Showing posts with label ramadhan. Show all posts
Showing posts with label ramadhan. Show all posts

Fidyah Dan Puasa Ganti

Salam...selamat menjalani ibadah puasa.
Ok jom kita share sebahagian info yang aku dapat dari tazkirah Ramadhan oleh Ustaz M Irwan.

Puasa ketika mengandung atau menyusukan anak= wajib puasa tapi harus(tidak salah) berbuka.

Jika berbuka kerana fikirkan diri= hanya wajib ganti puasa, tak wajib fidyah.
Jika berbuka kerana fikirkan anak= wajib ganti dan bayar fidyah.

Kadar Fidyah; secupak untuk sehari tak puasa.

4 golongan yang terlibat dalam mana bila tidak puasa atas sebab diri sendiri atau orang lain serta bila mana fidyah diwajibkan dan sebaliknya.

Golongan 1: yang tinggal puasa bulan ramadhan tapitak wajib ganti atau fidyah = mereka yg meninggal pada bulan ramadhan pada tahun itu juga atau meninggal pada satu syawal tahun itu.

Golongan 2: yang tinggal puasa bulan ramadhan dan wajib ganti puasa sahaja tanpa perlu bayar fidyah= mereka yg sempat ganti puasa yg ditinggalkan sebelum masuk tahun lain.

Golongan 3: yang tinggal puasa bulan Ramadhan dan wajib membayar fidyah sahaja = orang tua yang uzur dan orang sakit.

Golongan 4: yang tinggal puasa bulan ramadhan dan wajib ganti puasa dan wajib bayar fidyah=perempuan mengandung yg tinggal puasa atau perempuan menyusu yg tinggal puasa ramadhan kerana risaukan keselamatan anak.

Ok sekarang kita lihat bagaimana pula kiraan bagi fidyah yang dikenakan jika puasa tidak diganti ada tahun yang sama. Part kira2 ni memang pening sikit jika tak faham betul2 tapi very interesting bagi aku mengetahuinya.

Contoh 1: jika tinggal puasa selama 10 hari tapi tidak di ganti sehingga tahun berikutnya so anda kena ganti puasa 10 hari dan wajib bayar fidyah 10 cupak beras.

Contoh 2: jika tinggal puasa selama 10 hari pada tahun 2000 tapi masih belum ganti sehingga sekarang(tahun 2009) anda wajib ganti puasa 10 hari, tapi fidyah ada sebanyak 80 cupak beras (gandaan 8 tahun) kerana tahun pertama masih tidak dikenakan fidyah. Syaratnya tidak melebihi ramadhan tahun 2009, jika lebih maka anda wajib bayar 90 cupak beras tapi puasa tetap sama iaitu 10 hari.

Contoh 3: jika tinggal puasa selama 30 hari sewaktu berumur 20 tahun, tapi anda sudah ganti puasa semasa berumur 30 tahun, tapi fidyah belum dibayar hingga ke hari ini..contoh now umur anda dah 40 tahun= tak perlu ganti puasa lagi sebab dah qada, tapi fidyah dikira selama 9 tahun (tahun pertama fidyah belum dikenakan), bermakna 9 x 20 thun = 180 cupak beras

YANG BERGANDA CUMA BERAS, BUKAN BILANGAN HARI...
FIDYAH TIDAK LAGI DIKIRA SELEPAS PUASA DIGANTI...
SELAGI BELUM GANTI PUASA, FIDYAH BERGANDA...
GANTI PUASA ADALAH WAJIB, FIDYAH PUN WAJIB DIBAYAR..

Contoh 4: jika ibu mengandung atau menyusu tinggal puasa selama 10 hari kerana risaukan kesihatan anak so ibu tadi wajib ganti puasa 10 hari puasa dan fidyah 10 cupak beras.

Contoh 5: jika ibu mengandung tinggal puasa 10 hari bukan kerana risaukan anak tapi risaukan diri sendiri so dia wajib ganti puasa 10 hari puasa dan tak perlu bayar fidyah.

Contoh 6: jika ayah atau ibu kita dah tua sangat dan uzur dan tak puasa pada bulan Ramadhan, maka selepas habis Ramadhan anak just bayarkan fidyah untuk hari yang tak puasa tu.

Bagus info ni..so korang cari la ustaz tu untuk ketahui lebih detail.

Salam Ramadhan Maaf Zahir dan Batin .........




Mata kadang salah melihat....
Mulut kadang salah berucap....
Hati kadang salah menduga.....
Maafkan segala kekhilafan yang pasti ada....


