Larangan memanggil dengan gelaran tidak elok

Salam, pernah tak kita memanggil rakan2 atau sesapa saja dengan gelaran yang tidak elok yang mereka tidak suka? Kalau ada tu elok la tak usah dibuat yer..jom kita hayati pesanan di bawah.


HAI orang-orang yang beriman! Janganlah sesuatu puak (dari kaum lelaki) mencemuh dan merendah-rendahkan puak lelaki yang lain (kerana) harus puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka dan janganlah pula sesuatu puak dari kaum perempuan mencemuh dan merendah-rendahkan puak perempuan yang lain (kerana) harus puak dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka dan janganlah sesetengah kamu menyatakan keaiban sesetengah yang lain dan janganlah pula kamu memanggil antara satu sama lain dengan gelaran yang buruk.

Seburuk-buruk panggilan ialah (panggilan) nama fasik sesudah iman dan barang siapa yang tidak bertaubat (daripada perbuatan yang fasik), maka mereka itulah orang-orang yang zalim. (al-Hujuraat: 11)

AYAT ini menceritakan keadaan seorang sahabat Rasulullah s.a.w. yang bernama Thabit ibnu Qais ibnu Syammas. Beliau merupakan seorang yang pekak dan tuli.

Walau bagaimanapun, beliau suka menghadiri ceramah-ceramah agama yang diadakan oleh Rasulullah s.a.w. Setiap kali beliau hadir majlis ilmu tersebut, para sahabat yang lain akan memberikannya tempat duduk berdekatan dengan Rasulullah s.a.w. supaya pendengarannya akan lebih jelas dan nyata. Dia juga dapat mendengar dengan lebih baik setiap apa yang diajarkan oleh Rasulullah s.a.w.

Pada suatu hari, ketika beliau sampai di masjid, tempat yang biasa didudukinya telah diambil oleh orang lain. Beliau pun melangkah selangkah demi selangkah untuk sampai ke hadapan.

Walau bagaimanapun langkahan kakinya tidak disukai oleh orang ramai kerana beliau melangkah di atas belakang dan kepala jemaah di dalam masjid. Ketika beliau melangkah, beliau berkata, “Lapangkanlah, lapangkanlah, berilah aku ruang.”

Tidak diendahkan

Walaupun begitu, kata-katanya tidak diendahkan langsung oleh orang ramai. Beliau pun meneruskan lagi langkahnya sehinggalah sampai ke hadapan, kemudian beliau pun duduk. Apabila beliau duduk, berkatalah lelaki di sebelahnya:

“Ini tempat aku dan aku lebih berhak untuk duduk di situ.”

Thabit tidak mempedulikan kata-kata lelaki tadi. Beliau pun bertanya lelaki tadi, “Siapa kamu ini?”

Jawab lelaki itu, “Si anu anak kepada si anu.” Thabit berasa tidak puas hati dengan jawapan tadi. Beliau pun bertanya lagi sambil menyebut nama ibu lelaki itu dengan panggilan yang memalukan di zaman jahiliah.

“Kamu anak kepada perempuan si anu binti si anukah?”

Apabila mendengar pertanyaan Thabit tadi, lelaki itupun tertunduk malu. Dia malu kerana gelaran itu amat mengaibkan ibunya.

Selepas itu makan turunlah ayat ini, ayat 11 surah al-Hujurat.

Menurut sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Imam Tirmizi pula, pada zaman Rasulullah s.a.w., ada seorang lelaki yang mempunyai dua atau tiga nama gelaran. Orang ramai biasanya memanggil nama lelaki itu dengan nama gelaran yang ketiga. Lelaki tersebut tidak menyukai jolokan itu.

Sehubungan dengan itu, turunlah ayat tersebut di atas. Rasulullah s.a.w. lalu membacakan ayat tersebut. Baginda melarang umat Islam memanggil seseorang lain dengan nama gelaran yang tidak elok.

Pengajaran
* Jangan sesekali memanggil seseorang dengan panggilan yang tidak disukai olehnya.

Sumber: UtusanOnLine


Sepasang Kekasih Berbogel di Jalanan Singapura

Hah..ni ape kehei nya couple ni ye. Apa agaknya yang nak diprotesnya sampai berbogel di depan orang awam huhu.. Tahun lepas dengar gak ada org nak buat demo bogel kat selangor tapi tak jadi plak hehe...Hai manusia sekarang ni semakin pelik ye..



Sepasang kekasih memeranjatkan orang ramai yang sedang menikmati makan malam apabila mereka menanggalkan pakaian satu persatu dan berbogel kira-kira 15 minit di sini, mencetuskan perasaan malu dan tepukan gemuruh di kalangan pengunjung dan mereka yang lalu-lalang.

Pengurus pub, Terence Chia memberitahu akhbar Straits Times beliau melihat pasangan itu menanggalkan pakaian malam Sabtu lalu di atas tangga di sebuah blok pangsapuri di Holland Village, terkenal dengan kelab malamnya.

“Dengan pakaian di tangan, mereka dengan bersahaja berjalan ke arah pasar,” katanya, sambil menambah apabila pasangan itu berpusing, sekumpulan pengunjung sudah bersedia untuk mengambil gambar.

“Semua orang mengambil gambar,” kata akhbar semalam memetik Chia sebagai berkata.

“Orang ramai bersorak, bersiul dan menepuk tangan seperti orang gila.”

