kita menggesa agar orang ramai mengambil langkah berjaga-jaga dan melihat pandemik ini lebih serius lagi," katanya pada sidang akhbar di sini petang ini.

Beliau yang turut serta dalam lawatan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak ke sini sejak semalam berkata, tiga kematian yang dilaporkan di Melaka turut disebabkan komplikasi lain termasuk asma, masalah paru-paru dan buah pinggang.

Katanya, mereka yang demam selesema diminta mendapatkan rawatan segera dan jangan mengambil mudah seperti sebelum ini dengan tanggapan bahawa penyakit itu boleh disembuhkan dalam tempoh yang singkat.

"Mereka yang demam selesema juga diminta mengasingkan diri daripada orang ramai supaya penyakit ini tidak mudah merebak," katanya.

Tiong Lai sekali lagi menyenaraikan golongan berisiko tinggi iaitu wanita mengandung, obesiti, asma, diabetis, imuniti rendah, sakit jantung dan kanak-kanak yang mengalami gejala saluran pernafasan.

Beliau juga meminta semua pihak termasuk doktor memberi perhatian terhadap langkah-langkah yang diambil oleh kerajaan dalam menghadapi pandemik ini termasuk garis panduan kesihatan yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan.

Katanya, langkah-langkah yang akan diambil kerajaan ialah mengadakan kempen kesedaran besar-besaran melalui media, mengarahkan semua doktor meningkatkan tahap kecurigaan terhadap pesakit dan menyediakan antivirus.

Beliau berkata, penutupan sekolah, institusi pengajian dan latihan sebelum ini juga merupakan langkah kawalan serta merta yang diambil bagi mengawal penularan wabak.

Mengenai pertemuan dengan rakan sejawatannya dari Brunei, Pehin Suyoi Othman, Tiong Lai berkata, beliau turut bertukar-tukar pendapat mengenai usaha menangani wabak itu supaya penularan dalam komuniti dapat dikurangkan.

Katanya, Kerajaan Brunei telah mengambil langkah berjaga-jaga termasuk mengurangkan aktiviti luar yang melibatkan orang ramai.

Sementara itu, di luar Istana Nurul Iman, wartawan dan mereka yang masuk ke kawasan berkenaan akan diperiksa tahap suhu badan dan dibekalkan dengan penutup hidung dan mulut.

Di dalam kawasan istana, kebanyakan petugas juga menggunakan penutup tersebut.

- UTUSAN