Minyak masak ganti minyak hitam?

Hah..ada sesiapa yang dah try tak orr yang berani mau try.....test la... :-) lepas tu boleh kasi komen kat sini.

Pengganti minyak hitam?

HANYA minyak masak berasaskan kelapa sawit sahaja boleh digunakan sebagai minyak hitam. - Gambar hiasan


PERCAYAKAH anda bahawa minyak masak berasaskan minyak kelapa sawit boleh digunakan sebagai minyak pelincir untuk kenderaan anda?

Malahan sudah terdapat segelintir penduduk di Negeri Sembilan menggunakan minyak masak sebagai minyak pelincir atau minyak hitam untuk kereta mereka tanpa menghadapi sebarang masalah.

Pengurus Pemasaran Sekolah Golf Michael Ismail, Nik Safian Afzani Omar berkata, beliau telah menggunakan minyak masak yang dibeli pada harga RM2.50 sepaket untuk enjin kereta Kancilnya.

"Kancil saya menggunakan tiga liter minyak hitam. Jadi, saya tuang dua paket setengah minyak masak untuk menyamai kuantiti itu. Dahulu, kalau servis minyak hitam, saya berhabis sehingga RM130, tetapi sekarang kurang RM10," katanya.


Lagi leh baca kat Kosmo


0 comments: