JANGAN LUPUSKAN

Salam, jika anda lebihan pakaian dan kasut sekolah yg boleh digunakan bolehlah disumbangkan..sekadar memanjangkan


JANGAN LUPUSKAN, pakaian dan kasut sekolah anak anda yang masih elok, pihak kami akan membuat hebahan untuk sumbangan keperluan tersebut menjelang KEMPEN MARI KESEKOLAH nanti !!! Kutipan akan dijalankan bermula pada bulan Disember. Mohon dipanjangkan emial ini kepada kenalan2 tuan/puan.

Terdapat seramai hampir 80 orang anak-anak dari Rumah Kasih Harmoni kini belajar di Tadika Harmoni, dan hampir 50 orang dari mereka akan menaiki sekolah rendah pada tahun 2009. Jesteru itu pihak kami sedang mencari dana untuk keperluan mereka ini, pihak kami juga menerima sumbangan dalam bentuk pakaian (lelaki dan perempuan) dan kasut sekolah bagi anak-anak ini. Walaubagimana pun bagi menceriakan kali pertama mereka menduduki alam persekolahan diperingkat rendah ini, diharapkan pakaian atau kasut sekolah yang disumbangkan adalah yang masih elok.

Sekian, semoga usaha kita ini akan dinilai oleh ALLAH sebagai satu AMAL TAQWA untuk bekalan kita di hari akhirat kelak. Amin.

UNTUK KETERANGAN LANJUT SILA LAYARI: www.ummuain.com/rumahamal.htm

Untuk kemudahan anda menyumbang secara ONLINE sila gunakan akaun:
5121- 8313- 4032
(RUMAH KASIH HARMONI)

0 comments: