Showing posts with label melaka. Show all posts
Showing posts with label melaka. Show all posts

Tong Maut..

Ni aku rasa gara2 nak jimat punya pasal atau nak tunjuk pandai..akibat nya nyawa jadi taruhan. Bab gas2 ni jangan ler cari pasal..yang di ubahsuai kenapa jang oiii..

Tong NGV pasang sendiri meletup - Seorang terbunuh, dua lain cedera angkara tong gas memasak diubahsuai




MELAKA – “Tiba-tiba saya mendengar bunyi letupan lalu keluar dari van tetapi kaki saya rasa sakit. Saya juga lihat Hailmi sudah terbaring di atas jalan.”

Begitulah pengalaman cemas seorang mangsa yang cedera selepas tong gas memasak yang telah diubahsuai menjadi tangki sistem gas asli kenderaan (NGV) untuk sebuah van meletup sehingga menyebabkan rakannya terbunuh dalam kejadian di sebuah stesen minyak di Jalan Dato’ Seri Mat Zain, Batu Berendam di sini kelmarin...

Baca seterusnya di Kosmo

Eye On Malaysia

Eye On Malaysia in Melaka.

Khabarnya dalam proses pembinaan di kota laksamana. Merasa la orang melaka naik gondolan besar ni, huhu aku je yang tak merasa lagi walaupun duk kat KL ni.


Seminggu cuti raya

Salam lebaran..

Hari ini aku mula kerja, sepatutnya semalam :-) Minggu lepas beraya di Melaka hingga hari sabtu, pagi lepas sarapan aku balik ke rumah wife aku di sungai besar plak.

Balik dari sungai besar ke rawang malam semalam sampai rumah dalam kul 12 tengah malam, gerak dari rumah wife aku kul 11 malam aku bajet sampai dalam 1 jam kalau jalan tak jam la. Tengok jam kat kereta lebih sikit 1 jam, wife aku jaga eh dah sampai..

So everything back to normal la, dengan kerja dan biz part time aku ni. Kena all out semula ni..

Tengah meeting tadi en Zainal tel tapi aku tak dengar, sms dia semula sedang meeting. Aku belum dapat reg kan dia lagi, ingat malam tadi nak reg kan tapi no acc maybank dia plak along dah delete kat tel ericson aku tu. Kena minta semula la..

Aku sms wife aku minta tolong poskan i-charge utk orang jerteh yang dah bayar dua hari lepas.

Bayar bil sebelum balik...

Hari ni aku akan pulang ke Melaka, sekarang masih lagi berkemas.

Aku settlekan dulu semua bil-bil yang patut dibayar, kang tertunggak plak. Bayar guna maybank2u kat rumah je, guna online mudah sikit tak perlu pergi kaunter.

Bil api dan air bulan ni tak perlu bayar sebab bulan lepas aku bayar lebih, so bil bulan ni ada lebih lagi.

Wife aku tertidur nampak nya tu, penat berkemas kot. Itu pun aku suruh angah tolong, kesian plak aku kat wife aku tu.

Aku pun nak kemas diri plak... :-)