Alhamdulillah harga petrol turun lagi.. kalau boleh turun lagi :-)
Penurunan kali ketiga 10 hingga 20 sen seliter
PUTRAJAYA: Kerajaan semalam mengumumkan penurunan kali ketiga harga runcit petrol dan diesel antara 10 sen hingga 20 sen seliter, berkuat kuasa hari ini.
Harga petrol RON97 dikurangkan 15 sen seliter daripada RM2.45 kepada RM2.30, petrol RON92 turun 10 sen seliter daripada RM2.30 kepada RM2.20, manakala diesel sebanyak 20 sen seliter daripada RM2.40 kepada RM2.20...berita harian.
Nak jimat lagi boleh la cuba guna i-charge!
Labels: berita harian, i-charge, kerajaan, petrol
Salam,
Alhamdullilah en zainal join team i-charge.net network dengan pakej GOLD. En Zainal ni ialah rakan SST aku dulu di syarikat MLM sebelumnya.
Lepas merudum nya syarikat yang lepas dia slow sikit buat MLM online, tapi dia tertarik plak dengan produk yang aku buat sekarang lepas lihat website aku yang tak seberapa ni.
Tapi aku masih hutang 2 unit pada dia ni, semalam dia tel nak ambil tapi tak sempat nak singgah di keramat. Aku nak hantarkan ke office dia kata hari ni dia nak balik ke kampung. So minggu depan baru dapat kasi kat dia.
Minta aku siapkan website untuk promosi kan i-charge ni, wah nampak semangat dah ada tu. Nak linkkan kat blog dia kata nya.
Apa i-charge tu? :-)
Salam lebaran..
Hari ini aku mula kerja, sepatutnya semalam :-) Minggu lepas beraya di Melaka hingga hari sabtu, pagi lepas sarapan aku balik ke rumah wife aku di sungai besar plak.
Balik dari sungai besar ke rawang malam semalam sampai rumah dalam kul 12 tengah malam, gerak dari rumah wife aku kul 11 malam aku bajet sampai dalam 1 jam kalau jalan tak jam la. Tengok jam kat kereta lebih sikit 1 jam, wife aku jaga eh dah sampai..
So everything back to normal la, dengan kerja dan biz part time aku ni. Kena all out semula ni..
Tengah meeting tadi en Zainal tel tapi aku tak dengar, sms dia semula sedang meeting. Aku belum dapat reg kan dia lagi, ingat malam tadi nak reg kan tapi no acc maybank dia plak along dah delete kat tel ericson aku tu. Kena minta semula la..
Aku sms wife aku minta tolong poskan i-charge utk orang jerteh yang dah bayar dua hari lepas.
Labels: i-charge, melaka, rawang, sungai besar
Salam..
Wife aku tel beritahu kereta tak boleh start! Hah..risau aku kejap. Wife aku kata bila nak star bunyi tat..tat..aku kata biarkan dulu tunggu aku balik. Agak nya bateri dah habis kot, lagi pun dah lebih 2 tahun dah.
Sampai rumah, lepas sembahyang asar aku tengok. On kunci tekan i-charge, hah merah! Memang sah bateri dah kong, cuba start tak boleh pun. Nasib baik habis kat rumah, dibuat habis tengah jalan masa wife aku bawa kemana-mana susah gak. Itu pun katanya nak keluar tadi pergi rawang.
Last aku keluar 2 malam lepas pergi tesco selayang, masa tu aku tak tekan plak i-charge tu. Nampaknya kena la aku spend lagi kat kereta, dua minggu aku tukar 2 biji tayar masa balik melaka. Tapi rasanya memang masa ni kot kena ready tukar mana yang patut tukar, dah lebih 2 tahun aku guna kereta ni. Nasib aku baik ada la duit dari biz aku ni untuk aku spend untuk semua ni, alhamdulillah. Aku kena usaha kembangkan biz aku lagi untuk pastikan semua dalam keadaan baik.
Mana nak cari bateri dah nak malam ni, esok nya la kena cari. Tanya Man harga bateri sekarang pun dalam 240 yang biasa.
Pagi ni dapat tel dari mxb..beritahu balance stok aku 5 unit tu dah boleh ambil. Siap cakap nanti susah plak nak business takde stok..haah aku cakap memang dah lama susah pun..gelak dia.
Semalam lagi aku dah tel cakap nak ambil tapi malas plak aku nak keluar. Hari ni aku bawa kereta, balik keje nanti nak terus ke sana...
Malam tadi en sajidin sms aku, dia kata dah test dah. Dia kata bila on aircond steering dah tak gegar dah..minta aku upload kan website dia. Lepas siap upload aku sms dia..
Malam tadi pun kat YM ada sorang student dok tanya pasal i-charge. Tul ke boleh save petrol, aku cakap memang boleh la. Nak test pun boleh..kul 10 kul turun tengok CSI :-) minta sambung esok hehe..
Pagi ni aku YM dia lagi..dia cuak gak nak beli terus kata nya. Takut tak berkesan katanya sbb dia dah pasang magsaver, micro..apa tah aku lupa. Semua nya hampehh katanya..aku kata nak test dulu pun boleh. Tapi tu la, dia duk kat cyberjaya nun..:-(
