Showing posts with label along. Show all posts
Showing posts with label along. Show all posts

Review kertas UPSR along

Malam tadi wife aku minta along mana kertas UPSR, along kata ada tapi simpan. Wife aku tanya kenapa tak kasi tengok..sengeh dia.

Aku tanya, along boleh tak dapat 5A. Boleh kot jawab dia. Wife aku semak kertas BM, yang lain aku semak.

Matematik ada la dua tiga soalan yang dia bulat kan, makna nya tu tak faham la tu. Aku tengok dia tak tanda pun jawapan nya, yang lain semua dia tanda kan jawapan nya.

Ada juga yang salah aku tengok, tak faham soalan la tu. Along adalah batch pertama student yang di ajar dalam BI untuk matematik dan sains tapi soalan UPSR masih dwi bahasa sebab belum konfirm lagi untuk Math dan Sains soalan total dalam BI.

Untuk subjek sains dan BI aku tengok along tak de masalah dari jawapan yang dia tanda kan tu, cuma aku tak pasti matematik tadi tu la...

Anyway aku harap along akan dapat keputusan yang baik nanti, Insyaallah.

Hari Lahir Along

Hari ni 12/8/08..hari lahir along yang ke 12. Wife aku janjikan basikal...dah dapat pun minggu lepas aku beli dari cikgu depan tu. Anak dia ada 4 biji basikal tp tak guna pun.

Angah pun dapat sekali..tak di beli sibuk berebut. Hari lahir dia 23/8 ni. Yang selalu beralah along nya la..

Ogos..

Salam,

Hari ini dah masuk bulan Ogos dah..bulan kemerdekaan bagi negara kita Malaysia. Bulan ini juga bulan kelahiran aku hehe dan juga 2 orang anak aku, along dan angah.

Hari lahir aku jatuh pada 3/8, along 12/8 dan angah pada 23/8. Wife aku plan nak buat sikit makan2 untuk budak2. Boleh la aku kata kalau rajin..

k la cau..