Sebelum keluar talipon Wak Wan tanya dia di mana, dah duk banting rupa nya. Aku ingat masih di KKB, wife dia dah pencen rupa nya. Dia pelawa datang ke rumah nya di sana, Insyaallah aku kata.
Pergi open house doktor Ilham kat medan puteri atas tu. Dia jemput semua patient dan panel klinik dia. Sampai baru nak mula lepas buat bacaan doa selamat. Banyak gak hidangan, raya la katakan. Aku just makan satay dan roti canai sekeping, kat rumah dah sarapan pun sebabnya. Anak2 aku di pulun nya air batu campur masing2, harap jangan batuk dah le. Tengah makan ada sorang mamat tegur aku, rupanya budak ex-uitm shah masa aku belajar dulu. Course lain tapi dia sama buat pra dengan course mate aku, Balok. Nama gelaran tu, nama betul ntah dah lupa. Rupa nya dia duduk sebelah rumah cikgu yang aku hantar along tuisyen kat blok 3 tu. Minta dia kirim salam kat Balok jika jumpa dia, bulan ramadhan ari tu aku jumpa sorang lagi course mate aku Hamzah (dulu aku panggil Lambert) kat shah alam. Yang lain2 setakat ni tak pernah jumpa la lagi...
En Fazli tel beritahu on the way ke KL malam ni ada program di Damansara kata nya..sambung makan.
Lepas bersalaman dengan doktor, cau.. Wife aku tanya nak pergi ke rumah Wak Wan, aku cakap boleh tapi kena sponsor duit minyak ler :-) Ikut jalan di puncak alam meru klang, sampai klang salah masuk jalan plak sangkut 15 minit. Dalam perjalanan ke Banting terima sms minta alamat rumah aku, nak datang beraya jika aku ada kat rumah. Aku fikir sapa plak ni, rupanya Hana. Takde rezeki la nak datang beraya tahun ni, tahun depan Insyaallah ada umur datang la lagi Hana ye..
Sampai banting nampak macam nak hujan, betul2 sampai depan rumah Wak Wan hujan turun. Wak perempuan nya dan anak2 ada kat rumah, wak wan ke masjid solat zohor. Ada la dalam sejam lebih kita orang minta diri dulu, pergi plak ke labuhan dagang. Rumah ayah angkat kang jamil abang wife aku, dulu masa along kecil rasanya aku ada pergi sekali. Dah lupa kat mana rumah nya, tanya kan kat orang kat situ. Ada plak sorang brother tu baik hati bawa tunjukkan jalan sampai depan rumah wak tu.
Duk sampai dalam 6.30 kita orang minta diri, itu pun di minta nya stay lagi sampai malam. Balik rawang dulu, esok je wife aku hantar mak nya balik sungai besar.
Teringat siang tadi en fazli kata ada program di damansara, aku tel zubir downline suhairi penang. Rupa nya dia di pelangi damansara, kat rumah wak nya la. Semalam aku ada kat sana tak teringat plak nak tel dia. Aku suruh dia tel en fazli, kalau free suruh dia pergi.
Singgah di petronas kat NKVE kota damansara solat maghrib. Anak2 aku nampak MD, nak pulak. Nenek dia orang belanja, aku kata beli bawa balik je. Sampai rumah kul 9 malam...
Hari ni tak kerja..keluar dalam kul 8.30. Pergi mydin rawang dulu, wife aku nak cari barang katanya. Aku duk dalam kereta je malas nak ikut masuk.
Lepas tu g pasar rawang cari buah plak, sesak juga dengan orang meniaga tepi jalan. Pasar dah besar meniaga gak tepi jalan, buat jalan sesak je.
Lepas beli barang terus ke Damansara, mak mertua aku ada kat rumah abang ipar aku jaga cucu nya sementara dapat cari orang jaga.
Aku ingat nak pergi desa petaling petang ni, tapi ada lagi nampak nya tak selesai. Tak jadi la nampak nya..
Aku online carikan data kad kak tie, data kad yang hari tu tak boleh guna kat laptop dia. Laptop dia guna expresscard, jenis tu mahal bangat dia tak larat nak bayar plak. Budget dalam 300 je, aku orderkan usb modem je. Harga dalam 360 termasuk pos, yang lebih aku sponsor la.
Data kad yg lebih kurang sama aku guna ni dah murah dulu aku beli 450, la ni boleh dapat bawah 300.
Semalam En Zainal tel masa aku meeting, tengahari aku tel dia semula tanya ada apa. Dia kata nak tambah lagi dua unit, sat lagi masukkan duit kat akaun aku. Aku tak tanya lagi macam mana kesan guna kat naza dan sarento dia tu. Dia sms dah masukkan duit, nanti aku tel bila nak kasi 2 unit tu kat sungai buloh.
Aku sms wife aku beritahu dia mungkin malam ni aku nak ke HQ nak beli ecash sebab ecash aku tak cukup nak reg en zainal. Ingat nak tambah ecash untuk 5 unit dari en ahmad jerteh dan ustaz Bazri punya tu.
En Norizan plak tel..ni mesti nak order lagi. Betul jangkaan aku :-)First dia minta maap sebab tak dapat beraya kat rumah aku hari tu, dia kata masa aku sms hari tu dia dah keluar. Tak pe panjang umur insyaallah tahun depan boleh le datang. Dia nak order satu unit untuk kawan dia, esok tel lagi macam mana nak ambil.
Balik cuaca ok, sampai templer dah gelap. Kat hutan kanching dah turun hujan, sempat berhenti pakai baju hujan. Lebat pulak hujan sampai kat tasik puteri, tak singgah ambil angah.
Sampai rumah tengok ada kereta abang ipar aku, datang dengan mak dan adik wife aku. Lepas maghrib aini datang dengan zainudin, balik dari kerja terus ke rawang.
Aku tak jadi keluar ke HQ, dia orang datang beraya tak sedap plak aku nak keluar. Aku tel en Fazli minta tolong dia reg kan en zainal, aku transfer kan duit ke acc dia. Barang aku minta dia hantar kan ke alamat aku.
Dalam 9.30 dia orang balik, jemput datang beraya kat rumah dia orang plak kat Damansara. Tak tahu bila nak kesana..
