Renjer berani pegang kemaluan singa

Ada berani nak buat keje ni :)

JOHANNESBURG - Seorang renjer di sebuah taman negara, Alex Larenty membuktikan keberanian apabila dia boleh mengurut kaki dan memegang kemaluan seekor singa jantan, lapor sebuah akhbar semalam.

Alex yang berumur 50 tahun dan dilahirkan di Britain menunjukkan kepada renjer lain bahawa seekor singa jantan bernama Jamu di Taman Singa dekat sini amat mesra dengannya.

"Saya menunjukkan kepada seorang renjer lain bahawa Jamu mempercayai saya sepenuhnya.

"Sebahagian orang tidak dapat mempercayai gambar saya memegang kemaluan Jamu. Saya memberitahu mereka gambar itu adalah tulen," katanya.

Jamu merupakan haiwan selebriti kerana ia pernah muncul dalam program televisyen Wild At Heart.

Menurut Alex, terdapat 75 ekor singa di taman itu dan dia mengetahui nama semua haiwan tersebut. - Agensi

0 comments: