Mereka bahagia..

Cinta tak kenal usia..kalau dah jodoh tak kemana pun :-)

WOOK ceria di samping Mohd. Nor di rumahnya di Kampung Bukit Tok Bat, Kuala Berang semalam.


HULU TERENGGANU - "Kami bahagia dan tak pernah bercerai walaupun ada orang menyangka kami tak tinggal bersama lagi."
Demikian pengakuan ikhlas Mohd. Nor Musa, 37, mengenai status rumah tangganya dengan wanita berusia 106 tahun, Wook Kundur, yang kononnya dikatakan sedang dilanda gelora.

Menurutnya, sejak mendirikan rumah tangga kira-kira tiga tahun lalu, perkahwinan mereka tidak bermasalah bahkan semakin menyayangi satu sama lain, walaupun dipisahkan jarak umur 69 tahun.

"Memang ada saya dengar orang yang bawa cerita kurang elok tentang perkahwinan kami, malah ia sudah didengar sejak awal perkahwinan lagi.

"Kami tak mahu layan cakap-cakap itu kerana tak mampu menjawab khabar angin itu.

"Apa yang dapat kami katakan ialah rumah tangga terus bahagia dan kami sepakat dalam kehidupan seharian," katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Bukit Tok Bat, Kuala Berang, di sini semalam.

Perkenalan pasangan umpama 'cucu dan nenek' itu bermula apabila Mohd. Nor menyewa rumah milik Wook di kampung itu empat tahun lalu dan banyak membantu kehidupan wanita yang dianggap sebagai ibu angkat itu.

Wook yang ketika itu tinggal berseorangan, kemudiannya mencadangkan supaya mereka berkahwin bagi mengelak pandangan serong masyarakat dan agar Mohd.. Nor dapat menjaganya dengan lebih sempurna.


0 comments: