Showing posts with label polis. Show all posts
Showing posts with label polis. Show all posts

Saman polis RM4.75j kes lepas tembakan

Boleh kaya giler kalau menang kes ni....
Buat duit cara terbaru......SAMAN POLIS hehe..

2010/05/08

MOHD Fauzi (kiri) dan Siti Nasrinda  bersama Manoharan di Pejabat  Pendaftar Mahkamah Tinggi Shah Alam, semalam.
MOHD Fauzi (kiri) dan Siti Nasrinda bersama Manoharan di Pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi Shah Alam, semalam.
SHAH ALAM: Sepasang suami isteri memfailkan saman bernilai RM4.75 juta di Pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi di sini, semalam, terhadap dua anggota polis dan empat yang lain kerana didakwa melepaskan tembakan bertubi-tubi dan membuta tuli ke arah mereka, tahun lalu.

Siti Nasrinda Tumirin, 23, selaku plaintif pertama, suaminya, Mohd Fauzi Mohd Daud, 26, (plaintif kedua) dan bapa mentuanya, Mohd Daud Ab Hamid, 51, (plaintif ketiga) yang memfailkan saman itu melalui Tetuan M Manoharan & Co, menamakan Konstabel Razlan Mohd Khairi dan Koperal Abdul Wahab Ishak sebagai defendan pertama dan kedua.
Dalam writ saman itu, Ketua Polis Daerah Klang, Asisten Komisioner Mohamad Mat Yusop dinamakan defendan ketiga, Ketua Polis Selangor, Datuk Khalid Abu Bakar (keempat), Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan (kelima) dan Kerajaan Malaysia, defendan keenam, dalam writ saman itu.

BH

Kena tembak lagi..

Hemm...tak abis kes budak 15 tahun yg kena tembak ari tu. Ni sorang lagi...nasib baik tak kena kepala...
Awat la bebudak ni tak tahu dok kat rumah yer..2-3 pagi dok atas jalan raya, tak amik ikhtibar langsung dgn apa yg dah terjadi...

polis tu baru dapat pistol kot...hehe

Police alert!

Don't be a victim of phishing scams! Protect yourself from identity theft today

  • NEVER respond to any phone call / SMS / email requesting your bank account details

  • NEVER reveal your bank account details / ATM PIN / Internet banking password to anyone

  • NEVER follow instructions from unknown parties to do banking transactions or make changes to your bank account details

  • NEVER be a victim of schemes that sound too good to be true

Amaran pihak polis!

  • JANGAN layan sebarang panggilan telefon / SMS / emel yang meminta butir-butir perbankan anda

  • JANGAN dedahkan maklumat akaun / nombor PIN ATM / kata laluan perbankan Internet anda kepada mana-mana pihak

  • JANGAN terperdaya dengan arahan orang yang tidak dikenali untuk melakukan sebarang transaksi atau perubahan butir-butir perbankan anda

  • JANGAN menjadi mangsa skim-skim yang menjanjikan pulangan yang terlalu lumayan