Polis berkata pasangan itu, lelaki berkulit putih dan wanita Cina berusia 20-an, ditahan dan dibebaskan dengan jaminan. Jika disabitkan mengikut undang-undang republik ini, mereka boleh didenda maksimum S$2,000 (RM4,812.33), penjara hingga tiga bulan atau kedua-duanya.

sumber : Bharian



KFC Malaysia

Salam, artikel ni aku amik dari sorang blogger di blognya. Jika nak tahu pasal KFC Malaysia boleh la baca tapi panjang sikit ler. Ni bukan nak kempen makan KFC tapi just nak share info je, aku pun bukan selalu sgt makan KFC :) Namun pilihan di tangan anda, sekarang ni pun dah byk jenama ayam goreng ni... goreng sendiri pun sodap.


Kebenaran
Tanpa Penghujung


Oleh Muhammad Azli Shukri

"Manusia menjadi musuh dengan apa-apa yang tidak diketahuinya. " - ini adalah pepatah orang-orang Arab. Bukan hadis nabi. Namun demikian, kata-kata ini banyak kebenarannya. Saya sedikit agak kecewa, bahkan mungkin merungut sedikit. Saya memohon maaf jika tulisan saya kali ini agak pedas dan keras (syadid) sikit daripada biasa. Hal ini adalah kerana saya sememangnya tidak gemar apabila seseorang begitu mudah memberi hukum tanpa usul periksa. Isu memboikot barang-barang tertentu yang jelas bersekongkol dengan Israel, saya tegaskan bahawa saya sangat bersetuju dilaksanakan, tetapi lakukan boikot tersebut dengan bijaksana dan berhikmah. Bukan dengan membuta-tuli atau berlandaskan kejahilan serta kebodohan yang kita miliki.

Umat Islam menjadi lemah adalah disebabkan sifat ingin tahu mereka terlalu rendah. Malah, untuk mencari ilmu pengetahuan pun kita begitu malas. Umat Islam, khususnya di Malaysia- lebih gemar mendengar khabar angin daripada menyelidik untuk mencari kebenaran. Lantaran itu, apabila kejahilan yang kita ikuti pasti akan mendekatkan diri kita ke gaung kehancuran. Isu memboikot restoran makanan segera KFC telah dilancarkan secara besar-besaran dalam kalangan bloggers, saya tidak tahu sama ada ia berlaku secara terancang, mahu pun terjadi atas dasar kejahilan kita sendiri. Namun demikian, hal ini sedikit sebanyak mengundang rasa kecewa dalam kalangan pengurus-pengurus kanan KFC Holdings Berhad - dan sudah tentu juga bagi Pihak Tan Sri Muhammad Ali Hashim, CEO JCorp yang menguasai syarikat Kulim Berhad, dan pada masa yang sama, Kulim Berhad merupakan pemegang saham terbesar dalam KFC Holdings Berhad.

Nampaknya, kejahilan dan kebodohan kita selama ini, telah menyebabkan kita tidak mahu menyelidik dan mencari kebenaran, malah lebih gemar mendengar khabar angin daripada realiti. Tidak ramai yang tahu betapa susah dan gigihnya kumpulan Tan Sri Muhammaa Ali Hashim bertungkus-lumus untuk beberapa tahun, semata-mata mahu menguasai KFC Holdings daripada tangan orang lain. Keluar masuk mahkamah dan pelbagai lagi cabaran, demi memastikan KFC Holdings menjadi milik orang Islam. Namun demikian, apabila kita malas untuk mencari kebenaran, maka yang kita peroleh adalah kejahilan. Dan apabila kejahilan yang kita sebarkan ia bukan sekadar membuka pintu fitnah, bahkan menunjukkan mentaliti umat Islam yang lebih mudah dipengaruhi oleh khabar angin daripada menyelidik terlebih dahulu sesuatu maklumat yang diterima.

Sejak akhir-akhir ini tersebar luas kempen untuk memboikot KFC di seluruh Malaysia, tidak kurang juga risalah yang bertaburan di masjid-masjid menyeru umat Islam Malaysia agar memboikot KFC Malaysia. Yang lebih malang, kempen boikot KFC yang penuh dengan fitnah ini datangnya daripada mulut mereka yang tahu hukum hakam agama bahkah bergelar Imam dan Ustaz. Padahalnya, mereka sendiri tanpa sedar menyokong rejim Ziones dengan menghisap rokok di kaki tangga masjid. Bukankah lebih molek dan baik jika lakukan kempen membiokot rokok? tidakkah kita tahu rokok itu haram hukumnya? membawa banyak fasad (kerosakan) ke atas tubuh badan manusia? Dan pelik apabila ada manusia yang menyuruh memboikot makanan yang halal tetapi berdiam diri tentang rokok? Mengapa sampai begitu jahilnya kita ini? Jika kita rasa bahawa kita tidak tahu, sama ada KFC Malaysia terlibat dalam menyalurkan royalti (bayaran cukai) kepada KFC Amerika Syarikat yang menyokong Israel, lebih baik kita diam. Jangan membawa fitnah ke sana ke mari, semata-mata kerana kita sendiri tidak berapa pasti maklumat tersebut dan hanya mendengar khabar angin.

Saya sempat menghubungi pegawai-pegawai kanan Tan Sri Muhammad Ali Hashim sebentar tadi- ternyata mereka sangat kecewa dengan kempen kotor lagi tidak bermaruah ini. Jelas, masyarakat kita kurang mengambil berat terhadap kesahihah sumber maklumat dan kurang amanah dalam ilmu pengetahuan. Perlu dijelaskan, bahawa KFC Malaysia hanya menggunakan jenama (brand) KFC semata-mata dan tidak membayar apa-apa cukai atau sebarang keuntungan kepada KFC induk di Amerika Syarikat. Cuma membayar yuran penggunaan jenama. KFC Malaysia adalah hak milik kita. Ia halal di makan tidak seperti rokok.

