Pagi ni masa aku singgah shell isi minyak, sampai sorang pakcik bawa ex5. Dia senyum kat aku senyum balik.. :-)
Dalam masa aku isi minyak dengar macam pakcik tu cakap sesuatu sambil memandang kat aku tapi tak berapa jelas, aku senyum jer..yang aku dengar dia kata..isi minyak..minum air.. mungkin dia nak kata minyak cepat habis macam minum kot :-)
Lepas aku letak pam dan nak tutup tangki minyak, pak cik tu tanya minyak dah turun yer? Haah aku kata turun 15 sen pakcik, ooo..banyak gak dah turun yer dia kata..aku senyum je kat pakcik tu sambil kata setakat ni dah turun 40 sen dah, boleh diturunkan lagi tu pakcik.. :-)
Aku start motor dan jalan..sambil tu aku nampak dia terus je angkat pam nak isi minyak. Dia tak bayar pun lagi kat kaunter..hehe..
Orang Luar Pelopori Bank Digital Islam Pertama
11 months ago
0 comments:
Post a Comment