CENROMA: KOPI UNTUK MATA

Cubalah kopi CEN-ROMA nih... kalau kawan2 tiada masalah mata sekali pun... mungkin ibubapa, anak-anak atau saudara kita yg mempunyai masalah mata yang boleh kita cadangkan kat mereka..


Bagaimana kopi CEN-Roma bertindak?
Kopi CEN-Roma ini telah diramuankan mengandungi 0.34% kandungan “LUTIEN” dalam setiap paketSecara asasnya kandungan lutien inilah yang menyebabkan kopi CEN-Roma ini amat baik dalam penjagaan mata
Untuk mendapatkan kesan yang paling baik “FloraGloLutien” telah digunakan sebagai bahan utama dalam penghasilan kopi ini.
Ramuan utama FloraGloLutien dihasilkan dari extrak bunga marigold yang ditanam secara meluas di Negara Afrikadan Thailand tanpa terdedah kepada sebarang racun perosak

Kesan sampingan
Semua jenis makanan terutamanya jenis supliment sekiranya diambil berlebihan .Terdapat tanda-tanda alergi seperti bengkak dan gatal pengambilan supliment ini hendaklah diberhentikan walaupun kopi cen roma di dalam kategori makanan tambahan untuk kesihatan untuk kesihatan (supplimen) namun kopimata ini telah terbukti mampu merawat satu  penyakit mata.Olehitu CEN-Roma juga telah diklasifikasikan sebagai kopi ubatan yang pertama di dunia

Cara Amalan dan Langkah-langkah :
1.Masukan Air panas kedalam cawan dan masukan kopi mata Cenroma,biarkan kopi larut sendiri
2.Bagi permulaan 1 paket 2 hari sekali ( Pagi atau Malam ),jika tiada perubahan boleh ambil setiap hari
3.untuk pesakit diabetis, kopi ini tidak perlu kacau
4.tundakbalas akan berlaku seperti tidak mengantuk tetapi fikir merasa tenang..

MINUMAN KOKO CENGREEN (Cen-Coco) diformulasikan daripada serbuk koko bergred terbaik dengan kebaikan semula jadi malt dan susu tepung tanpa lemak serta diperkayakan dengan LUTEIN untuk memberikan anda minuman coklat lazat yang memuaskan rasa dan menyihatkan tubuh.
 
Nikmati rasa lazat MINUMAN KOKO CENGREEN (Cen-Coco) sekerap yang anda inginkan, bila-bila masa dan di mana-mana jua anda suka dan perolehi segala nutrien Koko dan kebaikan LUTEIN!

wassap 0126824534


Lama tak berblog...

Lama tul tak updtae blog ni...

Ibubapa tercinta...


Sesawang...

Lama terbiar blogku ini....

Nasib si Ibu...

Salam hari minggu..
Terbaca headline metro ni...apa punya anak mcm ni..

Mangsa dera anak
KUALA LUMPUR: Ketika kebanyakan ibu ceria diraikan anak dan keluarga masing-masing sempena sambutan Hari Ibu hari ini, ada ibu yang merintih serta meratapi nasib malang mereka selepas dianiayai zuriat sendiri.

Government May Issue Betting Licence For World Cup

Ni satu lagi idea bangang pada aku....ada la pulak nak menghalalkan judi yg dah tentu HARAM..apa kejadah nak "halalkan" pulak. Dah takde cara lain ke nak cari duit...

Kerajaan akan mempertimbangkan kemungkinan mengeluarkan lesen untuk membenarkan pertaruhan dilakukan semasa kejohanan bola sepak Piala Dunia 2010 berlangsung awal bulan depan bagi mengelak berleluasanya aktiviti perjudian dan pertaruhan haram di negara ini.


Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Awang Adek Hussein, berkata jika kerajaan tidak mengeluarkan lesen kepada pihak yang memohon, aktiviti perjudian dan pertaruhan haram tetap berlaku tanpa kawalan dan pemantauan pihak berkuasa.

"Ada beberapa perkara penting untuk dikaji sama ada perkara ini (mengeluarkan lesen membenarkan pertaruhan) baik bagi kerajaan atau jika kerajaan boleh cuba mengawalnya untuk mengetahui berapa banyak (jumlah wang daripada pertaruhan haram).

"Kerajaan sedang mengkaji perkara ini dan akan memutuskannya jika mahu membenarkan pertaruhan kerana kejohanan Piala Dunia ini semakin hampir," katanya kepada pemberita ketika ditemui di lobi Parlimen hari ini.

Awang Adek berkata, jika lesen itu dikeluarkan, kerajaan dapat mengawal aktiviti perjudian, selain hasilnya boleh digunakan terutama untuk pembangunan bidang sukan di negara ini.