Menurut Pegawai-pegawai kanan Tan Sri Muhammad Ali Hashim, ini semua adalah fitnah dan boleh menjejaskan pendapatan para pekerja di restoran-restoran KFC di seluruh Malaysia yang berjumlah 19 000 orang itu. Malah, rata-rata pekerjanya terdiri daripada orang Melayu-Islam. Jika para pemboikot itu sanggup menyediakan pekerjaan baharu kepada mereka, itu tiada masalah, silalah boikot. Tetapi malangnya, yang kita tahu hanya memboikot, apabila disuruh untuk menderma ke dalam tabung bantuan rakyat Palestin kita hanya sanggup masukkan RM 5 saja ke dalam peti derma di tepi pintu masjid. Sekarang, mari kita bertanya di manakah kita letakkan keutamaan jihad kita? memboikot sebuah produk yang terbukti salah untuk diboikot atau menggandakan jumlah derma kita kepada rakyat Palestin? Tepuk dada, tanya iman dan bukan tanya kepada Aiman.

Saya tegaskan sekali lagi, tiada salah untuk memboikot - tetapi biar secara bijaksana, berhikmah dan berilmu. Pilih betul-betul produk yang jelas menyalurkan bantuan kepada Rejim Ziones tersebut, jangan main sedap boikot saja. Umat Islam mundur kerana kita ketepikan soal (bijaksana) sebab kita jarang baca al-Quran. Lantaran itu kita mudah diperkotak-katik oleh bangsa lain. Adalah lebih baik pada pandangan saya kita boikot semua jenama rokok. Jelas ia memudaratkan kesihatan, malah jenama syarikat-syarikat besar rokok antarabangsa belum tentu selamat daripada dikaitkan dengan negara Israel.

Oleh yang demikian, saya menyeru kepada sesiapa sahaja, pergilah menjamu selera di restoran-restoran KFC, jangan ragu dan jangan gusar. Ia bukan sahaja halal, malah KFC Malaysia adalah milik orang Islam dan tidak terlibat dalam menyumbang wang atau royalti kepada negara Israel. Malah, ramai yang tidak tahu berapa juta ringgit yang telah didermakan oleh JCorp hasil keuntungan KFC kepada tabung rakyat Palestin. Semua ini memerlukan kita berhati-hati sebelum memboikot.

Gambar : Penulis bersama dengan Tan Sri Muhammad Ali Hashim di Pejabatnya. Beliau yang bertanggungjawab memperkenalkan Jihad Bisnes dan Jihad Ekonomi. Usaha beliau harus dipuji dalam menegakkan Islam melalui perniagaan.

Berapa saiz pinggang anda

Berapa saiz pinggang anda? Jika anda pompuan berapa saiz pinggang idaman anda, adakah macam ni :)
Kalau pinggang macam ni silap2 boleh patah dibuat nya hehe..

lagi gambar perempuan pinggang teramping di STRANGE PICTURES

Proton MPV

Menarik juga... launching April 2009



Pic source

Gerhana Matahari

Esok katanya akan berlaku gerhana matahari separa, iaitu Gerhana Matahari Annular atau Gerhana Matahari Cincin.

Pada ketika berlakunya ijtimak di antara Bulan dan Matahari, Bulan akan bergerak betul-betul di hadapan Matahari, lalu mengakibatkan cahaya matahari dihalang daripada sampai ke sesebuah kawasan di Bumi.


Di dalam kes 26 Januari nanti, ia dipanggil Gerhana Matahari Cincin kerana pada ketika itu, saiz bulatan Bulan kelihatan kecil sedikit berbanding saiz bulatan Matahari. Pada waktu puncak gerhana, Bulan akan berada di tengah-tengah, manakala saki baki bulatan matahari akan kelihatan di sekeliling Bulan membentuk seolah-olah sebuah cincin.


Di Malaysia, kita hanya berpeluang menyaksikan gerhana matahari separa sahaja, iaitu hanya sebahagian matahari sahaja yang akan terlindung oleh Bulan.

Di Kuala Lumpur, permulaan gerhana adalah pada jam 4.31 petang, di mana ketika itu, matahari akan mula kelihatan 'sompek' sedikit kerana Bulan sudah mula melindunginya.


Puncak gerhana berlaku pada jam 5.50 petang, di mana 72% matahari akan dilindungi Bulan.

Kemudian Bulan akan perlahan-lahan keluar daripada Matahari dan gerhana pun akan tamat pada jam 6.58 petang.

Secara umumnya, suasana tidak akan kelihatan gelap seperti Gerhana Penuh, tetapi kita mungkin akan dapat merasa keadaan seperti redup sedikit, walaupun ketika itu Matahari kelihatan seperti memancar macam biasa di langit.


Kali terakhir rakyat Malaysia menikmati suasana Gerhana Matahari ialah pada tahun 1998, iaitu pada 22 Ogos di mana pada ketika itu, Gerhana Matahari Cincin telah berlaku di tanahair kita.


Jom Gerhana!


Sumber: Hisham (Hidrografi) www.falak-online.com


Siang Dipendam Malam Balas Dendam

.. memang kreatiff..


Secrets Of Success

Good article..

Ehh..kenapa tak leh terbang ni

Intel to shut facilities in Malaysia, Philippines, US

Walaupun aku tak kerja kat Intel, news macam ni buat aku risau gak huhu...time is bad now. Semuga sedara2 kita yg bakal diberhentikan tu tabah dan dapat peluang2 kerja yg lain pula.
Aku harap company aku dapat bertahan lagi, Insyallah.

Intel Corp., the world's biggest computer chip maker, announced plans on Wednesday to close facilities in Malaysia, the Philippines and the United States.

The Santa Clara, California-based company said the moves were expected to affect between 5,000 and 6,000 employees worldwide.

"However, not all employees will leave Intel," the company said in a statement. "Some may be offered positions at other facilities."

