Line up anak2 aku yg bersekolah tahun ni 2010
1. Along tingkatan 2 - SAMER
2. Angah darjah 6 - SK Tasik puteri 2
3. Alang darjah 4 - SK Tasik puteri 2
4. Uda darjah 1 - SK Tasik puteri 2
5. Bang cik tadika - Darul Thulab
Bang cik mendahului dari segi kos perbelanjaan diikuti Along, Angah, Uda dan Alang.
Perghh...
Labels: sekolah
Labels: sekolah
Hari ini hari pertama sekolah untuk 2009, tahun ni 4 orang anak aku yang bersekolah. Along akan masuk tingkatan 1 ke SAMER rawang, Angah darjah 5 dan Along darjah 3 akan mula bersekolah di SK BTP 2 dan Uda di Pra sekolah JAIS di Sg Besar.
Along akan daftar pada 7hb nanti dan akan duduk di asarama, sk btp 2 masih belum siap sepenuhnya so untuk tempoh 3 bulan ni akan menumpang lagi di sekolah menengah btp pd sessi petang.
Kak Uda akan masuk pra sekolah JAIS kat kampung wife aku, aku memang tak nak hantar sebab jauh tapi wife aku yang nak sangat so aku benarkan la. Hari sabtu lepas dah balik ke kampung, so hari ini wife aku kat kampung lagi untuk uruskan semua bayaran sekolah tu. Kak Uda nya memang suka dapat duduk dengan atuk dan neneknya, hari2 dok tanya bila nak sekolah kampung ni... sampai naik jemu plak nak menjawab nya :-)
Pagi ni angah dan alang akan ke sekolah agama, petang akan ke sekolah kebangsaan.
Salam,
Ada tak sesiapa tahu pasal sekolah ni atau pernah bersekolah disini;
MAAHAD INTEGRASI TAHFIZ SAINS DAN TEKNOLOGI NEGERI SELANGOR.
Jika ada sila tinggalkan komen anda ya.
Terima kasih
Labels: maahad tahfiz, sekolah
Salam, jika anda lebihan pakaian dan kasut sekolah yg boleh digunakan bolehlah disumbangkan..sekadar memanjangkan
JANGAN LUPUSKAN, pakaian dan kasut sekolah anak anda yang masih elok, pihak kami akan membuat hebahan untuk sumbangan keperluan tersebut menjelang KEMPEN MARI KESEKOLAH nanti !!! Kutipan akan dijalankan bermula pada bulan Disember. Mohon dipanjangkan emial ini kepada kenalan2 tuan/puan.
Terdapat seramai hampir 80 orang anak-anak dari Rumah Kasih Harmoni kini belajar di Tadika Harmoni, dan hampir 50 orang dari mereka akan menaiki sekolah rendah pada tahun 2009. Jesteru itu pihak kami sedang mencari dana untuk keperluan mereka ini, pihak kami juga menerima sumbangan dalam bentuk pakaian (lelaki dan perempuan) dan kasut sekolah bagi anak-anak ini. Walaubagimana pun bagi menceriakan kali pertama mereka menduduki alam persekolahan diperingkat rendah ini, diharapkan pakaian atau kasut sekolah yang disumbangkan adalah yang masih elok.
Sekian, semoga usaha kita ini akan dinilai oleh ALLAH sebagai satu AMAL TAQWA untuk bekalan kita di hari akhirat kelak. Amin.
UNTUK KETERANGAN LANJUT SILA LAYARI: www.ummuain.com/rumahamal.htm
Untuk kemudahan anda menyumbang secara ONLINE sila gunakan akaun:
5121- 8313- 4032
(RUMAH KASIH HARMONI)
Labels: anak yatim, kempen, sekolah
Petang semalam keputusan PSRA pun diumumkan, tapi wife aku kata Along tak dapat ambil sebab kena tahan. Rupa nya ada baki yuran yang belum dijelaskan, wife aku kata ada beberapa bulan belum bayar.
Pagi tadi hantar Along mendaftar ke Sek Menengah kat kawasan perumahan aku tu, untuk kemasukkan ke tingkatan 1 tahun depan. Itu penempatan oleh PPD bagi semua murid yang akan masuk ke tingkatan 1, jika ada yang nak memohon ke sekolah lain ibubapa boleh buat permohonan. Along ditempatkan ke kelas rancangan khas, kelas untuk semua pelajar yang mendapat 5A katanya.
Pasal keputusan PSRA along yang kena tahan ni..lepas solat Jumaat aku pergi ke sekolah agama untuk jelas baki yuran tertunggak tu.
Alhamdullilah Along dapat Mumtaz, boleh lah mohon masuk SMA. Syarat nak masuk SMA ni perlu dapat UPSR 5A dan Mumtaz bagi Sekolah Rendah Agama.

