Kesan tembikai seperti pil Viagra

salam semua..

hah..ari tu kisah kulit durian, la ni tempikai plak. So kalau makan tembikai lepas ni ( terutama lelaki hehe..) makan ler sampai habis yer :-) sampai bahagian yang keras tu hah..tak payah susah2 nak makan viagra huhu..

lepas ni tembikai mesti jadi mahal punya...pergh

Kesan tembikai seperti pil Viagra

Gambar hiasan
TEXAS: Kajian baru mencadangkan bahawa tembikai mungkin menghasilkan kesan dalam tubuh sama seperti Viagra, mungkin memberi jalan kepada penawar semula jadi bagi lelaki yang menderita mati pucuk, kata Bhimu Patil dari Universiti A& M, di sini.

Penyelidikan dijalankan Patil dan rakannya baru-baru ini mendedahkan bahawa isi tembikai mengandungi paras tinggi asid amino 'citrullin' berbanding yang difikirkan penyelidik.

Sehingga penemuan itu, kebanyakan unsur citrulline dipercayai didapati pada bahagian kulit luar buah berkenaan yang tidak boleh dimakan.

"Kami mengetahui bahawa tembikai mengandungi citrulline, namun tembikai mempunyai lebih banyak citrulline dalam bahagian isi berbanding yang difikirkan sebelumnya," kata Patil.

Ia penting kerana tubuh menukar 'citrulline' kepada 'arginine', sejenis asid amino lain yang berfungsi sebagai perintis kepada nitrat oksida.

Nitrat oksida, sebaliknya memainkan peranan penting dalam mengembangkan saluran darah dan proses ketegangan zakar. Fungsi utama Viagra ialah mensasarkan nitrat oksida yang menandakan laluan dalam zakar.

Patil berharap penyelidik lain akan mula mengkaji secara terus kesan tembikai terhadap ketegangan zakar. Namun sesetengahnya agak ragu-ragu.

"Hanya kerana nitrat oksida diperlukan bagi menegangkan zakar, tidak bermakna memakan sesuatu yang kaya dengan citrulline akan menghasilkan 'arginine' yang cukup untuk menghasilkan ketegangan zakar," kata Irwin Goldstein, ketua pengarang Jurnal Ubatan Seksual dan bekas perunding bagi syarikat yang membuat ubat penawar mati pucuk. � Agensi

BH

0 comments: