Showing posts with label samer. Show all posts
Showing posts with label samer. Show all posts

Hantar Along ke asrama

Salam...

Siang tadi hantar Along balik ke asrama..lepas daftar dengar taklimat warden dan puan pengetua. Antara isi ucapan nya ialah amaran kepada pelajar2 supaya jangan mengambil barang orang lain tanpa kebenaran, dengan kata lain aku rasa perkataan lain nya mencuri la tu.

Tindakan akan di ambil kepada yang melakukan nya tapi aku rasa tindakan tak sepenuhnya. Barang2 anak aku banyak gak hilang, dengan selipar nya tah berapa pasang yg hilang. Kasut sekolah sera stokin pun hilang dengan baldinya sekali. Apa nak jadi la bebudak samer ni.

Aku pesan pada Along jangan amik barang orang lain, nak pinjam kasi tahu. Tu yang selalu tel nak beli itu ini sebab dah hilang.

Lepas hantarkan barang ke dom keluar kejap belikan bantal plak. Aku pesan belajar rajin2, ni tinggal setahun lagi nak PMR. Tersengeh je dia..

Malam nya plak g daftar bang chik untuk tadika 5 tahun. Pergh total dekat 400 kalah dengan Alongnya..apa nak buat dah Umi nya nak masukkan kat situ..Aku minta bayar dua kali boleh kata nya.

Esok nak uruskan kakak2nya plak..

Along ke SAMER

Salam,

Hari ni 7 hb Jan hari pendaftaran pelajar tingkatan 1 ke SAMER, Sekolah Agama Menengah Rawang. Masa mendaftar dalam surat tawaran ialah dari pukul 9 hingga 11 pagi, pukul 10 pagi baru aku keluar sebab tunggu wife aku buat checkup kat Batu Arang.

Nasib baik ler dekat sekolah nya boleh sampai dalam 20 minit. Sampai dah ramai murid yang daftar dah, semak nama Along masuk kelas mana. Then masuk dewan untuk daftar diri dan daftar asrama sekali.

Taklimat oleh wakil PIBG dan Guru besar nya dalam 45 minit. Lepas taklimat terus pergi asrama dan disambut oleh senior yang tolong bawakan beg ke doom dapat doom 12. Satu doom ada 7 katil double decker so 14 orang la semua nya. Aku tengok ada katil yang dah bercadar, tinggal dua lagi yang belum ada so dapat la katil bawah.

Pasangkan cadar tilam dan betulkan almari yang hampir tak serupa almari, ganas juga bebudak sekolah agama ni. Almari yang ensel nya dah tertanggal pun ada. Almarinya pun kecil, besar lagi almari masa aku duk asrama sekolah teknik dulu. Mangga aku beli tapi lupa beli selak pintunya. Lepas kemaskan barang aku keluar pi cari kat kedai hardware, masuk semula pi kantin dulu makan sebab dah lapar hehe.. dah pukul 1.30 pun. Lepas makan aku minta dengan pengawal untuk masuk ke doom nak pasangkan kunci almari.

Sebelum balik pergi jumpa Along kat dewan masa daftar tadi, sessi taaruf dah mula hingga hari jumaat ni. Kasi kan sikit duit, cikgu nya pesan jangan bekalkan duit banyak sangat takut hilang katanya. Sekolah agama pun kes hilang duit ni ada gak katanya..

Aku pesan la apa yang perlu semasa tinggal di asrama base on pengalaman aku duduk asrama masa sekolah dulu. Masa kat doom tadi aku tanya kat budak senior tu di asrama ni ada ragging ke. Dia kat ada tapi tak la teruk sangat, teruk macam mana tu plak aku tanya dia senyum jer...

Lepas tu balik..minggu ni aku datang kot nak tengok macam mana.