Saman polis RM4.75j kes lepas tembakan

Boleh kaya giler kalau menang kes ni....
Buat duit cara terbaru......SAMAN POLIS hehe..

2010/05/08

MOHD Fauzi (kiri) dan Siti Nasrinda  bersama Manoharan di Pejabat  Pendaftar Mahkamah Tinggi Shah Alam, semalam.
MOHD Fauzi (kiri) dan Siti Nasrinda bersama Manoharan di Pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi Shah Alam, semalam.
SHAH ALAM: Sepasang suami isteri memfailkan saman bernilai RM4.75 juta di Pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi di sini, semalam, terhadap dua anggota polis dan empat yang lain kerana didakwa melepaskan tembakan bertubi-tubi dan membuta tuli ke arah mereka, tahun lalu.

Siti Nasrinda Tumirin, 23, selaku plaintif pertama, suaminya, Mohd Fauzi Mohd Daud, 26, (plaintif kedua) dan bapa mentuanya, Mohd Daud Ab Hamid, 51, (plaintif ketiga) yang memfailkan saman itu melalui Tetuan M Manoharan & Co, menamakan Konstabel Razlan Mohd Khairi dan Koperal Abdul Wahab Ishak sebagai defendan pertama dan kedua.
Dalam writ saman itu, Ketua Polis Daerah Klang, Asisten Komisioner Mohamad Mat Yusop dinamakan defendan ketiga, Ketua Polis Selangor, Datuk Khalid Abu Bakar (keempat), Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan (kelima) dan Kerajaan Malaysia, defendan keenam, dalam writ saman itu.

BH

0 comments: