Anak sapa la ni yer...

Ni anak2 sapa la gamaknya yer...ishh3. Gadis melayu... :-(


Sumber

Program Affiliate

Anda berminat dgn affiliate? Boleh cuba yang ni..hadiah wang tunai sebanyak RM1,200 untuk 6 top affiliate.

Malah komisennya adalah RM30 bagi setiap jualan.


Tangan besi

Buah apa tu ya...






Boleh cuba...janji boleh jalan

Plat no tak tahu hehehe.. :-)

Salam Maal Hijrah 1430H

Semuga kehadirannya disambut dengan penuh makna dan kita jadikan 1430H lebih baik dari tahun-tahun sebelum nya serta membuka lembaran baru dalam arus kehidupan dengan penuh keinsafan. Sama-sama kita capai impian yang belum tercapai dalam apa jua bidang kita ceburi.

Tekadkan azam baru kita sempena tahun Islam 1430H.

Doa Akhir Tahun

Bismillahirrahmanirrohim

Segala puji itu untuk Allah tadbir sekalian alam; semoga Allah mencucuri rahmatnya ke atas junjungan kami nabi Muhammad s.a.w, keluarganya, dan para sahabatnya.

Ya Allah Ya Tuhan kami,
Perkara-perkara yang telah kami lakukan dari yang telah Kau larangi dalam tahun ini yang masih belum kami taubat darinya walhal tiada Kau redhai dan Kau Tuhan kami memang tidak melupakannya; Tuhan yang tiada sifat lupa. Dan Tuhan kami yang bersifat lemah lembut tidak mengazabkan kami malah memberi peluang kepada kami bertaubat setelah tercebur dalam perlakuan maksiat; maka kami memohon ampun.

Ya Allah, ampunilah kami dan mana-mana perbuatan yang telah kami lakukan sepanjang-panjang tahun ini yang Kau meredhainya dan telah Kau menjanjikan ganjaran-ganjarannya; maka kami sekalian memohon ya Allah, Tuhan kami yang mempunyai Kebesaran dan Kemuliaan. Semoga kau perkenankan perbuatan kami yang telah kami lakukan itu dan tidak Tuhan kami hampakan harapan kami. Ya Allah, Tuhan yang Maha Pemurah.


Doa Awal Tahun Hijrah

Segala puji itu bagi Allah Tuhan sekalian alam rahmat dan sejahtera atas Penghulu kami Nabi Muhammad SAW dan atas keluarganya dan para sahabatnya.

Ya Allah wahai Tuhan kami; Dikaulah jua Tuhan yang kekal selama-lamanya, sedia ada lagi tiada permulaan. Kelebihan Mu Maha Besar dan kemurahanMu adalah limpahan yang amat diharapkan.

Tibalah sudah tahun baru, kami memohon kepadaMu agar terpelihara kami sekalian di dalam tahun baru ini dari tipu daya syaitan yang terlaknat dan balatenteranya.

Dan kami memohon kepada-Mu akan pertolongan, agar tidak mengalah pada runtunan hawa nafsu yang mendorong pada jalan kejahatan.

Kami memohon juga pada-Mu Ya Allah akan rasa sedia ingin membuat kerja-kerja kebajikan yang boleh mendampingkan diri kami kepada-Mu.

Ya Allah Tuhan yang Maha Agung dan Maha Mulia, ya Allah Tuhan yang sebaik-baik mengurniakan rahmat , barang dicucuri rahmat apalah kiranya ya Allah dan juga kesejahteraan atas junjungan kami Nabi Muhammad SAW serta keluarganya dan para sahabatnya.

Segala puji bagi Allah, Tuhan seluruh alam.

Amin.

