Showing posts with label kosmo. Show all posts
Showing posts with label kosmo. Show all posts

Renjer berani pegang kemaluan singa

Ada berani nak buat keje ni :)

JOHANNESBURG - Seorang renjer di sebuah taman negara, Alex Larenty membuktikan keberanian apabila dia boleh mengurut kaki dan memegang kemaluan seekor singa jantan, lapor sebuah akhbar semalam.

Alex yang berumur 50 tahun dan dilahirkan di Britain menunjukkan kepada renjer lain bahawa seekor singa jantan bernama Jamu di Taman Singa dekat sini amat mesra dengannya.

"Saya menunjukkan kepada seorang renjer lain bahawa Jamu mempercayai saya sepenuhnya.

"Sebahagian orang tidak dapat mempercayai gambar saya memegang kemaluan Jamu. Saya memberitahu mereka gambar itu adalah tulen," katanya.

Jamu merupakan haiwan selebriti kerana ia pernah muncul dalam program televisyen Wild At Heart.

Menurut Alex, terdapat 75 ekor singa di taman itu dan dia mengetahui nama semua haiwan tersebut. - Agensi

Tong Maut..

Ni aku rasa gara2 nak jimat punya pasal atau nak tunjuk pandai..akibat nya nyawa jadi taruhan. Bab gas2 ni jangan ler cari pasal..yang di ubahsuai kenapa jang oiii..

Tong NGV pasang sendiri meletup - Seorang terbunuh, dua lain cedera angkara tong gas memasak diubahsuai




MELAKA – “Tiba-tiba saya mendengar bunyi letupan lalu keluar dari van tetapi kaki saya rasa sakit. Saya juga lihat Hailmi sudah terbaring di atas jalan.”

Begitulah pengalaman cemas seorang mangsa yang cedera selepas tong gas memasak yang telah diubahsuai menjadi tangki sistem gas asli kenderaan (NGV) untuk sebuah van meletup sehingga menyebabkan rakannya terbunuh dalam kejadian di sebuah stesen minyak di Jalan Dato’ Seri Mat Zain, Batu Berendam di sini kelmarin...

Baca seterusnya di Kosmo