Along dapat 5A

Salam..

Aku menunggu panggilan tel dari wife aku tengahari ni untuk beritahu keputusan UPSR Along. Lambat sebab ada acara penyampaian hadiah dulu kat sekolah sebelah pagi so keputusan di beri selepas pukul 12 tengahari.

Pukul 12:41 terima panggilan tapi bukan no wife aku.., aku jawab dengar suara wife aku. Guna hp jiran sebelah rumah aku, anaknya pun ambil UPSR sama dengan Along. Hah..aku tanya macamana, wife aku pass hp kat Along untuk kasi tau. "Abi, Along dapat 5A" kata Along. "Alhamdulillah, tahniah!'' aku jawab.

Aku tanya nak hadiah apa, dia jawab apa2 je lah. Aku pun tak tau nak kasi apa hehe..semalam aku belanja makan pizza.

Sekarang ni tunggu keputusan PSRA nya plak, harap2 dapat Mumtaz. Dia pun minat nak masuk sekolah agama katanya. Aku tak kisah la asalkan dia minat. Wife aku dah bercadang nak masukkan Along kat sekolah lamanya dulu kat Sabak Bernam.

4 comments:

Anonymous said...

wahh... tahniah2!!! semoga kecemerlanganyer berterusan.. amin..

Anonymous said...

Anak bertuah.....tahniah dan syabas dari kami di PLBD Dungun untuk Yazifa seisi keluarga kerana berjaya mendidik seorang insan bernama anak.

Semoga menjadi orang berguna untuk agama dan bangsa....SMA pilihan yang tepat.....!!!!

Anonymous said...

tahniah saya ucapkan ~

Anonymous said...

salam semua, terima kasih atas ucapan yer..

insyallah sbagai bapa, sy cuba buatkan yg terbaik utk anak2..