MARHABAN YAA RAMADHAN

Marhaban ya Ramadhan,
Bulan dimana nafas kita menjadi tasbih, tidur kita menjadi ibadah, amal kita diterima dan do'a kita di ijabah,

Sungguh cantik kain plekat, dipakai orang pergi ke pekan.
Puasa Ramadhan semakin dekat, silap dan salah mohon dimaafkan

Berharap padi dalam lesung, yang ada cuma rumpun jerami,
harapan hati bertatap langsung, cuma terlayang e-mail ini.

Sebelum cahaya surga padam, Sebelum hidup berakhir,
Sebelum pintu tobat tertutup, Sebelum Ramadhan datang,
saya mohon maaf lahir dan bathin....

Taqqobalahu Minna Waminkum, Taqoballahu Ya Karim,

Marhaban Ya Ramadhan

Allaahumma baariklanaa fi Sya'ban wa ballighnaa Ramadhan
Aminn.

" Do'a Malaikat Zibril Menjelang Ramadhan "
"Ya Allah tolong abaikan puasa ummat Muhammad, apabila sebelum memasuki bulan Ramadhan dia tidak melakukan hal-hal yang berikut:

· Tidak memohon maaf terlebih dahulu kepada kedua orang tuanya (jika masih ada);
* Tidak berma'afan terlebih dahulu antara suami istri;
* Tidak berma'afan terlebih dahulu dengan orang-orang sekitarnya.
Maka Rasulullah pun mengatakan Amiin sebanyak 3 kali. Dapat kita bayangkan, yang berdo'a adalah Malaikat dan yang meng-amiinkan adalah Rasullullah dan para sahabat, dan dilakukan pada hari Jum'at.

Seribu senyuman
belum tentu
menawan hati

satu jelingan sudah cukup
menimbulkan rasa
benci
membina
mengambil masa
meruntuh
sekelip masa

Selamat Menyambut

Ramadhan
.

Maaf Zahir dan Batin

Semoga Ramadhan membawa keberkatan kepada semua dan mengukuhkan ukhwah yang terbina

Saya menyusun sepuluh jari memohon maaf atas keterlanjuran kata dan perbuatan, yang menyinggung perasaan saudara saudari dan atas segala kesilapan yang telah berlaku disepanjang perjalanan hidup kita selama ini.

Sekian, terima kasih, wassalam


SELAMAT MENUNAIKAN IBADAH PUASA


SEMOGA KITA DAPAT MENJALANKAN IBADAH PUASA DENGAN OPTIMAL, AAMIN.



Berbuka di sungai besar..

Minggu terakhir ramadhan ni aku berbuka puasa sekali lagi di kampung wife aku lagi di sungai besar, balik hari sabtu tengahari lepas zohor. Wife aku kata mak nya ada buat kerepek lebih katanya. Minta balik ambil nak kirim kan sikit kat besan nya, mak dan ayah aku la di melaka.

Sebab tahun ni turn kami beraya kat melaka. Memang tiap tahun aku take turn beraya bila raya aidil fitri, raya haji tengok mana sempat depend pada cuti aku.

Sampai sungai besar awal sikit, tu pun aku bawa tak mcm biasa. Boring plak rasanya, laptop tak bawa plak. Kalau bawa boleh la aku online sekejap sementara tunggu buka.

Ahad lepas zohor aku balik, ari tu ada janji nak jupe sorang prospek dari klang kat shah alam. Dia kata boleh jupe kat sek 18, aku sms tak balas. tel pun tak jawab. Aku pergi gak, mana tahu dalam perjalanan mungkin dia call aku. Sampai shah alam pergi masjid dulu solat asar, lepas solat aku tel lagi masih tak angkat. Nampak nya takde rezeki la nampak gaya nya, aku tel mak chik ada kat rumah belum balik kampung lagi. Aku berbuka kat rumah mak chik lagi sekali.

Lepas isyak gerak, pergi mydin dan giant. Wife aku belum beli baju raya nya, so aku kasi la duit soh p beli. Ingat malas nak ikut masuk nak duduk dalam kereta je tapi ingat kan dua orang yang kecik tu kang lasak dalam sesak orang ramai aku ikut sekali..

Ramai plak lagi orang kat shah alam ni, dua minggu lepas masa aku datang ramai gak. Ni dah tinggal dua hari nak raya orang masih ramai lagi. Cari parking satu hal, terpaksa pusing 2/3 round..

Dekat kul sebelas baru wife aku habis cari barang..tu yang kadang2 aku malas nak ikut. Beli barang tak la banyak mana tapi round nya yang lebih lama.

Itu pun aku cakap cepat sikit, esok nak keje. Esok 29 ramadahan aku keje lagi, malam tengok anak bulan. Agak2 raya tak selasa, tak kot!

