Pinggan boleh dimakan?

Haha..biasa kita guna pinggan untuk makan. Pernah dengar pinggan pula boleh di makan? Tu dia pinggan yang dibuat dari ubi kayu dan katanya di sahkan halal dan kualitinya disahkan oleh SIRIM.
hehe..memasing mencuba nampaknya, pinggan pakai buang. Kalau rasa lapar lagi boleh makan dengan pinggan nya sekali huhu..

ooo...kena uli juga macam buat roti tu..selama 30 minit

INFO: Pinggan ubi kayu

  • Pinggan ubi dihasilkan daripada 99 peratus tepung ubi kayu

  • Prosesnya bermula dengan diformulasikan selama 20 minit sebelum diuli dengan mesin uli berbentuk kawah kecil selama 30 minit.

  • Selepas menjadi doh, ia akan dipotong-potong kecil menggunakan mesin pemotong.

  • Setiap satu doh dimasukkan ke dalam acuan membentuk pinggan.

  • Setiap satu doh akan dibakar selama 45 saat pada tahap 220 hingga 240 darjah Celsius.

  • Pinggan yang dihasilkan akan dihantar ke mesin pengukur dan pemotong berbentuk saiz pinggan bagi memastikan setiap produk memiliki ukuran standard.

  • Pinggan ubi kayu boleh menahan kepanasan hingga 180 darjah Celsius atau selama empat jam sebelum mula mengembang.

  • Bagi makanan sejuk ia boleh bertahan selama sehari.

  • Jika tidak digunakan langsung, ia boleh bertahan selama dua tahun.

  • Bagi memastikan mutu dan kualiti pinggan yang dihasilkan, hanya ubi kayu jenis KU 55 saja digunakan. Ini kerana ubi kayu jenis ini memiliki kandungan serat yang tinggi.

  • Ada yang nak mencuba?

    sumber : Berita Harian Kosmo

    0 comments: