PSRA Along kena tahan..

Petang semalam keputusan PSRA pun diumumkan, tapi wife aku kata Along tak dapat ambil sebab kena tahan. Rupa nya ada baki yuran yang belum dijelaskan, wife aku kata ada beberapa bulan belum bayar.

Pagi tadi hantar Along mendaftar ke Sek Menengah kat kawasan perumahan aku tu, untuk kemasukkan ke tingkatan 1 tahun depan. Itu penempatan oleh PPD bagi semua murid yang akan masuk ke tingkatan 1, jika ada yang nak memohon ke sekolah lain ibubapa boleh buat permohonan. Along ditempatkan ke kelas rancangan khas, kelas untuk semua pelajar yang mendapat 5A katanya.

Pasal keputusan PSRA along yang kena tahan ni..lepas solat Jumaat aku pergi ke sekolah agama untuk jelas baki yuran tertunggak tu.

Alhamdullilah Along dapat Mumtaz, boleh lah mohon masuk SMA. Syarat nak masuk SMA ni perlu dapat UPSR 5A dan Mumtaz bagi Sekolah Rendah Agama.

0 comments: