Showing posts with label kanser. Show all posts
Showing posts with label kanser. Show all posts

News: Potensi kulit durian rawat kanser


Salam,

haha..ni berita baik ni bagi yang ada dusun durian. Satu penemuan yang baik oleh saintis kita, ada harapan tuan punya dusun boleh jadi jutawan ni... :-) bikin busines beb...

Lepas ni mesti ramai yg cari kulit durian hehe..kalau sebelum ni kita dengar apek lori jerit "surat khabar lama atau paper lama.." lepas ni jangan heran jika anda terdengar plak "kulit durian..kulit durian" hehe..so jika makan durian jangan buang kulit durian tu, kumpul banyak2 nanti boleh jual..

AZHAR menunjukkan kepingan pangsa durian dan cairan pangsa durian yang boleh ditukar kepada serbuk untuk merawat kanser pada sidang akhbar di USM semalam.

GEORGE TOWN - Selama ini selain isi, kulit dan biji durian dibuang begitu sahaja. Bagaimanapun seorang saintis Universiti Sains Malaysia (USM) berjaya menggali potensi pangsa durian agar ia tidak terbuang begitu sahaja.

Kejayaan yang dicapai oleh Penyelidik Fakulti Teknologi Industri USM, Profesor Madya Azhar Mat Easa memang membanggakan kerana berjaya menukar pangsa durian kepada bahan yang mampu merawat kanser.

Pangsa durian kini boleh diproses menjadi serbuk atau modified Durian Rind Pectin (mDRP) dan boleh bertindak membuang logam berat dalam tubuh manusia.

Namun begitu, satu kajian yang lebih mendalam perlu dilakukan untuk membuktikan keupayaan mDRP itu sebagai agen membasmi kanser tetapi melalui petanda awal yang berjaya diperoleh, ia tidak mustahil untuk dilakukan.

"Kajian yang kita jalan selama dua tahun ini berjaya mendapatkan serbuk daripada pangsa durian itu yang mampu mengasingkan logam berat daripada tubuh manusia.

"Serbuk yang dicipta itu akan mengikat logam berat seperti raksa, arsenik dan plumbum yang ada dalam tubuh dan ia akan dikeluarkan dari tubuh sebagai najis," katanya pada sidang media di USM semalam.

Logam berat yang mengancam tubuh kita biasanya diterima daripada pelbagai punca seperti cat, ubat-ubatan tradisional, bateri, gam dan banyak lagi melalui sedutan, sentuhan atau makanan.

Antara ancaman logam berat itu kepada tubuh manusia ialah kegagalan untuk berfungsi pada buah pinggang, hati, otak, sistem saraf tunjang serta sistem pembiakan.

Kosmo melaporkan.


News: Kopi buat payu dara kecut

Salam, aku rasa oghang pompuan kena baca ni :-) pergh boleh kecut beb!

Pengambilan terlalu banyak kafein jejas hormon dalam badan wanita

LONDON: Pengambilan hanya tiga cawan kopi sehari dikatakan mampu mengecutkan buah dada wanita kerana kafein yang terlalu banyak boleh menjejaskan hormon dalam badan dan menggugat saiznya.

Kajian terbaru yang dijalankan sekumpulan penyelidik menunjukkan lebih banyak kopi yang diminum, lebih kecil saiz buah dada mereka.

Hampir 300 wanita yang mengambil bahagian dalam kajian itu dan mereka ditanya purata jumlah pengambilan kopi sehari dan saiz payu dara mereka diukur.

Keputusan kajian itu yang disiarkan Jurnal Kanser Britain mendapati bahawa dengan hanya meminum sekurang-kurangnya tiga cawan kopi atau lebih sehari sudah cukup untuk mengecilkan saiz buah dada mereka.

Kesannya meningkat bagi setiap cawan kopi yang diminum.

Hampir separuh daripada wanita dalam kajian itu menunjukkan perubahan gen yang dikaitkan dengan pengambilan kopi dan saiz payu dara mereka.

"Meminum kopi boleh memberi kesan besar terhadap saiz buah dada," kata Helena Jernstrom dari Universiti Lund, Sweden, yang mengetuai kajian berkenaan.

"Wanita yang minum kopi tidak perlu bimbang buah dada mereka akan mengecut dengan cepat dalam masa semalaman. Ia akan menjadi lebih kecil tetapi tidak terus menghilang," katanya.

"Bagaimanapun, mereka yang berpendapat boleh meneka wanita mana peminum kopi hanya melalui ukuran baju dalam mereka akan silap.

"Masalahnya, ada dua ukuran bagi sehelai baju dalam iaitu saiz mangkuk dan ukur lilit jadi tidak mudah untuk anda meneka."

Wanita yang minum lebih tiga cawan kopi sehari mempunyai purata 17 peratus saiz buah dada lebih kecil berbanding mereka yang minum kurang tiga cawan sehari.

Wanita yang mempunyai saiz buah dada lebih besar paling berisiko tinggi, kata saintis berkenaan.

Bagaimanapun, kajian itu tidak dapat merumuskan sama ada meminum jumlah kafein yang banyak setiap hari juga boleh menjejaskan kepadatan buah dada. - Agensi

sumber BH