Labels: live fish, speed cooking
Perhatikan...
Rakam wajah 'makhluk jahat'
ANKARA - Menakutkan. Itulah yang dapat dikatakan tentang wajah beberapa makhluk jahat yang terbentuk di angkasa hasil formasi awan, lapor sebuah akhbar semalam.
Wajah-wajah 'makhluk jahat' itu dirakam oleh seorang remaja, Mehmet Candar, 18, dengan menggunakan telefon bimbit berkamera di bandar Konya di wilayah Bozkir, Turki.
Mehmet berkata, dia dan bapa saudaranya bangun awal pagi untuk merakam seekor merpati istimewa yang kerap dilihat pada waktu subuh ketika fenomena itu berlaku.
"Kami melintas masjid di tempat kami apabila menyedari imej pelik itu wujud di angkasa," katanya.
"Saya diserang ketakutan ketika merakamkan imej itu tetapi bapa saudara saya meneruskan rakamannya kerana fenomena itu menakjubkan," tambah remaja itu. - Agensi
Huhu...tu baru kira macam adik dia, kalau bukan macam adik macam mana la agaknya yer..
sumber
Labels: artis melayu, seksi
Diana Danielle Danny Beeson vs Ahmad Hafizal Ahmad Fauzi
Monday, January 12, 2009
Ahmad Hafizal Ahmad Fauzi dari Kampung Titi Serong, Jalan Kuala Perlis, merupakan pemuda pertama yang didapati bersalah kerana gagal menghadiri PLKN, pada 11 May 2005. Beliau didakwa dengan sengaja mengingkari notis bertarikh 9 Julai 2004 yang memintanya melaporkan diri di Kem Dusun Resort, Kuala Nerang, Kedah.
Majistret Wan Norzanuar Wan Ahmad menjatuhkan hukuman penjara 14 hari atau RM600 ke atas Ahmad Harizal selepas dia gagal membayar denda berjumlah RM600. Ahmad Harizal yang kesempitan wang telah memilih untuk hukuman penjara 14 hari.
Kes 2
Pelakon Diana Danielle Danny Beeson (gambar), 17, tidak akan mendaftar menyertai Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) hari ini.
Penangguhan itu dibuat kononnya kerana Diana terikat dengan kontrak penggambaran sebuah filem berjudul Kecoh Betul. Menurut pengarah filem itu, Baldev Singh, syarikat produksi White Merpati Entertainment yang menerbitkan filem berkenaan telah berurusan dengan Jabatan Latihan Khidmat Negara (JLKN) dalam mendapatkan kelonggaran bagi pihak Diana.
Permohonan itu dibuat minggu lepas setelah Diana terikat dengan perjanjian penggambaran filem arahannya dari 22 Disember sehingga 22 Januari depan.
Alasan penangguhan Diana itu tiada langsung dalam peraturan PLKN.
* dari blog Ustaz Suhaimi Saad - jazakallah.
Ada berani nak buat keje ni :)JOHANNESBURG - Seorang renjer di sebuah taman negara, Alex Larenty membuktikan keberanian apabila dia boleh mengurut kaki dan memegang kemaluan seekor singa jantan, lapor sebuah akhbar semalam.
Alex yang berumur 50 tahun dan dilahirkan di Britain menunjukkan kepada renjer lain bahawa seekor singa jantan bernama Jamu di Taman Singa dekat sini amat mesra dengannya.
"Saya menunjukkan kepada seorang renjer lain bahawa Jamu mempercayai saya sepenuhnya.
"Sebahagian orang tidak dapat mempercayai gambar saya memegang kemaluan Jamu. Saya memberitahu mereka gambar itu adalah tulen," katanya.
Jamu merupakan haiwan selebriti kerana ia pernah muncul dalam program televisyen Wild At Heart.
Menurut Alex, terdapat 75 ekor singa di taman itu dan dia mengetahui nama semua haiwan tersebut. - Agensi
Labels: kenyataan akhbar
Labels: bungalow
KEADAAN dua peragut selepas dibelasah oleh orang ramai.Nasib malang itu bermula apabila mereka gagal meragut seorang wanita di Jalan Lima di Taman Setiawangsa di sini semalam.
Kejadian pukul 9 pagi itu pada mulanya menyaksikan aksi penduduk mengejar dua suspek terbabit setelah mendengar jeritan mangsa yang diragut.
Rentetan nasib malang kedua-dua suspek berusia 20-an itu bermula apabila motosikal yang dinaiki mereka itu dilanggar dari belakang oleh seorang pemandu kereta Mercedes Benz yang juga melihat jenayah yang dilakukan suspek.
Akibatnya, kedua-dua suspek terjatuh dari motosikalnya dan mereka sempat melarikan diri sejauh 100 meter sebelum dikepung dan ditangkap oleh orang ramai.
Kedua-dua suspek itu kemudian dibelasah sehingga badan mereka bengkak-bengkak dan lembik.
Turut mengambil kesempatan 'mengendurikan' kedua-dua suspek itu ialah beberapa pengguna jalan raya lain yang sanggup memberhentikan kenderaan masing-masing semata-mata untuk membelasah suspek-suspek itu.
Labels: peragut
Labels: arab saudi





