Showing posts with label london. Show all posts
Showing posts with label london. Show all posts

News: Nama remaja terpanjang dunia

Huhu..macam tu panjang yer. Ada lagi nama superhero yang dia lupa tu.. :-)

LONDON: Seorang remaja menukar namanya kepada ‘Captain Fantastic Faster Than Superman Spiderman, Batman, Wolverine Hulk and The Flash.’

Nama yang memecahkan rekod kini dianggap nama terpanjang di dunia adalah idea graduan muzik George Garrat, 19.


Beliau menukar namanya menerusi surat ikatan menukar nama secara online berharga £10 (RM55.70) minggu lalu. ‘Captain Fantastic’ berkata: “Saya mahu menjadi unik. Saya mengambil keputusan menggunakan panggilan super hero.”

‘Captain Fantastic’ menyertai sekumpulan individu dengan nama panjang luar biasa termasuk ‘Rhoshandiatellyneshiaunneveshenk Koyaanisquatsiuth’ Williams, budak perempuan dilahirkan di Texas pada 1984.

Remaja dari Glastonbury, Somerset, menambah, ketika beliau memikirkan mengenai nama barunya adalah ‘gila’, neneknya tidak lagi bercakap dengannya. - Agensi

BH

News: Kopi buat payu dara kecut

Salam, aku rasa oghang pompuan kena baca ni :-) pergh boleh kecut beb!

Pengambilan terlalu banyak kafein jejas hormon dalam badan wanita

LONDON: Pengambilan hanya tiga cawan kopi sehari dikatakan mampu mengecutkan buah dada wanita kerana kafein yang terlalu banyak boleh menjejaskan hormon dalam badan dan menggugat saiznya.

Kajian terbaru yang dijalankan sekumpulan penyelidik menunjukkan lebih banyak kopi yang diminum, lebih kecil saiz buah dada mereka.

Hampir 300 wanita yang mengambil bahagian dalam kajian itu dan mereka ditanya purata jumlah pengambilan kopi sehari dan saiz payu dara mereka diukur.

Keputusan kajian itu yang disiarkan Jurnal Kanser Britain mendapati bahawa dengan hanya meminum sekurang-kurangnya tiga cawan kopi atau lebih sehari sudah cukup untuk mengecilkan saiz buah dada mereka.

Kesannya meningkat bagi setiap cawan kopi yang diminum.

Hampir separuh daripada wanita dalam kajian itu menunjukkan perubahan gen yang dikaitkan dengan pengambilan kopi dan saiz payu dara mereka.

"Meminum kopi boleh memberi kesan besar terhadap saiz buah dada," kata Helena Jernstrom dari Universiti Lund, Sweden, yang mengetuai kajian berkenaan.

"Wanita yang minum kopi tidak perlu bimbang buah dada mereka akan mengecut dengan cepat dalam masa semalaman. Ia akan menjadi lebih kecil tetapi tidak terus menghilang," katanya.

"Bagaimanapun, mereka yang berpendapat boleh meneka wanita mana peminum kopi hanya melalui ukuran baju dalam mereka akan silap.

"Masalahnya, ada dua ukuran bagi sehelai baju dalam iaitu saiz mangkuk dan ukur lilit jadi tidak mudah untuk anda meneka."

Wanita yang minum lebih tiga cawan kopi sehari mempunyai purata 17 peratus saiz buah dada lebih kecil berbanding mereka yang minum kurang tiga cawan sehari.

Wanita yang mempunyai saiz buah dada lebih besar paling berisiko tinggi, kata saintis berkenaan.

Bagaimanapun, kajian itu tidak dapat merumuskan sama ada meminum jumlah kafein yang banyak setiap hari juga boleh menjejaskan kepadatan buah dada. - Agensi

sumber BH