Intel said it will close two assembly test facilities in Penang, Malaysia, and one in Cavite, Philippines, in addition to wafer production facilities in Santa Clara and Hillsboro, Oregon.

The closures, Intel said, will take place between now and the end of 2009.

The moves were designed to "align its manufacturing capacity to current market conditions," the company added.

Intel reported last week that the economic slowdown and slumping demand for personal computers sent net profit sharply lower in the fourth quarter of the year.

It said net profit in the last three months of the year plunged to 234 million dollars, down 90 percent from a year ago.

Intel has also warned that it expects even worse results this quarter than the previous three months, with an expected revenue of seven billion dollars.


Tips Makanan lagi

Ok kali ni untuk yang dah sah jadi suami isteri..boleh la mencuba. Bagi yg belum tu, baca je ler :-)

Dari Pak Kadri SIM. Makanan Pembangkit Ghairah

"Adakah hubungan antara makanan dengan kemampuan seksual seeorang? Berikut beberapa jenis makanan yang dianggap dapat meningkatkan gairah seksual wanita maupun lelaki, antaranya ;

Seafood
Seperti daging merah, seafood mengandung Zink(Zn) yang vital bagi pria. Kekurangan Zink menyebabkan rendahnya dorongan seks, sedikitnya sperma (kurang subur) bahkan impotensi. Setiap ejakulasi sekurang kurangnya mengandung 5 mg Zink, sehingga makin sering berhubungan seks makin banyak Zn diperlukan.

Telur
Bukti bahwa sari telur ayam terbukti dapat meningkatkan dorongan seks sangat kuat sehingga diformulasikan dengan nama Ardor di Amerika dan Libido di negara lain. Meski penelitian belum dilakukan pada lelaki, sari telur cukup efektif mengubati kekurangan libido. Putih telur dikenal sebagai sumber vitamin B, utamanya B6 dan B5 yang merupakan asam panthotenic. Panthotenic ini bias menghadirkan kegairahan di tempat tidur karena keampuhannya menyeimbangkan kadar hormon, selain ampuh mempertahankan energy dan mengusir stress. Selain sumber protein dan fosfor, kuning telur mengandung lesitin yang mempengaruhi sekresi hormon seksual.

Madu
”Si Manis” yang satu ini merupakan sumber dari boron, jenis mineral yang banyak terkandung dalam sayuran hijau, buah buahan dan kacang kacangan yang berkhasiat membantu proses metabolisme tubuh dan penggunaan estrogen (hormon wanita). Selain itu mineral boron mampu meningkatkan kadar darah dalam testoteron yang merupakan hormon penting dalam proses kerja organ seksual dan terjadinya orgasme baik lelaki maupun wanita.

Tiram atau Kerang

Makanan ini terkenal masin di lidah, maklum namanya juga hasil laut. Tapi lupakan dulu masalah rasanya, cuba lihat kegunaannya sebagai aphrodisiac yang kaya fosfor dan Zn. Konon setelah memakannya gairah seksual akan melambung, apalagi jika para pria yang menyantapnya.

Asparagus
Jika tiram sangat berkesan memacu libido para pria, asparagus justru mampu membangkitkan gairah bercinta para wanita. Apa pasal? Pertama, sayuran ini kerap disebut sebut layak mewakili symbol alat vital! Kedua, asparagus ternyata kaya nutrisi seperti vitamin E, potassium serta fosfor yang mampu meningkatkan energy dan menambah keberanian wanita.

Cokelat

Menurut para ahli dengan memakan cokelat otak melepaskan serotinin yang membuat diri jadi tenang. Cokelat juga mengandung salah satu bahan alami yang bias meningkatkan atau memperbaiki suasana hati yaitu phenylethylemine, zat yang diduga para peneliti dapat mempengaruhi gelora cinta dan perasaan romantis. Juga mampu menaikkan daya seksual seseorang.

Pisang

Bukan hanya bentuknya yang selalu diidentikan dengan penis, pisang juga kaya bufotenine, suatu senyawa kimia yang berfungsi meningkatkan rasa bahagia, percaya diri dan dorongan seks di otak.

Ginseng
Merasa letih dan stress? Minum 1 gr ginseng setiap hari. Ginseng sangat baik untuk pria yang berada dalam banyak tekanan. Diatas ranjang ginseng menambah vitalitas dan meningkatkan dorongan seks.

Bawang Putih
Bawang putih terbukti dapat meningkatkan sirkulasi darah dalam daerah kelamin baik pria maupun wanita yang dapat mempercepat rangsangan seksual. Bagi etnik tertentu, menyantap bawang putih satu suing sehari merupakan hal yang biasa karena diyakini bahwa dengan lancarnya peredaran darah maka badan pasti sehat termasuk tetap bergairah melakukan hubungan seks.

Adas dan Merica Hitam
Jenis rempah rempah ini dapat merangsang pengeluaran hormon androgen dan merangsang saraf pusat. Jintan bermanfaat sebagai tonikum dan membangkitkan semangat. Kunyit untuk penyegar meningkatkan stamina dan daya tahan tubuh. Lengkuas merangsang semangat dan pereda lelah yang baik.

Seledri dan Kemangi
Bermanfaat melancarkan sirkulasi darah serta membantu rileksasi otot . Kemangi melancarkan sirkulasi darah dan merangsang keluarnya hormon androgen. Sementara seledri melancarkan sirkulasi darah dan membantu rileksasi otot.

Torpedo
Bila melihat semangkuk sup atau soto torpedo kemungkinan besar orang akan mengaitkan dengan urusan seksual. Torpedo atau kelenjar seksual kambing jantan ternyata mengandung banyak seng (Zn). Salah satu jenis mineral itulah yang bermanfaat dalam merangsang pembentukan sperma.