Perkara Yang Mesti Diteliti Dalam Mendidik Anak-anak

Ramai yang merasakan bahawa mendidik anak-anak untuk cemerlang
memerlukan ilmu keibubapaan yang mendalam. Sebenarnya apa yang anda
perlukan ialah naluri kemanusiaan. Sekiranya anda cuba memahami
kenapa seseorang anak melakukan atau bertindak dalam sesuatu perkara
maka lebih mudah untuk anda merangka penyelesaian dan memikirkan
pendekatan terbaik menangani dan menasihati mereka. Cara terbaik
ialah meletakkan diri anda ditempat mereka dan tanya diri sendiri
kenapa aku melakukannya begini.

Satu perkara yang anda perlu faham tentang tingkahlaku ialah:

`Semua tingkahlaku adalah untuk kebaikan diri sendiri'

Mungkin tingkahlaku anak-anak anda tidak seiring dengan adab sopan,
peraturan atau disiplin tetapi percayalah mereka melakukannya kerana
ada sesuatu yang mereka cari untuk kepuasan diri mereka sendiri.
Setelah anda memahami `hukum' ini maka anda perlu memikirkan sama ada
anak perlu dipuji atau perlu dihukum. Dua perkara ini sangat penting
dan perlu dilakukan dengan berkesan agar ia melahirkan anak-anak yang
positif mindanya.

Sayangnya, tidak ramai ibu bapa yang tahu bagaimana nak memuji atau
menhukum anak-anak mereka. Ada ketikanya pujian yang diberikan
bagaikan melepaskan batuk ditangga dan tidak berkesan. Ada ketikanya
hukuman yang dikenakan pula tidak setimpal, tidak adil dan terlalu
mengikut perasaan lalu anak-anak tidak mempelajari apa-apa disebalik
kesalahan yang telah dilakukan. Hukuman terdiri dalam pelbagai
bentuk iaitu:

Dimarahi dengan kata-kata tetapi tidak menyentuh sifat anak, hanya
menyentuh tingkahlaku mereka.

Dipukul sedikit (bagi anak-anak yang belum remaja).

Didenda untuk melakukan kerja seperti kerja-kerja rumah.

Disekat sementara dari mereka menikmati hiburan kegemaran atau keluar
bersama rakan-rakan.

Dikurangkan wang saku berbanding seperti lazimnya untuk tempoh waktu
tertentu.

Lain-lain.

Adalah penting bahawa hukuman hanya diberikan setelah anak-anak
terlebih dahulu dimaklumkan akibat daripada tingkahlaku buruk
mereka. Sebab itu sekiranya ia kesalahan pertama maka anak tidak
wajar terus dimarahi atau didenda. Biasanya apabila ia merupakan
kesalahan pertama, ibu bapa perlu sekadar memaklumkan yang mereka
marah tetapi tidak menunjukkan kemarahan tersebut. Selepas itu anak
diberitahu apa akibatnya kalau kesalahan itu berulang.

Untuk memuji dan memarahi/menghukum secara berkesan langkah-langkah
seperti berikut hendaklah digunakan:

Maklumkan pada anak-anak sejak awal-awal lagi bahawa anda akan
sentiasa melihat dan memberitahu mereka tentang perkembangan
tingkahlaku mereka. Nyatakan juga apa bentuk ganjaran atau hukuman
yang akan mereka terima.

Pujian dan hukuman mesti disegerakan.

Nyatakan kebaikan atau kesalahan mereka secara spesifik.

Nyatakan dengan jelas apa perasaan anda dan nyatakan apa kesan
tingkahlaku mereka terhadap maruah keluarga atau masa depan mereka.

Diam seketika agar anak anda dapat memahami dan merasakan sama apa
yang sedang anda rasai.

Kalau ia suatu pujian, galakkan anak-anak untuk mengulangi
tingkahlaku baiknya itu. Sebaliknya, kalau ia suatu hukuman,
pastikan anak anda tidak mengulanginya dimasa-masa yang akan datang.
Nyatakan dengan jelas apa tindakan anda sekiranya mereka
mengulanginya dilain masa.

Lihat mata anak ketika anda bercakap, sentuh anak-anak ketika anda
membina keyakinannya.

Sumber keluarga@yahoogroups.com

Tips kesihatan: Chikungunya

Salam...

Baru2 ini ada kes kematian dari penyakit ini, nampaknya bahaya juga penyakit kan. Jadi anda perlu ambil tindakan sewajarnya jika ada tanda2 penyakit d kalangan keluarga anda. Tips dibawah boleh dimanafaat kan juga.


1. Apa itu Penyakit Chikungunya?


Chikungunya adalah sejenis penyakit bawaan nyamuk. Chikungunya pertama kali dikesan melalui ujian darah di Tanzania pada tahun 1953. Semenjak itu ia berlaku di negara-negara Afrika, Asia dan akhir-akhir ini ia berlaku di beberapa buah tempat di Negara Eropah. Ia endemik (selalu berlaku) di kebanyakan negara Sub Sahara Afrika, India, Asia Tenggara, Indonesia dan Filipina. Ia bukanlah satu penyakit misteri yang tidak diketahui puncanya.

2. Bagaimana penyakit ini boleh berlaku?

Chikungunya adalah demam yang disebabkan oleh virus daripada genus Alphavirus di dalam keluarga Togaviridae.

3.. Adakah ia berjangkit?

Ya. Virus Chikungunya berjangkit melalui gigitan nyamuk Aedes albopictus atau Aedes aegypti yang membawa virus tersebut. Nyamuk Aedes juga menyebarkan virus penyakit demam denggi.

4. Apakah masa pengeraman bagi Chikungunya?

Masa pengeraman bagi Chikungunya boleh menjangkau dari 3 hingga 12 hari tetapi pada kebiasaannya di antara dari 3 hingga 7 hari.

5. Apakah tanda-tanda dan gejala penyakit ini?

· Demam panas mengejut

· Sakit teruk pada sendi

· Ruam pada badan

· Sakit kepala

Seorang pesakit boleh demam dari 1 hingga 7 hari (kebiasaannya 5 hari).

Penyakit Chikungunya boleh disalah anggap sebagai demam denggi kerana tanda-tanda penyakit yang menyerupai demam denggi.

6. Adakah penyakit ini boleh membawa maut?

Di Malaysia, Chikungunya tidak pernah dilaporkan boleh menyebabkan pendarahan atau kematian. Tetapi, sesetengah pesakit mengalami gejala yang berpanjangan. Pesakit yang berumur boleh mengalami kesakitan berulang pada sendi sehingga beberapa bulan atau tahun.

7. Apakah rawatan bagi penyakit ini?

Seperti penyakit-penyakit yang disebabkan oleh virus, ia tiada rawatan yang khusus. Selalunya rawatan diberi berdasarkan gejala klinikal yang dialami oleh seseorang pesakit. Kebanyakan kes yang terjadi hanya memerlukan rawatan pesakit luar sahaja. Tiada vaksin bagi penyakit ini.

8.. Apakah yang perlu dilakukan jika dijangkiti penyakit?

Jika mengalami tanda-tanda dan gejala penyakit Chikungunya, orang ramai adalah dinasihatkan segera mendapatkan rawatan di klinik atau hospital terdekat.

9. Cara pencegahan penyakit Chikungunya

· Bersihkan kawasan rumah dan persekitaran supaya bebas daripada tempat-tempat pembiakan nyamuk Aedes. Ini boleh dilakukan melalui aktiviti gotong royong. Adalah terbukti tiada kes baru yang dilaporkan di kawasan-kawasan yang melakukan gotong- royong.

· Periksa rumah dan persekitaran sekurang-kurangnya seminggu sekali untuk memastikan tiada pembiakan nyamuk Aedes.

· Dapatkan rawatan dengan segera di klinik atau hospital berdekatan sekiranya mengalami tanda dan gejala penyakit.

10. Bolehkah kawasan saya dijangkiti penyakit Chikungunya?

Boleh, kerana penyakit ini dibawa oleh nyamuk Aedes albopictus dan Aedes aegypti yang terdapat di negara kita.


SUMBER: KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA


Jom berkhemah atas pokok

Menarik gak ni...





A good Wife Can Balance..

