Pagi ni masa aku singgah shell isi minyak, sampai sorang pakcik bawa ex5. Dia senyum kat aku senyum balik.. :-)
Dalam masa aku isi minyak dengar macam pakcik tu cakap sesuatu sambil memandang kat aku tapi tak berapa jelas, aku senyum jer..yang aku dengar dia kata..isi minyak..minum air.. mungkin dia nak kata minyak cepat habis macam minum kot :-)
Lepas aku letak pam dan nak tutup tangki minyak, pak cik tu tanya minyak dah turun yer? Haah aku kata turun 15 sen pakcik, ooo..banyak gak dah turun yer dia kata..aku senyum je kat pakcik tu sambil kata setakat ni dah turun 40 sen dah, boleh diturunkan lagi tu pakcik.. :-)
Aku start motor dan jalan..sambil tu aku nampak dia terus je angkat pam nak isi minyak. Dia tak bayar pun lagi kat kaunter..hehe..
Aku keluar dalam 12.30..
Pergi carefour wangsa maju, wife aku nak redeem voucher Digi yang aku dapat semalam bersama bil. Minyak dah nyala plak, isi kat shell melati. Aku isi penuh dapat dalam rm160.80, set meter to zero nak tengok berapa KM boleh dapat
Lepas redeem voucher, g solat zohor dan pusing2 jap cari ole2 untuk mak dan ayah untuk raya. Dapat cari untuk mak je, itu pun adik dah ngamuk nak air putih...nak air putih! Kalau dah nak tak kira depan orang ramai tu dia mengamuk, aku bawa p cari air.
Dah dekat pukul 4 keluar, ikut MRR2 ke sungai besi. Clear sampai tol banyak kereta, lepas tol clear sampai nilai slow gerak dalam 10km/j. Ada accident kot, setengah jam gak la sampai senawang baru clear. Ada accident tadi kot, nampak dua buah moto tepi jalan tapi dah settle kot.
Sampai Alor gajah dekat 6.30, singgah cari ole2 untuk ayah plak. Tel mak aku buka kat alor gajah je, aku g cari aku g beli makanan untuk buka. Lepas beli semua dah dekat nak buka, g masjid buka kat situ. Lepas solat keluar dan sampai rumah dalam 8.30.
Dalam perjalanan tadi tel aku asyik berbunyi terima sms ucapan raya, lepas makan aku plak dok balas sms depa.
Dekat kul 11 abang aku sampai dari senawang dengan keluarga.
Labels: alor gajah, carefour, MRR2, rawang, senawang, shell, tol sungai besi, wangsa maju
Salam,
Haha.. tergelak dulu kat aku :-)
Hari ni aku kehabisan minyak motor dalam perjalanan nak pergi kerja huhu... nasib baik masih dekat lagi dengan rumah, boleh la aku tel wife aku minta tolong belikan minyak kat shell. Nak menolak tak larat aku walaupun 3KM ada shell..
Sebenarnya meter minyak motor aku tu memang tak berapa betul, bila isi penuh jarum nya naik tp baru setengah jam jalan dah turun habis walaupun minyak nya ada lagi. Kalau isi RM6 biasa aku dapat agak berapa lama minyak tu boleh tahan sebelum aku isi lagi. Tapi hari ni tak tahu macam mana boleh habis huhu..
Ada dalam 45 minit aku lepak kat tepi jalan tunggu wife aku belikan minyak, dia beli kan 1 liter. Dia tanya macam mana boleh habis ni..hehehe aku cakap entah le. Ucap kan terima kasih kat wife aku. :-) Singgah shell tambah lagi..
So moral the story kat aku, dah tahu meter minyak tu problem check le minyak tu tiap2 hari..hehehe
:-)