Gandum

Butir-butiran gandum dapat meningkatkan jumlah hormon testosteron yang artinya libido akan terpompa jika rajin mengkomsumsi gandum.

Kelp
Tumbuhan sejenis rumput laut dengan daun yang lebar ini menurut ahli nutrisi sangat baik bagi wanita yang kehilangan libido akibat gangguan hypotyroid. Kelp umumnya banyak diolah sebagai campuran dalam makan

Horny goat weed
Horny goat weed merupakan herba tradisional dari China yang digunakan untuk mengatasi masalah mati pucuk sejak dua ribu tahun dahulu.

Kini, kajian klinikal dari China (Liao et al., 1995) terhadap pesakit hemodialisis telah membuktikan horny goat weed memberi kesan positif pada kesihatan seksual dan sistem keimunan pesakit.

Bagi kaum lelaki, ia memberi kesan yang menyerupai testosteron, meningkatkan keinginan terhadap aktiviti seks dengan meningkatkan penghasilan sperma dan merangsang kepekaan sistem saraf.

Bagi wanita pula, horny goat weed membantu melegakan simptom menopaus seperti kemurungan, kurang minat terhadap seks dan kekeringan faraj.

Ginseng
Herba yang terkenal di kalangan kaum Cina. Ginseng dipercayai dapat memperkuat sistem pencernaan dan fungsi perparu, menenangkan pemikiran serta meningkatkan tenaga.

Di Korea, kajian (Hong et al., 2002) telah dijalankan terhadap 45 lelaki yang menghadapi masalah disfungsi erektil iaitu tidak berupaya mencapai dan mengekalkan ereksi.

Mereka yang menyertai kajian ini tidak pernah menerima sebarang rawatan bagi masalah disfungsi ereksi. Namun, 50 peratus daripada mereka mengambil sekurang-kurangnya satu jenis ubat penyakit kronik seperti diabetes dan tekanan darah tinggi.

Selepas menerima rawatan ginseng selama lapan minggu, kebanyakan peserta mendapati rangsangan ereksi, keinginan terhadap seks dan kepuasan terhadap seks telah meningkat.

Sebanyak 60 peratus daripada peserta kajian mendapati mereka lebih senang mendapat ereksi selepas menerima rawatan ginseng.

Ginkgo
Ginkgo digunakan secara meluas di Jerman untuk pesakit Alzheimer atau pesakit dengan daya ingatan merosot dan mental tidak berupaya berfungsi secara normal.

Kajian (Cohen, 1997) telah dijalankan terhadap pesakit dalam rawatan antikemurungan yang menghadapi masalah seksual seperti kurang libido dan tidak berupaya ereksi.

Selepas mengambil ginkgo selama enam hingga lapan minggu, kebanyakan pesakit mendapati fungsi seksual mereka telah meningkat.

Ginkgo meningkatkan pengaliran darah ke penis dan seterusnya menyokong serta mengekalkan ereksi apabila mendapat rangsangan seks.

Muira puama
Pada tahun 1990, institut seksualogi di Paris, Perancis menjalankan satu kajian terhadap 262 pesakit yang kurang nafsu seks.

Muira puama diberikan setiap hari dalam tempoh dua minggu. Keputusannya, 62 peratus pesakit mendapat kesan positif.

Satu lagi kajian dijalankan pada tahun 2000 di mana muira puama digabungkan dengan ginkgo dan digunakan sebagai rawatan bagi wanita dengan keinginan seks yang rendah.

Selepas sebulan, kebanyakan wanita mendapati keinginan seks, kekerapan melakukan aktiviti seks serta kepuasan dan kenikmatan seks telah meningkat.

Muira puama membantu mengendurkan saluran darah dan membenarkan lebih banyak darah mengalir ke bahagian alat kelamin. Dengan ini, ia meningkatkan kepekaan terhadap rangsangan seks.

Puncture vine
Puncture vine digunakan dalam perubatan tradisional China, India dan Greek untuk wanita mandul, lelaki mati pucuk dan kurang libido bagi wanita dan lelaki.

Kajian (Nasution, 1993) telah dijalankan terhadap empat lelaki yang didiagnos kurang libido dan tujuh orang lelaki yang didiagnos mati pucuk.

Puncture vine diberi selama dua minggu tanpa melibatkan suplemen vitamin dan terapi yang lain.

Sebanyak 50 peratus daripada mereka yang kurang libido melaporkan peningkatan keinginan seks manakala 60 peratus daripada mereka yang mati pucuk mengalami ereksi yang lebih baik termasuklah ereksi yang tahan lebih lama.

Dalam tempoh rawatan yang singkat, puncture vine menunjukkan keberkesanan. Ia meningkatkan fungsi reproduktif lelaki dengan meningkatkan hormon testosteron, penghasilan sperma dan libido.

Damiana
Di Mexico dan Amerika Selatan, damiana digunakan sebagai herba untuk merangsang nafsu seks dan antikemurungan.

Kajian (Arletti et al., 1999) terhadap tikus makmal menunjukkan damiana adalah berkesan bagi tikus yang mati pucuk dan kurang libido.

Setelah diberikan damiana, tikus lebih senang mendapat ejakulasi dan aktiviti seksual tikus lebih aktif.

Walau bagaimanapun, damiana tidak meningkatkan libido dalam kumpulan tikus yang sihat. Damania meningkatkan fungsi saraf serta kepekaan pada bahagian genital dan seterusnya merangsang keinginan seks.

Withania

Withania digunakan oleh kaum India untuk fungsi saraf yang sihat. Kajian (Malhotra et al.,1965) memberikan 3 gram withania setiap hari kepada 101 lelaki yang sihat dengan lingkungan umur 50 hingga 59 tahun.