Cuti panjang

Salam,

Actually aku dah mula bercuti panjang mulai semalam lagi. Musim gawat ni company aku pun kena tempiasnya walaupun company besar.

Bulan ni jer dah declare mass vacation 6 hari, ni pun cuti sambung hingga 2 jan depan. Bulan Jan tahun depan pun dah declare 4 hari lagi, nampak gaya nya habis cuti tahun kena potong. Kalau dah habis cuti tahunan nanti, unpaid leave ler jawabnya.

Harap2 gawat ni tak lama sangat, risau plak di buatnya. Ni kena buat sesuatu sebelum aku kena unpaid leave hingga ganggu basic salary aku, banyak duit nak guna tahun depan ni. Along nak masuk asrama tahun depan belum beli barang2 lagi ni, nak tunggu mana satu nak masuk.

Aku harap projek part time biz aku menjadi kali ni utk support masa gawat ni yg tak tahu sampai bila, Insyaallah.

Pegang anjing ke tu?

Mamat dan minah ni pegang anak patung ke atau anjing betul ni..tak tau la jika ni kamera trick, korang nilai la sendiri huhu



Tengok video ni.. POND’S FLAWLESS WHITE ADVERTISEMENT IN INDONESIA

INFO : Awas kepada Pengguna Internet Explorer

Info TERKINI: Awas kepada Pengguna Internet Explorer
Adalah dinasihatkan untuk anda tidak membuat transaksi kewangan di
internet menggunakan IE buat masa SEKARANG atau SILA TUKAR kepada
browser lain iaitu Firefox, Crome atau lain-lain sehingga pacth baru IE dikeluarkan oleh Microsoft.

Microsoft Issues Emergency Security Patch For IE
JR Raphael, PC World
Dec 16, 2008 11:12 pm
Sila Rujuk: http://www.pcworld. com/article/ 155585/Patch. html

internet explorer patch microsoftMicrosoft will issue an emergency
security patch Wednesday for all versions of Internet Explorer. The
patch is considered a critical fix for the security flaw currently
plaguing the IE browser. So far, more than 2 million computers are
believed to have been infected.

Vulnerability Protection

An advance notification of the patch published Tuesday describes it as
protection for a "remote code execution" vulnerability. The move
follows Microsoft's security advisory posted last Wednesday and
updated Monday explaining the vulnerability and suggesting temporary
"workarounds" for protection.

Serious Flaw

The flaw can be used to let attackers steal personal data such as
passwords if a user visits a compromised Web site, of which at least
10,000 are thought to already exist. Thus far, the vulnerability has
been used primarily for grabbing gaming passwords for black market
sales. The hole could, however, potentially also be used to steal more
sensitive information such as banking passwords and other private
information.

Some security analysts had gone as far as to suggest all IE users
switch to a competing browser until Microsoft found a suitable fix.

Getting the Patch

Microsoft's emergency security patch will become available Wednesday
at 1 p.m. EST
at the Microsoft Update site as well as at the Microsoft
Download Center. All users of IE5, 6, and 7 are advised to install it.
A separate patch is expected to be made available for users of IE8
Beta 2. Expect to see far more detail by midday Wednesday when
Microsoft officially issues its security bulletin.

E-card dari Tera

Salam.. ni ha ecard dari salah sorang pengunjung blog aku

Kalau kena kan bagus...


Respek aku kat wartawan tu..kalau kena kan best..hehehe

wartawan tu patut sabar dan biarkan dia pandang arah lain baru baling...sempat plak si bush tu mengelak ya

Ke Jugra lagi...

Salam,

Hari ni aku ke Jugra lagi hantar Along unutk temuduga ke dua di MITIB. Kali ini ujian Safawi untuk hafazan.

Ujian nya pukul 2 petang, keluar awal sikit pukul 11 pergi bayar loan kereta kat Ambank. Hari ni aku ikut jalan biasa aku ke Banting, sampai Klang ada plak jalan tutup. Ramai pak polis trafik yg jaga kat lampu trafik tak tahu apa pasal, jalan jadi selorong sampai aku tersalah masuk lorong. Terpaksa la buat lagi satu pusingan lagi untuk hala ke Banting.

Sampai ke MITIB 10 minit lagi pukul 2 petang, daftar nama dan terus masuk dewan untuk dengar taklimat dulu.

Kali ini pergi bawa mak dan bapa mertua aku, wife aku amik semalam kat rumah abangnya kat Damansara. Along dapat galakan semangat dari atuk dan neneknya, nak sangat Along masuk MITIB tu. Aku kata kalau nak masuk kena betul2 minat kat Along.

Selesai dalam pukul 3, aku tanya kat penyelaras ujian bila akan diberitahu jika berjaya masuk. Dia kata keputusan tak rasmi boleh tahu minggu depan dan surat tawaran JAIS akan hantar jika berjaya hujung bulan ni. Boleh la talipon MITIB minggu depan..

Balik singgah Labuhan Dagang rumah sedara angkat abang wife aku. Lepas maghrib gerak balik rawang.

TIPS: Cinta Suami Isteri

TIPS CINTA SUAMI ISTERI

1. Cium tangan suami dan dahi isteri setiap kali sebelum berpisah ke tempat kerja masing-masing.

2. Jika berpisah lebih dari sehari seperti untuk tugasan luar daerah, tambah rutin harian tadi dengan pelukan dan ciuman di bibir.

3. Walau sesibuk mana sekali pun, luangkan masa untuk menelefon pasangan sekurang-kurangnya sekali walau sekadar untuk bertanya apa yang sedang dilakukan.

4. Sentiasa ucapkan kata-kata sayang seperti I love you sepenuh hati sebelum keluar kemana-mana, menamatkan perbualan di telefon dan sebelum tidur.

5. Sentiasa mencari peluang untuk makan tengah hari bersama kerana pastinya ia tiada gangguan anak-anak jika pada hari berkerja.

6. Amalkan bertanya apa yang berlaku sepanjang hari selepas pulang dari kerja sebagai tanda mengambil berat dan memberi peluang pasangan meluahkan perasaan.

7. Luangkan masa untuk berbual tentang apa sahaja dari isu rumah tangga hinggalah politik semasa sebelum tidur.

8. Mudah berbaik jika berlaku sebarang pertelingkahan, jangan biar berlarutan walau untuk satu jam sekali pun apatah lagi berhari-hari.

9. Temani pasangan semasa menonton rancangan kegemaran mereka walau sambil membaca akhbar misalnya kerana apa yang penting ada berada disisi.

10. Jangan sesekali berpisah tempat tidur walau anak sudah berderet atau usia sudah meningkat kerana ia adalah salah satu amalan penting untuk mengeratkan kasih sayang.

11. Amalkan sembahyang berjemaah semasa di rumah, berdoa bersama serta bersalam-salaman selepasnya.

12. Biasakan bergilir gelas atau pinggan semasa makan serta tidak segan atau geli untuk menghabiskan makanan atau minuman isteri atau suami.

13. Sesekali buatlah kejutan seperti membeli hadiah atau kad untuk peristiwa tertentu, memakai pakaian dalam yang seksi atau apa sahaja yang anda tahu pasangan pasti menyukainya.

14. Senda gurau dalam rumah tangga amat penting, ceritalah sesuatu yang kelakar, teka teki atau apa sahaja yang membolehkan anda ketawa bersama.

15. Sentiasa kenang pengorbanan masing-masing seperti susah payah isteri melahirkan anak dan suami yang berkerja keras menyara keluarga.

16. Sesekali tukar gaya penampilan agar ada kelainan serta untuk mengelakkan pasangan merasa jemu.

17. Apa sahaja masalah yang timbul, berterus terang dan berbincang bersama untuk menyelesaikannya.

18. Sentiasa menyimpan tekad untuk menjadi suami/isteri yang baik dalam rumah tangga bahagia kerana fikiran positif akan memudahkan anda mencapai matlamat tersebut.

