Kalau jadi lagi.....kena guna spray!



Assalammualaikum,

Semalam aku suruh wife aku bawak adik pergi klinik sebab dah dua pagi berturut-turut dia batuk teruk. Tak tau kenapa bila subuh jer dia terjaga dan batuk..sampai termengah-mengah di buatnya. Nak tarik nafas pun berbunyi...

Wife aku kata kalau lepas ni kena lagi doktor akan beri spray yg dok sembur kat mulut tu..alamak kata aku,teruk ke ni...minta tak teruk la, kesian aku tengok anak ni bila kena..nak tido pun susah..

harap-harap tak teruk dan melarat asma dia..ermm aku dok pikir apa nak buat yer nak kasi hilangkan asma dia tu..

kat atas tu gambar dia masa 1 tahun tu masa aku bawak g tesco..

Coconut Water

salam fren.. ok let share this. got it from email sent to me..

Why Drink Coconut Water?

CocoWater is naturally:
> Low in Carbs
> 99% Fat Free
> Low in sugars Coconut Water contains organic compounds possessing healthy growth promoting properties that have been known to help:

a.. Keep the body cool and at the proper temperature

b.. Orally re-hydrate your body, it is an all natural isotonic beverage

c.. Carry nutrients and oxygen to cells

d.. Naturally replenish your body's fluids after exercising

e.. Raise your metabolism

f.. Promote weight loss

g.. Boost your immune system

h.. Detoxify and fight viruses

i.. Cleanse your digestive tract

j.. Control diabetes

k.. Aid your body in fighting vir! uses that cause the flu, herpes, and AIDS

l.. Balance your PH and reduce risk of cancer

m.. Treat kidney and urethral stones

n.. Boost poor circulation

aku ingat masa kecik my parent kasi aku minum air kelapa masa aku kena campak!

Cuti hari ni....

Assalammualaikum...

hari ni cuti hari krismas..ingat nak keje tapi tak jadi sebab penat plak rasanya..lepas anta along tadi g isi minyak kete kat shell..ari ni wife dan anak2 nak balik kampung kejap..nenek nya telepon ada kenduri, aku malas nak balik sama..so wife dan anak2 aku je balik..

kul 12.00 aku call kampung, dah sampai kata adik nya..alhamdulillah. sms wife aku kalau balik sini jgn lewat sgt..

ari ni aku belajar satu lagi sosial networking programs, yuwie.com. memang banyak bende yang ada kat email aku..tapi aku pilih2 la mana yg menarik je aku reg.. bukan kena bayar pun..cuma kena rajin la promote..nak tau boleh la klik kat banner di side bar blog ni..

k la nak g sembahyang zohor..lambat dah ni..

Adik kerap batuk minggu ni..

Assalammualaikum...

seminggu ni adik asyik je batuk waktu subuh..tak tahu kenapa. siang hari elok plak memain dengan along nya..malah lasak nya macam orang tak asma..

kadang tu aku naik risau plak tengok kan dia lasak main dgn along nya dan yg lain...tak tahu penat...kadang sampai termengah-mengah gelak sakan bila along nya buat lawak..aku memang tak kasi dia main sampai penat..silap gaya sampai terbatuk-batuk..bila batuk tak henti-henti hah mula naik semput nya..

penah sekali aku naik risau bila dia macam susah nak tarik nafas sampai berbunyi kuat..cepat2 aku bawa ke klinik sedut gas...rasanya dah lama gak dia tak sedut gas..

pagi tadi sekali lagi hampir nak mengah batuk..tetiba jer..cepat2 aku sapu kan vick kat dada dan belakang badan..degup jantung aku rasa laju dup..dup..dup, lepas sapu reda sikit dapat sambung tido dia sampai pagi..risau aku kejap.

tu la dia kan..sapa tak sayangkan anak..kalau boleh nak mereka sihat tapi tu dah bahagian dia..

k la stop..kuar anta along jap

Alahai Digi...

aku tak tau kenapa la sejak seminggu ni DIGI aku ni damn slow..sebelum ni tak la slow sangat, ni ngalahkan mcm dial up tmnet plak aku rasa..

terpaksalah aku guna streamyx sejak beberapa hari ni.. streamyx ni memang laju lagi dari DIGI tu tapi aku tak leh la nak kemana-mana dgn laptop aku ni..sebab wired broadband lerr :-(

ciss rasa nak terminate jer DIGI ni..tapi kang susah plak aku nak online kat memana.. streamyx aku boleh guna kat rumah jer..aku ingat nak cuba plak celcom broadband la.. sebab celcom ni 3G..tu la aku ingat nak terminate jer DIGI aku ni..tambah-tambah lagi selalu jer no signal..

ada gak terfikir nak guna maxis broadband sebab speed dia boleh up to 3.6mbps tapi kena lupakan hasrat aku.. sebab coverage maxis broadband tak kuat kat area aku ni.. aku ada test maxis broadband ari tu, signal cuma GPRS je..ermm sama mcm dial up tmnet aku rasa tu kot..

ni hah...sambil-sambil cite pasal broadband atau apa orang sebut jalur lebar.. sesapa yang nak melanggan streamyx broadband boleh la reg online kat link atas sebelah kanan blog ni..hehe promote sikit..bukan apa mana tau anda sibuk takde masa nak ke kedai Telekom uruskan permohonan..boleh reg online kat link tu..pemasangan akan diuruskan oleh Telekom Malaysia.. tak perlu bayar apa-apa fee cuma bayar pada bil anda yang pertaman nanti..jangan lupa baca term and condition dia dulu..

ok la stop dulu..,

:-) my family website

Angah ajak pergi bercuti..