Selepas setahun, 71 peratus peserta kajian mendapati prestasi seksual mereka lebih baik berbanding sebelumnya. Withania berupaya melawan tekanan emosi dan meningkatkan tenaga seks.

Aktiviti seks yang sihat menjamin perhubungan intim suami isteri. Sesungguhnya kajian telah membuktikan herba-herba ini berkesan untuk membantu individu yang mengalami masalah seksual.

SENARAI MAKANAN & HIKMAHNYA DALAM ISLAM

Good Info, Senarai khasiat makanan

Roti (khubz)


Roti yang paling bagus ialah diperbuat daripada gandum yang baik dimasak dalam pembakar roti yang bulat. Roti itu dibiarkan sejuk sebelum dimakan, jika tidak kita akan merasa haus bila memakannya. Roti yang sudah lama dan tidak elok akan menyebukan perut. Roti yang terdapat sekam gandum mudah dicernakan. Nabi s.a.w. pernah bersabda "Jangan potong roti dengan pisau, hormatilah roti itu dengan memotong dengan tanganmu kerana Allah menghormati roti itu".


Jintan Manis (anisun)

Jintan manis banyak khasiatnya ianya melegakan kesakitan dalam badan, melancarkan aliran keluar haid, membanyakkan susu dan membuang gas dalam usus. Ianya juga boleh digunakan dalam bentuk serbuk dan disapu disekeliling mata bagi menguatkan pandangan mata.


Epal (tuffah)

Epal yang masam lebih sejuk daripada yang manis. Ianya juga boleh menguatkan organ hati.


Asparagus (hiyawn)

Asparagus berkhasiat bagi membuka sekatan pada buah pinggang dan memudahkan kelahiran anak.


Pisang (mawz)

Pisang boleh menyejukkan badan dan ianya boleh dimakan dengan madu lebah.


Barli (sya'ir)

Barli berkhasiat sebagai penyejuk badan. Rasulullah s.a.w. pernah memberi sup barli kepada orang yg mengidap demam.


Selasih (manis rayhan)

Selasih berkhasiat untuk menguatkan organ hati, memudahkan tidur dengan cara menyapu kepala dengan basil yang dicampurkan air.


Mentega (zubdah)

Mentega khasiatnya memanas dan melembapkan. Baik untuk menghilangkan sembelit. Mentega yang dicampurkan dengan kurma dan madu sejenis makanan yang menghilangkan rasa mengidam pada perempuan hamil.


Bunga kubis (qunnabit)

Sayuran ini sukar dihadam dan bahaya untuk penglihatan.
Chamomile (babunaj)
Kegunaan chamomile ialah melancarkan aliran haid dan kencing. Ianya juga sangat berguna untuk memanaskan badan.


Lobak merah

Kegunaannya memanaskan badan. Ianya juga melancarkan aliran haid dan air kencing.


Biji kopi (qahwah)

Sebagai ubat penyakit buang air besar berdarah, menghilangkan dahaga dan dikatakan menimbulkan kebijaksanaan.


Biji hitam (habb al sauda)

Dilaporkan bahawa Nabi s.a.w. pernah bersabda "Jadilah seperti biji habb al sauda kerana biji ini ubat semua penyakit kecuali kanser dan mati". Adalah dilaporkan juga bahawa Allah Taala menunjukkan bahawa "ia" itu ialah hab al sauda menghapuskan angin dalam usus dan demam. Baik untuk merawat 'leukoderma' dan membuka saluran urat yang halus. Berguna untuk menghilangkan penyakit selesema.


Ayam (dajaj)

Memudahkan penghadaman. membetulkan imbangan badan, baik untuk otak dan badan, serta mencantikkan rupa paras. Walau bagaimanapun jika dimakan terlalu banyak boleh menyebabkan penyakit sendi dan yang terbaik ialah daging ayam betina yang tidak bertelur.


Kulit kayu manis (darchini)

Kulit kayu manis juga merupakan pemanas badan. Minyaknya sebagai penawar untuk menghapuskan rasa tidak hadam. Ia merupakan campuran (rempah ratus) yang digunakan dalam resepi masakan hampir tiga suku penduduk dunia. Limau kulit tebal, warna kuning pucat, kurang mengandungi asid (utrujj) Nabi Muhammad s.a.w. pernah bersabda, "Limau ini adalah seperti mukmin:bagus dirasa dan bagus dihidu". Limau ini menguatkan organ hati serta dapat menjauhkan kesedihan dan bintik-bintik pada kulit, menghapuskan kelaparan dan melambatkan pengaliran dalam hempedu.


Timun (qitta')

Yang masak menghilangkan panas dan menggalakkan pembuangan air kecil. Makan kurma dengan timun muda menambahkan berat badan.


Jintan putih (kammun)

Jintan putih khasiatnya untuk memanaskan badan. Jintan putih yang direndam di dalam air dan diminum adalah baik untuk mengubat perut yang memulas.


Tamar kering (tamr)

Nabi s.a.w. pernah bersabda, "Rumah yang tiada tamar atau kurma adalah rumah yg tiada bermakanan". Nabi s.a.w. sendiri pernah menanam kurma atau tamar. Kurma hendaklah dimakan dengan badam untuk menghapuskan parut yang tidak diingini.


Terung (badhijan)

Terung hitam menyebabkan keluarnya hempedu. Kecenderungan benda ini mengeluarkan hempedu dapat dibetulkan dengan memakannya bersama daging.


Telur (baydah)

Khasiat telur yang paling baik boleh kita dapati daripada telur ayam (setengah masak atau ?masak) bukan direbus keras. Putih telur melegakan apabila kita melecur atau kulit terbakar dan menghilangkan parut pada kulit.