19. Jika amalan-amalan di atas tidak pernah dilakukan sehingga anda membacanya hari ini, jadikanlah ia sebagai titik permulaan untuk melakukannya tanpa rasa ragu dan malu.

Sumber: Email org anta :-)

Sesat barat..

Salam...

Hari ni aku ke Jugra Banting hantar Along untuk temuduga bertulis di Maahad Tahfiz Integrasi. Tak tahu la macam mana aku boleh terlajak hingga ke pelabuhan klang..berpusing-pusing aku 15 minit cari jalan keluar.

Sampai pekan Banting 5 minit lagi pukul 10, singgah kat shell isi minyak dulu. Tel sekolah tu tanya arah..suruh cari Istana lama kat Jugra. Maahad tu sebelah istana lama tu. Ujian mula pukul 10 pagi.

Jauh gak dari jalan besar masuk ke dalam..sampai dah pukul 10:15 dah banyak kereta. Reg nama terus masuk kelas, ujian dah mula. Mana yg lambat masuk kelas lain, ada gak sampai lambat dari aku.

Habis dalam pukul 11, aku terus ke shah alam. Ikut Klang, nasib tak baik lagi hari tak tahu kenapa. Tersalah masuk jalan kat Klang, dah la jam gila. Aku sesat sekejap kat bandar klang, pada hal aku memang selalu gak lalu klang ni. Sampai shah alam 2.30 singgah sek 2, anak2 aku dah bising nak makan. habis makan g rumah mak chik aku kat sek 24 kejap. Lepask kejap, kul 6 balik Rawang.

Macam mana la hari ni aku boleh sesat!

Selamat Hari Raya Korban....

Selamat hari raya aidil adha kepada semua yg menjenguk blog ini..semuga segala pengorbanan kita diberkati dan dirahmati oleh Allah s.w.tkepada tetamu Allah yang menunai fardhu haji semuga mendapat haji mabrur...raya ni aku sekeluarga beraya di Melaka..

Posting ni lambat sbb aku darf, lepas tu tak online sbb tak sempat.

Pagi raya hujan sakan sampai ke petang.. k selamat hari raya korban kepada semua..

Tanah Runtuh lagi

Aku dapat berita dari sms the star yg aku langgan.. tengokkan gambar keadaan tanah runtuh ni sememangnya buat saya gerun gak..macam mana la agaknya keaadaan dan perasaan mereka yang terlibat ya. Rakan2 kerja aku ramai gak yang tinggal di bukit antarabangsa, tak tahu la jika ada yg terlibat.

Takziah kepada anggota keluarga mereka yang meninggal dan semuga bersabar dengan dugaan Allah ni.

Ancaman rangkaian WiFi

Oleh KHAIRUL ANUAR ABD. RAHMAN
rencana@kosmo.com.my

Anda mungkin terpaksa bertanggungjawab atas jenayah yang dilakukan orang lain. Demikianlah bahana pencerobohan WiFi.


PENCEROBOHAN WiFi meletakkan pengguna yang tidak bersalah dalam keadaan bahaya. - Gambar hiasan

