Showing posts with label petrol. Show all posts
Showing posts with label petrol. Show all posts

Petrol akan naik lagi?

Suasana yang bakal di lihat pada tengah malam akhir bulan april nanti jika petrol jadi naik..
Elok la tu slogan 1malaysia..rakyat didahulukan...retorik semata-mata!

Dua harga petrol mulai 1 Mei

PETALING JAYA: Dua harga petrol berbeza untuk warga negara dan bukan warga negara akan diperkenalkan bermula 1 Mei 2010, kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, hari ini.

Beliau berkata, kepada warga negara, pelaksanaan harga petrol pula antara lain akan ditentukan berdasarkan kapasiti enjin kenderaan, yang bermakna bukan semua warga negara akan menikmati subsidi yang disediakan.

"Bukan semua warganegara akan mendapat subsidi ini. Subsidi ini sepatutnya lebih kepada golongan berpendapatan rendah," katanya selepas merasmikan identiti korporat baharu bahagian minuman ringan Fraser & Neave Holdings Bhd.

Golongan yang mendapat subsidi, katanya, akan membeli petrol pada harga yang ditetapkan sekarang, manakala mereka yang tidak mendapat subsidi, akan membayar harga sebenar petrol.

"Bagi RON 95, kerajaan kini memberi subsidi sebanyak 30 sen bagi setiap liter. Harga sekarang ialah RM1.80 berbanding harga sebenar iaitu RM2.10.

"Jadi, mereka yang tidak layak mendapat subsidi dan juga bukan warga negara, akan membayar RM2.10 atau lebih," katanya.

Ismail berkata, kerajaan juga mungkin akan mengenakan cukai yang akan ditentukan oleh Kementerian Kewangan.

Pengumuman lanjut mengenai mekanisme baru itu akan dibuat pada 1 Mei.

“Selain mengekalkan subsidi minyak, kerajaan juga masih mengekalkan subsidi gas, gandum, dan juga gula,” katanya.

Menurut Ismail, walaupun harga gula dinaikkan sebanyak 20 sen, namun kerajaan masih menanggung subsidi sebanyak 80 sen.

"Tahun lalu kerajaan memberi subsidi sebanyak 60 sen sekilogram, namun disebabkan kenaikan harga gula dunia yang mendadak sejak Ogos tahun lalu, kerajaan terpaksa menanggung subsidi sebanyak RM1.00, sebab itu kita naikkan harga," katanya.

Dengan subsidi 80 sen yang diberikan itu, katanya kerajaan akan menanggung subsidi sebanyak RM1.008 bilion tahun ini berbanding RM720 juta tahun lalu. - Bernama

Understanding The Difference between RON..

Salam...lama tak udate blog ni. Dah bersawang dah hehe..

Ok entry ni aku dapat dari email, bagus gak infonya. Selama ni pun aku pun konpius apa bezanya. Khabarnya September ni Gov nak naikkan RON97 dari RM1.80 ke RM2.00 seliter untuk suruh orang ramai guna RON95 yang akan dijual RM1.75 seliter. RON95 ni menggantikan RON92 yang dijual RM1.70 seliter..hemm ni kira naik harga la jugak yer huhu..

So kereta anda sesuai guna RON apa?

Understanding The Difference between RON92, RON95, RON97 and RON99

The Difference between RON92, RON95, RON97 and RON99
Many said that RON92 oil is the older oil, only suitable for older cars or for cars that uses carburetor only. There are also some that said that RON92 oil will make the engine dirty and also said that RON92 oil is less powerful compared to RON97 and RON99. Before you make any false assumptions, let us see what the real meaning of RON is.

RON stands for
Research Octane Number. Octane number or octane rating refers to the gasoline ability to withstand auto ignition (knocking) inside the engine. Higher octane number refers to higher ability of the oil to fight auto ignition. In other words, it means that RON95 is harder to ignite compared to RON92.

Different vehicles are designed to be use with different octane number of oil.
Higher octane number oil is basically designed for high performance vehicles such as sport vehicle and racing vehicle. Why is that so? This is to avoid premature ignition of oil inside the engine because of auto ignition, which happens before the spark plug ignite the fuel. This phenomenon is known as knocking. Knocking is not wanted because it reduces the performance of vehicle.

The right usage of octane number
based on design and adjustment of engine will maximize the performance and effectiveness of the vehicle. Modern vehicles are equipped with knock sensor which enables it to adjust its combustion timing automatically according to the oil octane number to avoid knocking or premature ignition of oil.

Not all vehicles require high octane number petrol
. You can check your vehicle fuel requirement inside the guide book of your vehicle or you can simply check the minimum Octane Rating at the back of the fuel lid cover of your vehicle. Most cars can still use RON92.

Higher RON number does not means that it is more powerful. It means that it is harder to ignite.
It will also cost you more.

Turun lagi...

Alhamdulillah harga petrol turun lagi...dengan penurunan ini, harga barangan lain juga diharap turut turun.

Petrol, diesel turun 15 sen mulai esok

17/11/2008 6:08pm

Harga petrol RON97, RON92 dan diesel dikurangkan sebanyak 15 sen seliter masing-masingberkuatkuasa mulai esok 18 November.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan harga baru petrol RON97 ialah RM2.00 seliter daripada RM2.15, petrol RON92 ialah RM1.90 daripada RM2.05 manakala diesel RM1.90 daripada RM2.05-Utusan Online

Harga petrol turun..

Alhamdulilah harga petrol turun lagi, walaupun tak memadai (pada aku la..) tapi kira ok la tu. nak jimatkan lagi jom guna i-charge :-)

Harga petrol turun lagi 15 sen
31/10/2008 5:36pm

KUALA LUMPUR 31 Okt. - Kerajaan menurunkan lagi harga runcit petrol dan diesel sebanyak 15 sen berkuat kuasa 1 November ini.

Dengan penurunan itu, harga petrol RON97 dikurangkan daripada RM2.30 kepada RM2.15 dan RON92 dari RM2.20 kepada RM2.05.

Harga Diesel pula dikurangkan daripada RM2.20 kepada RM2.05.

Ini merupakan penurunan harga bahan api yang keempat dalam tempoh lebih dua bulan.

- Utusan

pada aku bukan soal berapa kali turun, tapi adakah penurunan ini boleh memberikan kesan positif atau tak kepada pengguna. ye la dulu depa naikkan mencanak sampai 78 sen, harga barang semua naik. Dengan penurunan yg dah berapa kali ni adakah harga barang juga turun?

Harga petrol turun lagi..

Alhamdulillah harga petrol turun lagi.. kalau boleh turun lagi :-)



Penurunan kali ketiga 10 hingga 20 sen seliter

PUTRAJAYA: Kerajaan semalam mengumumkan penurunan kali ketiga harga runcit petrol dan diesel antara 10 sen hingga 20 sen seliter, berkuat kuasa hari ini.

Harga petrol RON97 dikurangkan 15 sen seliter daripada RM2.45 kepada RM2.30, petrol RON92 turun 10 sen seliter daripada RM2.30 kepada RM2.20, manakala diesel sebanyak 20 sen seliter daripada RM2.40 kepada RM2.20...berita harian.

Nak jimat lagi boleh la cuba guna i-charge!

Kesan petrol naik harga..

Agak nya la kan, adegan macam ni ada tak jadi kat Malaysia ni :-) sejak kerajaan naikan harga minyak