Harga petrol turun lagi..

Alhamdulillah harga petrol turun lagi.. kalau boleh turun lagi :-)



Penurunan kali ketiga 10 hingga 20 sen seliter

PUTRAJAYA: Kerajaan semalam mengumumkan penurunan kali ketiga harga runcit petrol dan diesel antara 10 sen hingga 20 sen seliter, berkuat kuasa hari ini.

Harga petrol RON97 dikurangkan 15 sen seliter daripada RM2.45 kepada RM2.30, petrol RON92 turun 10 sen seliter daripada RM2.30 kepada RM2.20, manakala diesel sebanyak 20 sen seliter daripada RM2.40 kepada RM2.20...berita harian.

Nak jimat lagi boleh la cuba guna i-charge!

0 comments: