Boring betul aku dgn HQ..

Salam,

Hari ni aku tel HQ lagi tanyakan stok..hampeh betul :-( masih lagi takde..boring betul aku dengan jawapan yang sama..

Kena tunggu lagi minggu depan...ciss. Lepas ni memang aku tak amik la lagi kat HQ, tension tul di buat nya. Macam mana nak buat business macam ni barang takde, takkan nak jual pamplet kot. Tapi tak pe sabar..sabar..mungkin ini dugaan. Lepas dapat yang 5 unit ni aku ambil barang dengan en Ghafar lagi senang..

Tengahari en Norizan tel nak kan 1 unit yg dia minta minggu lepas untuk abang dia, petang nanti katanya nak tel lagi bila nak ambil..

Aku sms budak ridzuan keramat ari tu tanya jadi ke nak test, ari tu dia sms aku nak test dulu sebelum nak beli. Minggu lepas aku takde stok lagi, aku kata aku akan sms dia bila ada stok. Aku sms dia tak balas plak, takpe la..kalau dia nak nanti biar la dia yang sms aku..

Kul 7 en norizan tel dia kata dah masuk kan duit, aku beritahu aku nak balik melaka malam ni atau pagi esok. Mula minta aku singgah wangsa maju kalau jadi balik malam ni, bila dia aku kata nak balik melaka dia minta aku bawa kan sekali ke melaka sbb abang dia ada duk kat felda gak..ok gak tak perlu la aku pergi wangsa maju.

Lepas mandi tengok ada sms dari ustaz bazri tanya ada stok ke..aku balas ada. Lepas sembahyang tengok ada sms lagi dari dia..dia nak malam ni dan minta aku hantar..boleh aku kata tapi lambat sikit sbba aku nak ambil along dari tuisyen, dia kata ok.

Lepas amik along aku terus g gombak, sampai 10.45. Dia ada kat gerai makan kat stesen bas greenwood nak makan malam kata nya..aku duk kejap join dia sambil borak2. Dia nak 2 unit dulu dulu..ok tak ape boleh aku kata..11.45 aku gerak balik.

Dapat sms en sajirin sarawak, beritahu dah bank-in duit. Kena la aku minta wife aku poskan esok pagi, aku nak gerak awal pagi esok balik melaka. Dah tinggal sebijik stok aku..5 unit kat HQ lum dapat lagi. Harap2 isnin ada la barang nya..jangan dia kata kena tunggu lagi dah la...

0 comments: