Salam,
Hari ni 7 hb Jan hari pendaftaran pelajar tingkatan 1 ke SAMER, Sekolah Agama Menengah Rawang. Masa mendaftar dalam surat tawaran ialah dari pukul 9 hingga 11 pagi, pukul 10 pagi baru aku keluar sebab tunggu wife aku buat checkup kat Batu Arang.
Nasib baik ler dekat sekolah nya boleh sampai dalam 20 minit. Sampai dah ramai murid yang daftar dah, semak nama Along masuk kelas mana. Then masuk dewan untuk daftar diri dan daftar asrama sekali.
Taklimat oleh wakil PIBG dan Guru besar nya dalam 45 minit. Lepas taklimat terus pergi asrama dan disambut oleh senior yang tolong bawakan beg ke doom dapat doom 12. Satu doom ada 7 katil double decker so 14 orang la semua nya. Aku tengok ada katil yang dah bercadar, tinggal dua lagi yang belum ada so dapat la katil bawah.
Pasangkan cadar tilam dan betulkan almari yang hampir tak serupa almari, ganas juga bebudak sekolah agama ni. Almari yang ensel nya dah tertanggal pun ada. Almarinya pun kecil, besar lagi almari masa aku duk asrama sekolah teknik dulu. Mangga aku beli tapi lupa beli selak pintunya. Lepas kemaskan barang aku keluar pi cari kat kedai hardware, masuk semula pi kantin dulu makan sebab dah lapar hehe.. dah pukul 1.30 pun. Lepas makan aku minta dengan pengawal untuk masuk ke doom nak pasangkan kunci almari.
Sebelum balik pergi jumpa Along kat dewan masa daftar tadi, sessi taaruf dah mula hingga hari jumaat ni. Kasi kan sikit duit, cikgu nya pesan jangan bekalkan duit banyak sangat takut hilang katanya. Sekolah agama pun kes hilang duit ni ada gak katanya..
Aku pesan la apa yang perlu semasa tinggal di asrama base on pengalaman aku duduk asrama masa sekolah dulu. Masa kat doom tadi aku tanya kat budak senior tu di asrama ni ada ragging ke. Dia kat ada tapi tak la teruk sangat, teruk macam mana tu plak aku tanya dia senyum jer...
Lepas tu balik..minggu ni aku datang kot nak tengok macam mana.
Hari ini hari pertama sekolah untuk 2009, tahun ni 4 orang anak aku yang bersekolah. Along akan masuk tingkatan 1 ke SAMER rawang, Angah darjah 5 dan Along darjah 3 akan mula bersekolah di SK BTP 2 dan Uda di Pra sekolah JAIS di Sg Besar.
Along akan daftar pada 7hb nanti dan akan duduk di asarama, sk btp 2 masih belum siap sepenuhnya so untuk tempoh 3 bulan ni akan menumpang lagi di sekolah menengah btp pd sessi petang.
Kak Uda akan masuk pra sekolah JAIS kat kampung wife aku, aku memang tak nak hantar sebab jauh tapi wife aku yang nak sangat so aku benarkan la. Hari sabtu lepas dah balik ke kampung, so hari ini wife aku kat kampung lagi untuk uruskan semua bayaran sekolah tu. Kak Uda nya memang suka dapat duduk dengan atuk dan neneknya, hari2 dok tanya bila nak sekolah kampung ni... sampai naik jemu plak nak menjawab nya :-)
Pagi ni angah dan alang akan ke sekolah agama, petang akan ke sekolah kebangsaan.
Malam semalam Hj Rahmad tel aku, dia tanya kat mana kampung pokok kelapa di Rawang. Aku tak tahu plak ada nama kampung tu kat rawang ni..aku kata tak tahu dan tanya dia kenapa.
Dia kata dia dan ada sorang dua lagi kawan nya nak pergi ke surau kat kampung tu Jumaat ni. Aku kata aku memang tak tahu tapi nanti aku tanyakan orang2 sini yang mungkin tahu, dia kata ada kilang simen berdekatan. Memang ada kilang simen kat Rawang ni..tapi aku memang tak pernah dengar plak nama kampung tu..
Malam ni aku pergi open house rumah jiran selang 4 rumah deret yang sama, aku tanya semua yang datang tu pernah dengar tak nama kampung pokok kelapa kat rawang. Semuanya tak tahu dan baru pertama kali dengar ni.. :-)
Mana ya letaknya kampung pokok kelapa ni..
Labels: kampung pokok kelapa, open house, rawang
Salam lebaran..
Hari ini aku mula kerja, sepatutnya semalam :-) Minggu lepas beraya di Melaka hingga hari sabtu, pagi lepas sarapan aku balik ke rumah wife aku di sungai besar plak.
Balik dari sungai besar ke rawang malam semalam sampai rumah dalam kul 12 tengah malam, gerak dari rumah wife aku kul 11 malam aku bajet sampai dalam 1 jam kalau jalan tak jam la. Tengok jam kat kereta lebih sikit 1 jam, wife aku jaga eh dah sampai..
So everything back to normal la, dengan kerja dan biz part time aku ni. Kena all out semula ni..
Tengah meeting tadi en Zainal tel tapi aku tak dengar, sms dia semula sedang meeting. Aku belum dapat reg kan dia lagi, ingat malam tadi nak reg kan tapi no acc maybank dia plak along dah delete kat tel ericson aku tu. Kena minta semula la..
Aku sms wife aku minta tolong poskan i-charge utk orang jerteh yang dah bayar dua hari lepas.
Labels: i-charge, melaka, rawang, sungai besar
Aku keluar dalam 12.30..
Pergi carefour wangsa maju, wife aku nak redeem voucher Digi yang aku dapat semalam bersama bil. Minyak dah nyala plak, isi kat shell melati. Aku isi penuh dapat dalam rm160.80, set meter to zero nak tengok berapa KM boleh dapat
Lepas redeem voucher, g solat zohor dan pusing2 jap cari ole2 untuk mak dan ayah untuk raya. Dapat cari untuk mak je, itu pun adik dah ngamuk nak air putih...nak air putih! Kalau dah nak tak kira depan orang ramai tu dia mengamuk, aku bawa p cari air.
Dah dekat pukul 4 keluar, ikut MRR2 ke sungai besi. Clear sampai tol banyak kereta, lepas tol clear sampai nilai slow gerak dalam 10km/j. Ada accident kot, setengah jam gak la sampai senawang baru clear. Ada accident tadi kot, nampak dua buah moto tepi jalan tapi dah settle kot.
Sampai Alor gajah dekat 6.30, singgah cari ole2 untuk ayah plak. Tel mak aku buka kat alor gajah je, aku g cari aku g beli makanan untuk buka. Lepas beli semua dah dekat nak buka, g masjid buka kat situ. Lepas solat keluar dan sampai rumah dalam 8.30.
Dalam perjalanan tadi tel aku asyik berbunyi terima sms ucapan raya, lepas makan aku plak dok balas sms depa.
Dekat kul 11 abang aku sampai dari senawang dengan keluarga.
Labels: alor gajah, carefour, MRR2, rawang, senawang, shell, tol sungai besi, wangsa maju
