Showing posts with label tol plus. Show all posts
Showing posts with label tol plus. Show all posts

TOL Plus naik lagi!

Updated:

Alhamdulillah...dah ditangguh hingga hujung tahun. Tapi dalam tu ntah berapa koyan agaknya sumpah seranah dari orang ramai yg marah depa..

Posting asal;

Salam...


Ramai dah pun tahu akan berita ni yang kerajaan Pak Lah umumkan kenaikan tol mulai 1 Mac..aku dpt tahu melalui sms The Star yg aku subscribe. Bila baca rasa marah pun ada..dalam masa gawat ni pun kabinet Pak Lah ni tak rasa kesusahan rakyatnya. Tak boleh ke lanjutkan hingga ke akhir tahun ni ke atau sampai 2010 ke..

Dalam pada tu gak ramai plak ahli2 kabinet Pak Lah yg terkejut dgn kenaikan ni termasuk la dgn Pak Lah nya sekali...huhu pelikkan yg luluskan kenaikan ni kabinet tp mereka juga boleh terkejut!

Mereka ni buat lawak ke hapa..

Tutup satu naik 5!

Tol Plus turun

Hah..elok la tu jika betul. Dapat gak ringankan beban rakyat dalam keadaan ekonomi meleset ni, tapi orang kampung tak guna highway.. tak dapat ler manafaat dari tindakan menurunkan kadar tol ni kan.. harga petrol tu patut diturunkan lagi. Tengok kat bawah tu, harga crude oil pun dah bawah usd60.. bila la pak jib nak turunkan lagi harga petrol ni..hemmm

Oleh Haika Khazi
mfaizul@bharian.com.my



Kadar baru diumum Selasa ini: Mohd Zin

SEPANG: Plus Expressways Berhad (Plus) dijangka menurunkan kadar tol di lebuh raya kendaliannya dan pengumuman mengenai perkara itu akan dibuat oleh syarikat berkenaan Selasa ini, kata Menteri Kerjaraya, Datuk Mohd Zin Mohamed.

Beliau bagaimanapun enggan mengulas lanjut mengenai perkara itu, tetapi menjelaskan persetujuan berkenaan dicapai selepas kerajaan mengadakan rundingan dengan semua syarikat pemegang konsesi, termasuk Plus bagi menilai semula bayaran tol lebuh raya di seluruh negara, sejak beberapa bulan lalu.

Berita lanjut kat sini