Dah Jumpa..

Dapat sikit info dari respeks pasal kampung yang aku cari semalam. Oleh kerana petang tadi balik kerja tak hujan aku plan p cari la kejap.

Sampai rawang masuk ke simpang ke Taman bersatu, bawa moto slow tengok kiri dan kanan. Dalam tu banyak gak kilang2 rupa nya, sampai ke penghujung nampak papan tanda 'UMNO Cawangan Bukit Kelapa". Ni kot kampung yang Haji rahmad nak pergi tu,memang ada pokok kelapa atas bukit tapi sebahagian bukit tu aku tengok dah kena sodok. Aku masuk dalam ada lagi papan tanda yang sama..

Ada sorang mamat indon aku jumpa sedang kemas kan kawasan sekeliling, aku tanya ni kampung pokok kelapa ke. Haah katanya, aku tanya ada surau ke kampung ni. Dia tunjukkan surau nya, hemm agak besar gak surau nya tapi rumah tak la banyak aku tengok. Aku jumpa lagi 2 orang yg sedang sembang kat tepi surau, tanyakan mereka lagi untuk pengesahan. Nama betul nya kampung bukit kelapa, mungkin haji Rahmad silap dengar kot.

Lepas tanya aku balik, sms haji rahmad beritahu aku dah jumpa kampung tu. Malam dia tel semula, dia minta tolong jemput dia dan kawan nya nanti hari jumaat ni.

Terima kasih la bro yang kasi info kat di mana letak naya kampung bukit kelapa ni, ramai gak orang tak tahu pasal kampung ni. Nanti la aku survey apa yang ada kat kampung bukit kelapa ni..

0 comments: