Salam,
Hari ni 7 hb Jan hari pendaftaran pelajar tingkatan 1 ke SAMER, Sekolah Agama Menengah Rawang. Masa mendaftar dalam surat tawaran ialah dari pukul 9 hingga 11 pagi, pukul 10 pagi baru aku keluar sebab tunggu wife aku buat checkup kat Batu Arang.
Nasib baik ler dekat sekolah nya boleh sampai dalam 20 minit. Sampai dah ramai murid yang daftar dah, semak nama Along masuk kelas mana. Then masuk dewan untuk daftar diri dan daftar asrama sekali.
Taklimat oleh wakil PIBG dan Guru besar nya dalam 45 minit. Lepas taklimat terus pergi asrama dan disambut oleh senior yang tolong bawakan beg ke doom dapat doom 12. Satu doom ada 7 katil double decker so 14 orang la semua nya. Aku tengok ada katil yang dah bercadar, tinggal dua lagi yang belum ada so dapat la katil bawah.
Pasangkan cadar tilam dan betulkan almari yang hampir tak serupa almari, ganas juga bebudak sekolah agama ni. Almari yang ensel nya dah tertanggal pun ada. Almarinya pun kecil, besar lagi almari masa aku duk asrama sekolah teknik dulu. Mangga aku beli tapi lupa beli selak pintunya. Lepas kemaskan barang aku keluar pi cari kat kedai hardware, masuk semula pi kantin dulu makan sebab dah lapar hehe.. dah pukul 1.30 pun. Lepas makan aku minta dengan pengawal untuk masuk ke doom nak pasangkan kunci almari.
Sebelum balik pergi jumpa Along kat dewan masa daftar tadi, sessi taaruf dah mula hingga hari jumaat ni. Kasi kan sikit duit, cikgu nya pesan jangan bekalkan duit banyak sangat takut hilang katanya. Sekolah agama pun kes hilang duit ni ada gak katanya..
Aku pesan la apa yang perlu semasa tinggal di asrama base on pengalaman aku duduk asrama masa sekolah dulu. Masa kat doom tadi aku tanya kat budak senior tu di asrama ni ada ragging ke. Dia kat ada tapi tak la teruk sangat, teruk macam mana tu plak aku tanya dia senyum jer...
Lepas tu balik..minggu ni aku datang kot nak tengok macam mana.
Orang Luar Pelopori Bank Digital Islam Pertama
11 months ago
0 comments:
Post a Comment