Salam hari minggu..
Terbaca headline metro ni...apa punya anak mcm ni..
Labels: ibu
Ni satu lagi idea bangang pada aku....ada la pulak nak menghalalkan judi yg dah tentu HARAM..apa kejadah nak "halalkan" pulak. Dah takde cara lain ke nak cari duit...
Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Awang Adek Hussein, berkata jika kerajaan tidak mengeluarkan lesen kepada pihak yang memohon, aktiviti perjudian dan pertaruhan haram tetap berlaku tanpa kawalan dan pemantauan pihak berkuasa.
"Ada beberapa perkara penting untuk dikaji sama ada perkara ini (mengeluarkan lesen membenarkan pertaruhan) baik bagi kerajaan atau jika kerajaan boleh cuba mengawalnya untuk mengetahui berapa banyak (jumlah wang daripada pertaruhan haram).
"Kerajaan sedang mengkaji perkara ini dan akan memutuskannya jika mahu membenarkan pertaruhan kerana kejohanan Piala Dunia ini semakin hampir," katanya kepada pemberita ketika ditemui di lobi Parlimen hari ini.
Awang Adek berkata, jika lesen itu dikeluarkan, kerajaan dapat mengawal aktiviti perjudian, selain hasilnya boleh digunakan terutama untuk pembangunan bidang sukan di negara ini.
Terdahulu, isu itu dibangkitkan pada sesi soal jawab oleh Senator Ng Fook Heng yang mahukan penjelasan kemungkinan kerajaan mengeluarkan lesen pertaruhan kejohanan Piala Dunia untuk mengelakkan perjudian haram.
Awang Adek berkata, kerajaan memandang serius aktiviti perjudian tanpa lesen yang membabitkan pertaruhan nombor ramalan, permainan mesin slot dan pertaruhan membabitkan bookie bagi permainan bola sepak dan permainan lain.
"Aktiviti perjudian tanpa lesen adalah aktiviti yang boleh mewujudkan kegiatan sampingan lain seperti peminjam wang tanpa lesen, jenayah terancang, penyeludupan dan pengubahan wang haram.
"Oleh itu sebagai sebuah kerajaan yang prihatin terhadap rakyatnya, kerajaan akan memberi pertimbangan sewajarnya dan sebarang langkah perlu dilakukan secara berkesan bagi menangani masalah bookie tanpa lesen termasuk membenarkan pertaruhan bookie bola sepak dilaksanakan melalui perlesenan sah," katanya.
- Bernama
Labels: judi
Ape kejadah nya berkelah waktu malam budak ni...
siang hari tak boleh pergi ke...tak pasal2 kena kenduri
2010/05/08
IPOH: Tindakan seorang pelajar Tingkatan Tiga berkelah pada waktu malam di kawasan air terjun Ulu Licin, Beruas, mengundang padah apabila dia dirogol bergilir-gilir sekumpulan lelaki termasuk seorang daripadanya kakitangan sebuah majlis daerah pada 29 April lalu.Pelajar berusia 15 tahun itu, berasal dari bandar raya ini, dikatakan berkunjung ke kawasan perkelahan itu kira-kira jam 11 malam dan sanggup meredah perjalanan sejauh lebih 60 kilometer dari bandar raya ini bersama dua lagi saudara perempuannya serta tiga rakan lelaki dengan alasan bersuka ria.
BH
Labels: remaja
Boleh kaya giler kalau menang kes ni....
Buat duit cara terbaru......SAMAN POLIS hehe..
2010/05/08
Siti Nasrinda Tumirin, 23, selaku plaintif pertama, suaminya, Mohd Fauzi Mohd Daud, 26, (plaintif kedua) dan bapa mentuanya, Mohd Daud Ab Hamid, 51, (plaintif ketiga) yang memfailkan saman itu melalui Tetuan M Manoharan & Co, menamakan Konstabel Razlan Mohd Khairi dan Koperal Abdul Wahab Ishak sebagai defendan pertama dan kedua.
BH
Hemm...tak abis kes budak 15 tahun yg kena tembak ari tu. Ni sorang lagi...nasib baik tak kena kepala...
Awat la bebudak ni tak tahu dok kat rumah yer..2-3 pagi dok atas jalan raya, tak amik ikhtibar langsung dgn apa yg dah terjadi...
polis tu baru dapat pistol kot...hehe
Aku heran awat HM ni suka keluarkan cite2 macam kat bawah ni...
Ni nak melaporkan keburukan aktiviti berkenaan atau indirectly nak mempromosikan nya..
Labels: harian metro
Wahai Tuhan, sesungguhnya aku lemah, kuatkan lah aku, aku hina, muliakanlah aku, aku miskin, kayakan lah aku, wahai Tuhan yang Maha pengasih.
Labels: Tuhan