K la dah kul 12 lebih, esok nak bangun sahur. Siang nak keje lagi, nak beradu dah.

salamm..

BERAPA HARI ORANG MUSAFIR HARUS TINGGAL PUASA?

Assalammualaikum, jom ulangkaji.

Soalan; Ust, tumpang tanya sikit. Untuk pengetahuan ustaz, saya dihendaki mengikuti kursus semasa bulan ramadhan selama satu minggu ke luar negara. Soalan saya adakah saya wajib berpuasa sepanjang berada di luar negara dan bagaimanakah jika saya tidak berpuasa dan apakah hukumnya ?.

Jawapan;

Menurut ulamak, seorang itu diwajibkan berpuasa jika ada pada dirinya syarat-syarat berikut;
1. Islam
2. Baligh
3. Berakal
4. Mampu berpuasa; yakni sihat tubuh badan, tidak sakit.
5. Tidak bermusafir
6. Bersih dari haid dan nifas

Jadi, orang yang bermusafir tidak wajib berpuasa, yakni diharuskan ia berbuka (tidak berpuasa). Namun, jumhur ulamak (termasuk mazhab Syafi’ie) menetapkan; hendaklah jarak musafir itu melebihi dua marhalah (85-90KM) iaitu sama jarak yang mengharuskan solat qasar. Jika kurang dari jarak itu, ia tetap wajib berpuasa. Walaupun harus berbuka, jika ia dapat berpuasa tanpa mendatangkan mudarat pada dirinya, berpuasa itu lebih baik dari berbuka kerana Allah berfirman; “Berpuasa itu lebih baik bagi kamu jika kamu mengetahui” (al-Baqarah, 184).

Selama ia dalam perjalanan, rukhsah itu terus berjalan baginya. Adapun jika ia berhenti di suatu tempat/persinggahan, ia tertakluk dengan hukum berikut;

1. Sekiranya ia berniat untuk tinggal di situ 4 hari atau lebih (tidak termasuk hari masuk dan hari keluar), tamat musafirnya dan tidak harus lagi ia meninggalkan puasa hinggalah hari ia keluar dari situ. Itu adalah mengikut pandangan jumhur ulamak (merangkumi mazhab Syafi’ie, Malik dan Ahmad). Adapun mazhab Imam Abu Hanifah; tamat musafirnya jika berniat tinggal 15 hari atau lebih.

2. Sekiranya ia berhenti di satu tempat untuk suatu urusan dan ia tidak berniat untuk tinggal di situ beberapa hari tertentu, akan tetapi bergantung kepada urusannya, iaitu sebaik sahaja selesai urusannya ia akan keluar dari situ, harus baginya meninggalkan puasa selagi urusannya belum selesai sekalipun meliputi sebulan penuh Ramadhan.

Merujuk kepada kes saudara, oleh kerana saudara telah mengetahui bilangan hari saudara akan tinggal di luar Negara itu dan jumlah hari itu melebihi empat hari, maka menurut jumhur ulamak; sebaik saudara tiba di situ, musafir saudara telahpun terputus dan saudara tidak harus lagi meninggalkan puasa kecuali hari saudara akan pulang nanti (yakni bermula kembali musafir saudara). Jika saudara memakai pandangan Imam Abu Hanifah, haruslah saudara meninggalkan puasa selama saudara tinggal di luar Negara itu kerana bilangan hari saudara akan tinggal di situ kurang 15 hari.

Perlu diingatkan; puasa-puasa yang ditinggalkan semasa musafir itu wajib diqadha/diganti semula selepas Ramadhan sebelum tiba Ramadhan yang baru.
Wallahu a’lam.

Rujukan;

1. Fiqh al-Ibadat, Syeikh Hasan Ayyub, hlm. 418 dan 446.



Sumber : Link

Muncul kembali...

Assalammualaikum,

Lama betul tak update blog ni sejak ujung tahun lepas. Macam2 perkara telah aku alami dalam masa 7 bulan ni, termasuk la partime biz aku yg aku minat iaitu MLM :-).

Sekarang ni bulan Rejab dah, tak lama lagi dah nak masuk Ramadhan. Cepat tul masa berlalu. Usia pun semakin bertambah..ermm tahun ni dah 3.. usia aku. Banyak rasanya bende yang belum tertunai.. :-(

Adik pun dah jarang kena semput lagi.. mana tak nya, kena jaga makan minum nya tu.

Along plak nak amik UPSR tak lama lagi ni..nampak gak tension bila banyak kerja rumah tp aku tak la push sangat dia sbb tuisyen setiap minggu. Selalu beritahu dia kena study smart..

ok la short intro je ni, rasanya lepas ni boleh la selalu update kot hehehe..

salam...