RANGKAIAN wayarles atau lebih popular dengan panggilan WiFi bukanlah suatu yang asing di negara kita.
Setelah lebih 12 tahun Internet diperkenalkan di Malaysia, bilangan pengguna rangkaian yang menggunakan frekuensi radio ini semakin bertambah.
Jika dahulu, WiFi hanya terhad kepada pengguna komersil seperti kafe eksklusif dan organisasi, kini ramai pengguna memasangnya di rumah bagi memudahkan mereka melungsuri Internet.
Namun masih ramai pengguna yang tidak melindungi rangkaian mereka dengan ciri keselamatan yang terdapat pada AP atau Access Point. Ini menyebabkan rangkaian tanpa wayar mereka terdedah kepada penjenayah siber - penipu, lanun siber dan pencuri maklumat.
Pernahkah anda terfikir, rangkaian anda yang tidak dikunci boleh digunakan oleh mereka yang tidak bertanggungjawab untuk menjalankan aktiviti seperti menghantar emel ugutan, mencuri kata laluan perbankan dalam talian, menulis blog berunsur subversif serta menggodam laman web organisasi tertentu?
Lebih menakutkan lagi, jika pihak berkuasa mengesan alamat IP capaian Internet anda sebagai punca aktiviti jenayah yang dilakukan, menyebabkan anda menjadi 'pak sanggup' di atas kesalahan orang lain.
Ya!, anda berhadapan dengan risiko ini sekalipun tujuan tidak mengaktifkan ciri sekuriti pada rangkaian anda ialah bertujuan untuk berkongsi akses Internet dengan jiran-jiran anda. Ramai juga yang tidak melindungi rangkaian mereka kerana kekurangan pengetahuan teknikal.
Golongan tidak bertanggungjawab ini lazimnya akan menumpang rangkaian wayarles yang tidak dilindungi - secara automatik membolehkan mereka menyamar seolah-olah pengguna sah pemilik sesuatu rangkaian itu.
Ia tidak ubah seperti mencuri talian telefon, cuma bezanya pemilik tidak akan perasan kerana kebanyakan pengguna rangkaian ini merupakan pelanggan jalur lebar tanpa had.
Malah, catatan pada bil bulanan tidak menunjukkan sebarang penggunaan yang luar biasa.

Lagi di http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2008&dt=1127&pub=Kosmo&sec=Infiniti&pg=in_01.htm

So berhati2 la yer agar tidak terjebak dalam masalah yang dijangka dlm syok ber'wifi' ni..



Info sekolah

Salam,

Ada tak sesiapa tahu pasal sekolah ni atau pernah bersekolah disini;

MAAHAD INTEGRASI TAHFIZ SAINS DAN TEKNOLOGI NEGERI SELANGOR.

Jika ada sila tinggalkan komen anda ya.

Terima kasih

`Mawi' nyaris maut

Anak kera cedera di tangan kanan terkena api dalam kebakaran
Oleh Rudy Fazrunisyam Samarudinrudy@hmetro.com.my

JOHOR BAHRU: “Selepas berjaya mengeluarkan semua barang, baru saya teringat Mawi masih di dalam rumahnya,” kata seorang wanita mangsa kebakaran yang memusnahkan tiga rumah papan di Kampung Pasir Putih, Pasir Gudang, dekat sini, awal pagi semalam.

Mariana Sunyi, 35, berkata disebabkan terlalu panik dan keadaan kelam-kabut, dia terlupa untuk menyelamatkan Mawi, seekor anak kera berusia empat tahun yang masih tertambat di dalam rumahnya ketika kebakaran merebak.

“Bagaimanapun, umur Mawi masih panjang kerana sebahagian daripada rumah hangus ketika kami menyelamatkannya. Dia cedera di tangan kanan akibat terkena api,” katanya ketika ditemui, semalam.

Mariana berkata, dia membela Mawi sebagai haiwan peliharaan dan membina se buah rumah kecil khusus sebagai tempat berteduh di tepi rumahnya yang dijilat api dalam kebakaran itu

Kera berkenaan diberikan nama Mawi kerana dia amat meminati penyanyi terkenal kelahiran Johor, Asmawi Ani sejak anak kelahiran Felda Taib Andak, Kulai itu mun cul juara Akademi Fantasia 3.

Laa.. ingat betul ke si Mawi yang tu hah hehe.. rupanya kera hahahaaa..mesti peminat mawi cuak gila.

http://www.hmetro.com.my/Current_News/myMetro/Thursday/Blurb/20081204235247/Article/index_html

Bulan tersenyum?

Ada gak aku dengar org bercerita tapi aku tak sempat nak tengok pun malam tu sbb sedang memandu.. so macam ni la rupanya.





Terror..

Pergh..hebat la bangla ni.

Artis malaysia: ' before & now'












Geli Matt

ini antara versi edit yg aku suke tengok hehe...