Wife aku sms aku..katanya angah tanya bila abi nak cuti nak bawa dia orang pergi bercuti. :-) wife aku kata kat dia ari tu kan dah jalan balik kampung masa paman dia orang kahwin..

laa...katanya itu balik kampung jer bukan jalan-jalan pun..sian plak kata wife aku.. well actually aku pun memang ada plan nak bawa my family jalan-jalan cuma masa nya tu yang tak tau bila lagi..

dah ada in mind actually nak bawa my family bercuti ke Cameron Hingland..sebab aku pun belum pernah kesana cuma wife aku duu pernah pergi katanya before we're married.. cuma nak tentukan masa yang sesuai nak kesana..

Insyaallah kalau tak ada apa-apa masalah kami akan ke Cameron Highland end of this month.. ada gak aku survey berapa cost kalau nak overnight kat sana.. mahal gak masa school haliday ni.. tapi tak pe lah sekali sekala..lagi pun semalam jer..

ohh talking about holiday ni... nak share one program kat internet for those yang tak tau lagi la..which is offer discaount for holiday package as low from RM1.00.. tul ker? so sesapa yang tau more detail dan nak bercuti panjang boleh take a look the package that they offer sempena Tahun Melawat Malaysia 2007.. u may klik kat link below.. happy holiday!!

www.viewmalaysia.com/index.php?ref=yazifa

Anak-anak ku....



haha.. macam skrip si aznil la pulak kan..well this is..

ini la wajah2 anak-anak ku...gambar ni aku ambil masa aku bawa mereka jalan2 kat KLCC.
5 org semuanya, 2 lelaki dan 3 pompuan, serupa tak semuanya? haha..semuanya ada karektor dan perangai masing2 yang buat maknya pening kepala..hahaha..

k aku kenalkan dari kiri ke kanan...kiri sekali tu angah, ain farhana namanya. umur 9 thn nak masuk 10 tahun depan, orangnya banyak cakap, garang sikit dgn yg lain2 (tak tahu ikut sapa hehe..) tapi malas sikit kalau nak minta mandi kan adik nya..

sebelahnya tu along, syamsul azhar namanya..11 tahun. tahun depan nak amik upsr. dia ni pemalu sikit dari yg lain2.. dia sorang je yg pakai cermin mata.. kecik2 dulu selalu main game kat komputer aku..darjah dua dah pakai cermin mata...

yg pakai baju kuning tu yang nombor 4..,nama aisyah nabila nak masuk 5 thn dan kami panggil kak uda. dia ni yg hyper aktif sekali antara semunya..tak tau la kenapa..tak reti nak duk diam..ada saja kejenya..sampai maknya kekadang ilang sabar..tahun depan aku masukkan ke tadika kemas yg baru kat rumah aku..

sebelah kak uda tu yang kecik sekali..adam bisyri. 2 thn 9 bln, dia ni la yg isteri ku kandung semasa aku accident 3 thn dulu..kata nenek nya kuat sebab isteri ku bawa dia merata kemana aku berubat. ye la nak cari tukang urut nak betulkan tulang aku yg patah. tapi bila lahir masa umur 5 bln masuk wad sebab kena brokitis..kena jangkitan kuman kat paru-paru, sejak tu la dia kena asma..mungkin dah nasib dia..so kami kena jaga makan dia supaya tak kena semput..tapi lasak nya pun boleh tahan gak..

yg last tu kak lang, anis syazwani 7 thn. tahun depan masuk drjh dua, dia ni ada sifat degil sikit, malas pun ada gak. selalu je kena leter dek mak nya.

tu la serba sedikit berkenaan dgn anak2 ku...

Selamat Hari Raya Korban....



Selamat hari raya aidil adha kepada semua yg menjenguk blog ini..semuga segala pengorbanan kita diberkati dan dirahmati oleh Allah s.w.t

kepada tetamu Allah yang menunai fardhu haji semuga mendapat haji mabrur...

raya ni aku sekeluarga beraya di rawang..pergi sembahyang raya bawa along dan angah. isteri aku tak dapat nak pergi sebab takde sapa nak jaga yg kecik tu..

lepas sembahyang raya, g join acara korban kat blok aku. tumbang 3 ekor lembu..siap semua sebelum zohor..siap masak sekali so hari ni aku sekeluarga makan daging korban..

k selamat hari raya korban kepada semua..

Salam sejahtera...

Assalammualaikum, Ahlan wahsahlan..

lama gak tak ber-blog, dulu kerap gak masa buat biz MLM. Disebabkan biz aku tu slow so aku pun ikut slow hehe..lagi slow bila biz aku tu susah nak gerak. Tak tahu mana silap nya, mungkin takde rezeki aku nak bertahan lama dgn biz tu.

kat sini aku catatkan aktiviti anak2 aku yang membesar dgn perbagai kerenah...dan juga perjalanan kisah keluarga ku. Internet business adalah hobby ku di masa lapang, ada la buat sikit2 secara part time jer. Kalau nak tau biz tu boleh la klik kat mana2 banner atau link yg ada kat blog ni.. :-) tapi kat google adsense tu tolong jangan klik byk kali yer, nanti kena ban plak acc adsense aku :-(

K lah nanti sambung lagi...