Sebelum keluar talipon Wak Wan tanya dia di mana, dah duk banting rupa nya. Aku ingat masih di KKB, wife dia dah pencen rupa nya. Dia pelawa datang ke rumah nya di sana, Insyaallah aku kata.
Pergi open house doktor Ilham kat medan puteri atas tu. Dia jemput semua patient dan panel klinik dia. Sampai baru nak mula lepas buat bacaan doa selamat. Banyak gak hidangan, raya la katakan. Aku just makan satay dan roti canai sekeping, kat rumah dah sarapan pun sebabnya. Anak2 aku di pulun nya air batu campur masing2, harap jangan batuk dah le. Tengah makan ada sorang mamat tegur aku, rupanya budak ex-uitm shah masa aku belajar dulu. Course lain tapi dia sama buat pra dengan course mate aku, Balok. Nama gelaran tu, nama betul ntah dah lupa. Rupa nya dia duduk sebelah rumah cikgu yang aku hantar along tuisyen kat blok 3 tu. Minta dia kirim salam kat Balok jika jumpa dia, bulan ramadhan ari tu aku jumpa sorang lagi course mate aku Hamzah (dulu aku panggil Lambert) kat shah alam. Yang lain2 setakat ni tak pernah jumpa la lagi...
En Fazli tel beritahu on the way ke KL malam ni ada program di Damansara kata nya..sambung makan.
Lepas bersalaman dengan doktor, cau.. Wife aku tanya nak pergi ke rumah Wak Wan, aku cakap boleh tapi kena sponsor duit minyak ler :-) Ikut jalan di puncak alam meru klang, sampai klang salah masuk jalan plak sangkut 15 minit. Dalam perjalanan ke Banting terima sms minta alamat rumah aku, nak datang beraya jika aku ada kat rumah. Aku fikir sapa plak ni, rupanya Hana. Takde rezeki la nak datang beraya tahun ni, tahun depan Insyaallah ada umur datang la lagi Hana ye..
Sampai banting nampak macam nak hujan, betul2 sampai depan rumah Wak Wan hujan turun. Wak perempuan nya dan anak2 ada kat rumah, wak wan ke masjid solat zohor. Ada la dalam sejam lebih kita orang minta diri dulu, pergi plak ke labuhan dagang. Rumah ayah angkat kang jamil abang wife aku, dulu masa along kecil rasanya aku ada pergi sekali. Dah lupa kat mana rumah nya, tanya kan kat orang kat situ. Ada plak sorang brother tu baik hati bawa tunjukkan jalan sampai depan rumah wak tu.
Duk sampai dalam 6.30 kita orang minta diri, itu pun di minta nya stay lagi sampai malam. Balik rawang dulu, esok je wife aku hantar mak nya balik sungai besar.
Teringat siang tadi en fazli kata ada program di damansara, aku tel zubir downline suhairi penang. Rupa nya dia di pelangi damansara, kat rumah wak nya la. Semalam aku ada kat sana tak teringat plak nak tel dia. Aku suruh dia tel en fazli, kalau free suruh dia pergi.
Singgah di petronas kat NKVE kota damansara solat maghrib. Anak2 aku nampak MD, nak pulak. Nenek dia orang belanja, aku kata beli bawa balik je. Sampai rumah kul 9 malam...
Orang Luar Pelopori Bank Digital Islam Pertama
11 months ago
0 comments:
Post a Comment