Wajah dari awan

Perhatikan...

Rakam wajah 'makhluk jahat'

MEJ menunjukkan formasi awan yang membentuk wajah makhluk menakutkan.

ANKARA - Menakutkan. Itulah yang dapat dikatakan tentang wajah beberapa makhluk jahat yang terbentuk di angkasa hasil formasi awan, lapor sebuah akhbar semalam.

Wajah-wajah 'makhluk jahat' itu dirakam oleh seorang remaja, Mehmet Candar, 18, dengan menggunakan telefon bimbit berkamera di bandar Konya di wilayah Bozkir, Turki.

Mehmet berkata, dia dan bapa saudaranya bangun awal pagi untuk merakam seekor merpati istimewa yang kerap dilihat pada waktu subuh ketika fenomena itu berlaku.

"Kami melintas masjid di tempat kami apabila menyedari imej pelik itu wujud di angkasa," katanya.

"Saya diserang ketakutan ketika merakamkan imej itu tetapi bapa saudara saya meneruskan rakamannya kerana fenomena itu menakjubkan," tambah remaja itu. - Agensi

0 comments: