How open 2 Yahoo Messenger (YM) at the same time

Salam,

Anybody know? Ok let try it out!

1. First go to Start menu click ‘Run’..
2. Then type ‘regedit’ click ok
3. Go to ‘HKEY_CURRENT_USER’ >> software >>
yahoo >> pager >> test
4. Right click >> new >> DWORD Value
5. Name it as ‘plural’
6. Then right click at plural >> modify
7. Change O to 1 and click OK.

Ok done..now you can login YM if you got 2 yahoo ID1 and ID2

ok cauu..

Stok tak cukup...

Salam,

Ni pasal biz aku..boring betul la bila stok tak cukup. Bila ramai yang nak, barang plak tak dak! Ada plak yang bayar dah ni..ishs potong semangat dibuat nya.

Malam tadi gi HQ dapat amik 2 unit yang aku order online minggu lepas jer :-( Tu pun depa kata ramai lagi yg menunggu.. memang ramai pun malam tadi kat HQ.

Ni aku order 10 unit lagi tak tahu la bila boleh dapat, harap2 boleh la dapat cepat. Yang dah bayar kat aku nak barang tu kena la aku slow talk minta dia orang sabaq huhu..

Apa nak buat sejak Jun lepas stok memang tak pernah cukup kat HQ ni..heran gak aku dalam ramai yang dok komplen mahal banyak plak order dari agen sampai HQ plak berhutang dengan kami.

Sebelum balik jumpa khairudin, prospek baru aku dari P.J. Ari tu dia kata nak jumpa untuk dapatkan info aku suruh dia mai HQ malam tadi kebetulan aku nak amik barang. Explain kat depan pintu je, nak masuk orang ramai. Terangkan macam2 tentang produk dan sikit2 plan marketing nya..respond dari dia ok. Dia nak betul2 confirm yang produk ni memang berkesan katanya, aku suruh dia tengok sendiri keadaan malam tadi kat HQ. Kalau produk tak ok tak kan sampai kering HQ dibuatnya :-)

Lepas explain, dia kata memang nak join dan terus bayar aku 1 unit. Tapi aku kata barang tak dak lagi la, nanti aku anta minggu depan lepas dapat. Kalau macam ni kan senang, jumpa cerita terus bayar hehe..

Balik singgah Greenwood nak anta dua unit yang Ustaz bazri order. Ni pun satu 2 hari lepas sms aku tanya macam mana nak jadi agen area gombak, aku cakap beli produk dah layak jadi agen. Pagi semalam tel aku nak 2 unit, aku cakap aku takde barang masa tu. Malam nanti aku kata nak g HQ amik 2 unit, kebetulan plak dia nak 2 unit hah rezeki dia la. Petang nya sms lagi tanya minta anta petang, ish ustaz ni aku kata tak sabo2 (dalam hati jer.. :-) ) aku kata takde barang ustaz.., malam nanti saya amik kat HQ. OK ok kata nya :-)

Sampai kat stesen bas GW tu pembantu dia jemput aku ikut dgn kereta masuk jalan besar sikit je dari saiz naza aku huhu..sampai dah 11.30 malam dah nak tidor kata nya tapi nasib baik dia ingat katanya..Ok start la perbualan bla bla.. kaki sembang gak ustaz ni. Aku malas nak tambah dengar je, kang lagi lama dah nak kul 12 malam. Rupa 2 unit tu bukan dia punya tapi dia orderkan untuk sorang Datuk (anak murid dia, ustaz ni ada klinik perubatan mata, nanti la aku cite)

Kata nya Datuk tu nak 10 unit (alamak! stok tak de mcm mana ni.. dalam hati )tapi dia kata datuk tu nak 2 dulu. Dia dan isteri nya nak guna dulu, nanti dia kasi tau bila nak yang balance tu. Ustaz kata dia tak tau sangat pasal Datuk tu tapi rasanya Datuk tu orang busines. Tak pa la asal kan dia join aku kata, dia nak buat biz kita cerita komdian.

Aku tanya ustaz tak nak join ka, dia kata memang nak join tapi barang tak de macam mana nak beli. Tak pa aku kata bila ada barang nanti aku mai anta kat rumah ustaz. Bayar denga cek, dia kata setakat ni cek dia belum ada kena tendang lagi hehe aku tak tanya punya haha..aku terima asalkan ada duit. Lepas amik cek aku cau..

Sampai rumah dekat 1.30 pagi.. ermm tu la cite semalam. Buat MLM ni kita akan dapat jumpa dan kenal orang yang kita tak sangka kita akan jumpa, bagus kan boleh meramaikan kenalan.

Biz apa aku dok buat ni ye! hehe dok cerita tapi tak sebut pun produk apa yang aku jual, nanti kita kongsi dalam post yang lain.

Ok arioss...

Habis minyak..

Salam,

Haha.. tergelak dulu kat aku :-)

Hari ni aku kehabisan minyak motor dalam perjalanan nak pergi kerja huhu... nasib baik masih dekat lagi dengan rumah, boleh la aku tel wife aku minta tolong belikan minyak kat shell. Nak menolak tak larat aku walaupun 3KM ada shell..

Sebenarnya meter minyak motor aku tu memang tak berapa betul, bila isi penuh jarum nya naik tp baru setengah jam jalan dah turun habis walaupun minyak nya ada lagi. Kalau isi RM6 biasa aku dapat agak berapa lama minyak tu boleh tahan sebelum aku isi lagi. Tapi hari ni tak tahu macam mana boleh habis huhu..

Ada dalam 45 minit aku lepak kat tepi jalan tunggu wife aku belikan minyak, dia beli kan 1 liter. Dia tanya macam mana boleh habis ni..hehehe aku cakap entah le. Ucap kan terima kasih kat wife aku. :-) Singgah shell tambah lagi..

So moral the story kat aku, dah tahu meter minyak tu problem check le minyak tu tiap2 hari..hehehe

:-)

Terlepas prospek.. :-(

Salam..

Adus...aku lambat call back prospek yang isi form agen. Semalam aku sms dia tak respond, pagi ni aku sms lagi tanya boleh tel tak. Tanya dulu kot dia sibuk la kan..sat tu dia tel aku dan beritahu dia dah join 2 hari lepas. Terus jadi EM plak tu huhu...melepas aku padan muka hahaa.

Dah tak dak rezeki apa nak buat tapi kalau ada rezeki aku Insyaallah akan dapat balik..Sempat gak sembang dengan puan tu..orang MLM gak rupanya. Partime business women puan tu tapi keje dgn gomen, sabtu ni nak g umrah katanya..

Dia minat dengan website promosi yang aku buat tu..tp aku kata web tu aku beri kat semua yang join dalam network aku. Kenen2 dia park 1 nama kat aku kalau nak web tu hehe..nampak macam boleh dapat :-) Dia kata nak tolong translate kan web aku tu ke dwibahasa, ok gak tu..

Dia kata nak tel semula petang nanti..tengok la kalau ada rezeki dapat la aku satu Diamond dari dia, AMIN!

k cau..

Muncul kembali...

Assalammualaikum,

Lama betul tak update blog ni sejak ujung tahun lepas. Macam2 perkara telah aku alami dalam masa 7 bulan ni, termasuk la partime biz aku yg aku minat iaitu MLM :-).

Sekarang ni bulan Rejab dah, tak lama lagi dah nak masuk Ramadhan. Cepat tul masa berlalu. Usia pun semakin bertambah..ermm tahun ni dah 3.. usia aku. Banyak rasanya bende yang belum tertunai.. :-(

Adik pun dah jarang kena semput lagi.. mana tak nya, kena jaga makan minum nya tu.

Along plak nak amik UPSR tak lama lagi ni..nampak gak tension bila banyak kerja rumah tp aku tak la push sangat dia sbb tuisyen setiap minggu. Selalu beritahu dia kena study smart..

ok la short intro je ni, rasanya lepas ni boleh la selalu update kot hehehe..

salam...