Beliau mengakui sudah ada pihak yang membuat permohonan untuk mendapatkan lesen itu tetapi beliau enggan mendedahkan lebih lanjut maklumat itu sehingga kerajaan membuat keputusan mengenainya.

Terdahulu, isu itu dibangkitkan pada sesi soal jawab oleh Senator Ng Fook Heng yang mahukan penjelasan kemungkinan kerajaan mengeluarkan lesen pertaruhan kejohanan Piala Dunia untuk mengelakkan perjudian haram.

Awang Adek berkata, kerajaan memandang serius aktiviti perjudian tanpa lesen yang membabitkan pertaruhan nombor ramalan, permainan mesin slot dan pertaruhan membabitkan bookie bagi permainan bola sepak dan permainan lain.

"Aktiviti perjudian tanpa lesen adalah aktiviti yang boleh mewujudkan kegiatan sampingan lain seperti peminjam wang tanpa lesen, jenayah terancang, penyeludupan dan pengubahan wang haram.

"Oleh itu sebagai sebuah kerajaan yang prihatin terhadap rakyatnya, kerajaan akan memberi pertimbangan sewajarnya dan sebarang langkah perlu dilakukan secara berkesan bagi menangani masalah bookie tanpa lesen termasuk membenarkan pertaruhan bookie bola sepak dilaksanakan melalui perlesenan sah," katanya.

- Bernama

Padah berkelah malam

Ape kejadah nya berkelah waktu malam budak ni...
siang hari tak boleh pergi ke...tak pasal2 kena kenduri

2010/05/08

IPOH: Tindakan seorang pelajar Tingkatan Tiga berkelah pada waktu malam di kawasan air terjun Ulu Licin, Beruas, mengundang padah apabila dia dirogol bergilir-gilir sekumpulan lelaki termasuk seorang daripadanya kakitangan sebuah majlis daerah pada 29 April lalu.

Pelajar berusia 15 tahun itu, berasal dari bandar raya ini, dikatakan berkunjung ke kawasan perkelahan itu kira-kira jam 11 malam dan sanggup meredah perjalanan sejauh lebih 60 kilometer dari bandar raya ini bersama dua lagi saudara perempuannya serta tiga rakan lelaki dengan alasan bersuka ria.
Difahamkan, mangsa berkunjung ke kawasan itu bersama teman lelakinya dan dua saudaranya bersama pasangan masing-masing.

BH

Saman polis RM4.75j kes lepas tembakan

Boleh kaya giler kalau menang kes ni....
Buat duit cara terbaru......SAMAN POLIS hehe..

2010/05/08

MOHD Fauzi (kiri) dan Siti Nasrinda  bersama Manoharan di Pejabat  Pendaftar Mahkamah Tinggi Shah Alam, semalam.
MOHD Fauzi (kiri) dan Siti Nasrinda bersama Manoharan di Pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi Shah Alam, semalam.
SHAH ALAM: Sepasang suami isteri memfailkan saman bernilai RM4.75 juta di Pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi di sini, semalam, terhadap dua anggota polis dan empat yang lain kerana didakwa melepaskan tembakan bertubi-tubi dan membuta tuli ke arah mereka, tahun lalu.

Siti Nasrinda Tumirin, 23, selaku plaintif pertama, suaminya, Mohd Fauzi Mohd Daud, 26, (plaintif kedua) dan bapa mentuanya, Mohd Daud Ab Hamid, 51, (plaintif ketiga) yang memfailkan saman itu melalui Tetuan M Manoharan & Co, menamakan Konstabel Razlan Mohd Khairi dan Koperal Abdul Wahab Ishak sebagai defendan pertama dan kedua.
Dalam writ saman itu, Ketua Polis Daerah Klang, Asisten Komisioner Mohamad Mat Yusop dinamakan defendan ketiga, Ketua Polis Selangor, Datuk Khalid Abu Bakar (keempat), Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan (kelima) dan Kerajaan Malaysia, defendan keenam, dalam writ saman itu.

BH

Kena tembak lagi..

Hemm...tak abis kes budak 15 tahun yg kena tembak ari tu. Ni sorang lagi...nasib baik tak kena kepala...
Awat la bebudak ni tak tahu dok kat rumah yer..2-3 pagi dok atas jalan raya, tak amik ikhtibar langsung dgn apa yg dah terjadi...

polis tu baru dapat pistol kot...hehe

Metro...

Aku heran awat HM ni suka keluarkan cite2 macam kat bawah ni...
Ni nak melaporkan keburukan aktiviti berkenaan atau indirectly nak mempromosikan nya..

Wahai Tuhan....

Wahai Tuhan, sesungguhnya aku lemah, kuatkan lah aku, aku hina, muliakanlah aku, aku miskin, kayakan lah aku, wahai Tuhan yang Maha pengasih.

PANDUAN LENGKAP ADSENSE