Showing posts with label sakit sendi. Show all posts
Showing posts with label sakit sendi. Show all posts

Chikungunya...

Pernah dengar pasal penyakit ni..chikungunya!

Nak menyebutnya pun tersasul gak lidah..Wabak penyakit ni sedang melanda sekarang, so berhati2 la ye..walaupun tak menyebabkan kematian tapi kesan nya agak teruk juga.

Keluarga aku pun dah kena, abang aku sekeluarga kena bulan Ramadhan yang lepas. Lepas raya ni 2 orang mak sedara aku yang duduk di melaka dan shah alam dah kena dan baru je semalam kakak aku pun kena.

Kesan2 penyakit ni ada beberapa tanda, demam panas dengan tiba, naik ruam merah dan sakit serta bisa2 pada sendi.

Kakak aku kena semalam sampai tak boleh jalan hingga kena papah sebab tak boleh pijak kaki katanya, bisa ya amat bila nak memijak. Kita orang adik2 bawakan ke klinik, doktor kasi injecton.

Pagi ni aku sms kakak aku tanyakan keadaannya, dia balas sms dah ok dah. Penyakit ni berjangkit tapi macam mana cara virus nya boleh berpindah pada orang lain ya.

So far alhamdulillah aku sekeluarga tak terkena lagi..

Penyakit Chikungunya

Pernah dengar tentang penyakit ni? Here is some info..

Penyakit Chikungunya adalah penyakit jangkitan virus yang disebarkan oleh gigitan nyamuk Aedes. Gejala utama jangkitan adalah demam panas, rasa sakit yang teruk pada sendi terutamanya sendi kecil dan ruam. Chikungunya tidak menyebabkan kematian dan adalah ’self-limiting’ ataupun sembuh dengan sendiri. Pesakit cuma memerlukan rawatan simptomatik dan rehat secukupnya, namun gejala sakit sendi boleh berlarutan bagi pesakit yang telah berumur. Rawatan hospital hanyalah untuk keadaan tertentu sahaja. Pesakit kebiasaannya memperoleh imuniti sepanjang hayat. Sepertimana jangkitan virus lain, tiada ubat khusus atau vaksin untuk penyakit Chikungunya. Cara paling berkesan untuk mengelakkannya adalah dengan mengawal pembiakan nyamuk aedes di persekitaran kita.

Disediakan oleh: Dr. Azlan Darus - Penolong Pengarah Kanan (CPBV), Bahagian Kawalan Penyakit ( 30 Julai 2008)

Disemak oleh : Ahmad Safri Bin Mokhtar - b/p Timbalan Pengarah Kawalan Penyakit

http://blog.moh.gov.my/?p=175

sumber lain boleh tengok kat blog ni http://wordpress.com/tag/chikungunya/