Showing posts with label hijrah. Show all posts
Showing posts with label hijrah. Show all posts

TALI PINGGANG BELAKANG... PENTINGKAH SANGAT?

Hari ni dah masuk hari ke 3 penguatkuasaan penggunaan tali pingang keledar belakang. Ramai gak dengarnya dah kena saman, dah beritahu supaya pakai pun ada juga yang kena saman! Ni samada mereka tu degil atau memang dia orang memang banyak duit nak bayar saman :-)

Bagi kereta yang takde tali pingang keledar tu macam mana yer? Saya rasa mesti ada penyelesaian terbaik bagi kereta yg didaftarkan sebelum tahun 1995 yang tiada tali pinggang keledar jika kita benar2 prihatin tentang keselamatan diri kita serta keluarga kita.

Bagi aku elok la pakai, bagi anak2 yang masih kecil tu latih la mereka supaya pakai. Ini demi keselamatan mereka juga, jika mereka menangis tak nak pakai biar! Biarkan mereka menangis sekarang dari kita yang menangis nanti. Bukan la kita minta sesuatu yang buruk berlaku kan..tapi elok la beringat sebelum terjadi apa2

Memang ada pro dan kontra dalam isu ini, dalam byk forum kat internet yang aku baca ramai gak yang menghentam dari melihat kesan positifnya usaha baik pihak berwajib dalam isu ini. Tak paham sungguh dengan kebanyakan orang malaysia ni.....

Cuba masuk youtube dan type rear seat belt pada engine seach..Lihat dengan mata kepala anda sendiri kenapa undang2 supaya seat belt belakang perlu diwajibkan.

Susah memang susah .... tapi sayang ler nyawa tu......
Satu contohnya..




yang ini pula.... dengar kata pakar...



kita lihat beza antara pakai dan tak pakai...



untuk lihat maklumat tentang keselamatan kereta masuk kat web ni.. http://www.euroncap .com/home. aspx. Banyak lagi info2 lain kat internet yg boleh kita cari..

Sempena tahun baru 2009M dan 1430H ni... ada baik nya kita berhijrah kepada yang lebih baik demi kita dan juga keluarga kita. Rasanya tak rugi kan...

Salam Maal Hijrah 1430H

Semuga kehadirannya disambut dengan penuh makna dan kita jadikan 1430H lebih baik dari tahun-tahun sebelum nya serta membuka lembaran baru dalam arus kehidupan dengan penuh keinsafan. Sama-sama kita capai impian yang belum tercapai dalam apa jua bidang kita ceburi.

Tekadkan azam baru kita sempena tahun Islam 1430H.

Doa Akhir Tahun

Bismillahirrahmanirrohim

Segala puji itu untuk Allah tadbir sekalian alam; semoga Allah mencucuri rahmatnya ke atas junjungan kami nabi Muhammad s.a.w, keluarganya, dan para sahabatnya.

Ya Allah Ya Tuhan kami,
Perkara-perkara yang telah kami lakukan dari yang telah Kau larangi dalam tahun ini yang masih belum kami taubat darinya walhal tiada Kau redhai dan Kau Tuhan kami memang tidak melupakannya; Tuhan yang tiada sifat lupa. Dan Tuhan kami yang bersifat lemah lembut tidak mengazabkan kami malah memberi peluang kepada kami bertaubat setelah tercebur dalam perlakuan maksiat; maka kami memohon ampun.

Ya Allah, ampunilah kami dan mana-mana perbuatan yang telah kami lakukan sepanjang-panjang tahun ini yang Kau meredhainya dan telah Kau menjanjikan ganjaran-ganjarannya; maka kami sekalian memohon ya Allah, Tuhan kami yang mempunyai Kebesaran dan Kemuliaan. Semoga kau perkenankan perbuatan kami yang telah kami lakukan itu dan tidak Tuhan kami hampakan harapan kami. Ya Allah, Tuhan yang Maha Pemurah.


Doa Awal Tahun Hijrah

Segala puji itu bagi Allah Tuhan sekalian alam rahmat dan sejahtera atas Penghulu kami Nabi Muhammad SAW dan atas keluarganya dan para sahabatnya.

Ya Allah wahai Tuhan kami; Dikaulah jua Tuhan yang kekal selama-lamanya, sedia ada lagi tiada permulaan. Kelebihan Mu Maha Besar dan kemurahanMu adalah limpahan yang amat diharapkan.

Tibalah sudah tahun baru, kami memohon kepadaMu agar terpelihara kami sekalian di dalam tahun baru ini dari tipu daya syaitan yang terlaknat dan balatenteranya.

Dan kami memohon kepada-Mu akan pertolongan, agar tidak mengalah pada runtunan hawa nafsu yang mendorong pada jalan kejahatan.

Kami memohon juga pada-Mu Ya Allah akan rasa sedia ingin membuat kerja-kerja kebajikan yang boleh mendampingkan diri kami kepada-Mu.

Ya Allah Tuhan yang Maha Agung dan Maha Mulia, ya Allah Tuhan yang sebaik-baik mengurniakan rahmat , barang dicucuri rahmat apalah kiranya ya Allah dan juga kesejahteraan atas junjungan kami Nabi Muhammad SAW serta keluarganya dan para sahabatnya.

Segala puji bagi Allah, Tuhan seluruh alam.

Amin.