"Endive" (hindiba)

Khasiat hindiba berubah mengikut musim. Hindiba' pada awal musim adalah yang paling baik dan yang dipenghujungnya sudah tidak berkhasiat lagi. Hadith menyatakan "makanlah hindiba dan janganlah bersendawa kerana sesungguhnya tidak ada satu hari pun titisan air syurga tidak jatuh ke atas hindiba".


Fenugreek (Hulbah)

Nabi s.a.w. pernah bersabda "jika umatku tahu apa yang ada pada hulbah, mereka pasti membeli dan membayarnya dengan emas". Antara khasiat hulbah membantu pengaliran haid dan berguna untuk menyembuhkan sakit perut(memulas) .

Car in park Fail

Adakah ini pernah terjadi pada anda? eh eh eh...

Pukul karang....


Dari Zubli

Lagu yang di Ban...

Korang penah dengar ke lagu ni.. lagu puisi mantan mufti perlis tu, lirik memang 'pedas' sebab tu kot kena ban huhu.. jom dengar.



Aku Bukan Musuh Harta!

Twin fish?






Free ride

Tutup depan buka belakang..

Korang tengok apa fesyen minah ni pakai.. ngalahkan pakaian artis barat la plak. Korang tahu sapa? Katanya juri sehari berdansa tu...malas nak komen lebih2. Memang haprak!!

Cerita dari metro

Tangisan anak2 di Gaza

Lihat la kekejaman bangsa Yahudi ni ke atas rakyat Palestine.. apa yang mampu kita lakukan? Sedih nya.. :-(

Along ke SAMER

Salam,

Hari ni 7 hb Jan hari pendaftaran pelajar tingkatan 1 ke SAMER, Sekolah Agama Menengah Rawang. Masa mendaftar dalam surat tawaran ialah dari pukul 9 hingga 11 pagi, pukul 10 pagi baru aku keluar sebab tunggu wife aku buat checkup kat Batu Arang.

Nasib baik ler dekat sekolah nya boleh sampai dalam 20 minit. Sampai dah ramai murid yang daftar dah, semak nama Along masuk kelas mana. Then masuk dewan untuk daftar diri dan daftar asrama sekali.

Taklimat oleh wakil PIBG dan Guru besar nya dalam 45 minit. Lepas taklimat terus pergi asrama dan disambut oleh senior yang tolong bawakan beg ke doom dapat doom 12. Satu doom ada 7 katil double decker so 14 orang la semua nya. Aku tengok ada katil yang dah bercadar, tinggal dua lagi yang belum ada so dapat la katil bawah.

Pasangkan cadar tilam dan betulkan almari yang hampir tak serupa almari, ganas juga bebudak sekolah agama ni. Almari yang ensel nya dah tertanggal pun ada. Almarinya pun kecil, besar lagi almari masa aku duk asrama sekolah teknik dulu. Mangga aku beli tapi lupa beli selak pintunya. Lepas kemaskan barang aku keluar pi cari kat kedai hardware, masuk semula pi kantin dulu makan sebab dah lapar hehe.. dah pukul 1.30 pun. Lepas makan aku minta dengan pengawal untuk masuk ke doom nak pasangkan kunci almari.

Sebelum balik pergi jumpa Along kat dewan masa daftar tadi, sessi taaruf dah mula hingga hari jumaat ni. Kasi kan sikit duit, cikgu nya pesan jangan bekalkan duit banyak sangat takut hilang katanya. Sekolah agama pun kes hilang duit ni ada gak katanya..

Aku pesan la apa yang perlu semasa tinggal di asrama base on pengalaman aku duduk asrama masa sekolah dulu. Masa kat doom tadi aku tanya kat budak senior tu di asrama ni ada ragging ke. Dia kat ada tapi tak la teruk sangat, teruk macam mana tu plak aku tanya dia senyum jer...

Lepas tu balik..minggu ni aku datang kot nak tengok macam mana.

Boikot produk Israel..

Salam,

kita semua tahu yang saudara seislam kita sedang di bunuh di Palestine dek kekejaman Israel. Aku kalau tengok news kat TV memang secara spontan aku akan memaki bangsa yahudi yang kejam ni..minta doa Allah turun kan bala kat askar2 yahudi/israel yang sedang membunuh rakyat Palestine. Tapi itu jer kita boleh buat berdoa, nak harap negara2 pak arab yang disekeliling Palestine tu bantu rakyat Palestine memang hampeh betul..setakat kutuk jer la.

Aku dengan ini menyertai para blogger2 yang lain untuk mengajak anda semua untuk memboikot barangan/produk yang menyumbang kepada negara Israel ini. Mungkin ada yang kata.. alah setakat boikot bukan nya boleh kalahkan bangsa yahudi. Tapi ini adalah antara bende yang kita boleh bantu sedara islam kita di sana, nak pergi berperang melawan kecanggihan senjata mereka memang kita tak mampu so kita guna cara lain. Mungkin tak beri impak yang besar tapi at least kita ada niat nak membantu rakyat Palestine dgn cara memberi tekanan dari segi ekonomi Israel.

Aku kerap terpikir kalau la diturunkan burung ababil musnahkan askar2 yahudi tu kan bagus...

Mana2 produk yang BOLEH kita boikot, kita boikot. Mana yang tak DAPAT tu apa nak buat..




Adakah anda sanggup melihat gambar2 ini tanpa sebarang perasaan...







Save IJN...

Salam,

Hari ni aku nak ajak sesapa yg jengok blog aku ni sertai kempen blogger untuk selamatkan IJN. Tentu ramai dah maklum akan isu ini so tak payah ler aku explain kan :-) So kalau korang faham isu sebenar pasal ni dan menentang penjualan IJN tu boleh ler join blogger yang lain dengan meletakkan logo di bawah kat blog korang sebagai sokongan. Tak nak pun takpe!


SAY NO TO SIME DARBY!

Hari pertama pesekolahan 2009

Hari ini hari pertama sekolah untuk 2009, tahun ni 4 orang anak aku yang bersekolah. Along akan masuk tingkatan 1 ke SAMER rawang, Angah darjah 5 dan Along darjah 3 akan mula bersekolah di SK BTP 2 dan Uda di Pra sekolah JAIS di Sg Besar.

Along akan daftar pada 7hb nanti dan akan duduk di asarama, sk btp 2 masih belum siap sepenuhnya so untuk tempoh 3 bulan ni akan menumpang lagi di sekolah menengah btp pd sessi petang.

Kak Uda akan masuk pra sekolah JAIS kat kampung wife aku, aku memang tak nak hantar sebab jauh tapi wife aku yang nak sangat so aku benarkan la. Hari sabtu lepas dah balik ke kampung, so hari ini wife aku kat kampung lagi untuk uruskan semua bayaran sekolah tu. Kak Uda nya memang suka dapat duduk dengan atuk dan neneknya, hari2 dok tanya bila nak sekolah kampung ni... sampai naik jemu plak nak menjawab nya :-)

Pagi ni angah dan alang akan ke sekolah agama, petang akan ke sekolah kebangsaan.

Cuba ni...

Tak tau la samada anda semua dah tahu ke belum ni. Buka yahoo.com dan cuba anda klik pada tanda seruan dihujung perkataan yahoo tu...tengok apa jadi.

Pasikan komputer anda ada speaker ler :-)


TALI PINGGANG BELAKANG... PENTINGKAH SANGAT?

Hari ni dah masuk hari ke 3 penguatkuasaan penggunaan tali pingang keledar belakang. Ramai gak dengarnya dah kena saman, dah beritahu supaya pakai pun ada juga yang kena saman! Ni samada mereka tu degil atau memang dia orang memang banyak duit nak bayar saman :-)

Bagi kereta yang takde tali pingang keledar tu macam mana yer? Saya rasa mesti ada penyelesaian terbaik bagi kereta yg didaftarkan sebelum tahun 1995 yang tiada tali pinggang keledar jika kita benar2 prihatin tentang keselamatan diri kita serta keluarga kita.

Bagi aku elok la pakai, bagi anak2 yang masih kecil tu latih la mereka supaya pakai. Ini demi keselamatan mereka juga, jika mereka menangis tak nak pakai biar! Biarkan mereka menangis sekarang dari kita yang menangis nanti. Bukan la kita minta sesuatu yang buruk berlaku kan..tapi elok la beringat sebelum terjadi apa2

Memang ada pro dan kontra dalam isu ini, dalam byk forum kat internet yang aku baca ramai gak yang menghentam dari melihat kesan positifnya usaha baik pihak berwajib dalam isu ini. Tak paham sungguh dengan kebanyakan orang malaysia ni.....

Cuba masuk youtube dan type rear seat belt pada engine seach..Lihat dengan mata kepala anda sendiri kenapa undang2 supaya seat belt belakang perlu diwajibkan.

Susah memang susah .... tapi sayang ler nyawa tu......
Satu contohnya..




yang ini pula.... dengar kata pakar...



kita lihat beza antara pakai dan tak pakai...



untuk lihat maklumat tentang keselamatan kereta masuk kat web ni.. http://www.euroncap .com/home. aspx. Banyak lagi info2 lain kat internet yg boleh kita cari..

Sempena tahun baru 2009M dan 1430H ni... ada baik nya kita berhijrah kepada yang lebih baik demi kita dan juga keluarga kita. Rasanya tak rugi kan...

Makin kurang ajar

Korang tengok snap shot ni..depa ni makin kurang ajaq! Ini la hasil keterbukaan PM Malaysia sejak dia memimpin...maaf la kalau ada die hard fan PM Malaysia yang baca.

Tak kisah la kalau dia nak berniaga tapi awat plak menghina melayu dengan perkataan ba** tu. Ni sengaja nak cari pasal la ni..

Cerita..

Akhir Dari Sebuah Pertengkaran


Ketika makan tengahari bersama, Pian berbual dengan Amat jiran sebelah rumahnya.

Pian: "Amat, aku dengar semalam kau bertengkar dengan isteri kau?"

Amat: "Ya betul..."

Pian: "Mesti hebat kan? Jadi akhirnya macam mana?"

Amat: "Akhirnya dia berlutut di depan aku..."

Pian: "Wuahhhh hebat sekali kau... kau memang jantan sejati, kemudian apa kata isteri kau?"

Amat: "Isteri aku berteriak dengan kerasnya, "Hei kalau kau anak jantan, keluarlah dari bawah katil tu dan hadapi aku!!"

Pian: "@#$!%^&%"


---- sumbangan: Ramly

Selamat datang 2009

Saya ingin ambil kesempatan mengucapkan Selamat Tahun Baru 2009. Semoga dengan kehadiran tahun baru ini akan mendatangkan kesejahteraan dan kebahagiaan kepada anda dan kita semua.

WISHING YOU ALL THE VERY BEST IN
╔══╦══╦══╦══╗
╚═╗║╔╗║╔╗║╔╗║
╔═╝║║║║║║║╚╝║
║╔═╣║║║║║╠═╗║
║╚═╣╚╝║╚╝╠═╝║
╚══╩══╩══╩══╝
¤ø„¸¨°º¤ø„¸ ¸„ø¤º°¨¸„ø¤º°¨
¨°º¤ø„¸ HaPpY ¸„ø¤º°¨
¸„ø¤º°¨ NeW yEaR``°º¤ø„¸
¸„ø¤º ``°º¤ø„¸ ¤ø„¸¨°º¤ø„¸¸„