Dah Jumpa..

Dapat sikit info dari respeks pasal kampung yang aku cari semalam. Oleh kerana petang tadi balik kerja tak hujan aku plan p cari la kejap.

Sampai rawang masuk ke simpang ke Taman bersatu, bawa moto slow tengok kiri dan kanan. Dalam tu banyak gak kilang2 rupa nya, sampai ke penghujung nampak papan tanda 'UMNO Cawangan Bukit Kelapa". Ni kot kampung yang Haji rahmad nak pergi tu,memang ada pokok kelapa atas bukit tapi sebahagian bukit tu aku tengok dah kena sodok. Aku masuk dalam ada lagi papan tanda yang sama..

Ada sorang mamat indon aku jumpa sedang kemas kan kawasan sekeliling, aku tanya ni kampung pokok kelapa ke. Haah katanya, aku tanya ada surau ke kampung ni. Dia tunjukkan surau nya, hemm agak besar gak surau nya tapi rumah tak la banyak aku tengok. Aku jumpa lagi 2 orang yg sedang sembang kat tepi surau, tanyakan mereka lagi untuk pengesahan. Nama betul nya kampung bukit kelapa, mungkin haji Rahmad silap dengar kot.

Lepas tanya aku balik, sms haji rahmad beritahu aku dah jumpa kampung tu. Malam dia tel semula, dia minta tolong jemput dia dan kawan nya nanti hari jumaat ni.

Terima kasih la bro yang kasi info kat di mana letak naya kampung bukit kelapa ni, ramai gak orang tak tahu pasal kampung ni. Nanti la aku survey apa yang ada kat kampung bukit kelapa ni..

Kampung Pokok Kelapa..

Malam semalam Hj Rahmad tel aku, dia tanya kat mana kampung pokok kelapa di Rawang. Aku tak tahu plak ada nama kampung tu kat rawang ni..aku kata tak tahu dan tanya dia kenapa.

Dia kata dia dan ada sorang dua lagi kawan nya nak pergi ke surau kat kampung tu Jumaat ni. Aku kata aku memang tak tahu tapi nanti aku tanyakan orang2 sini yang mungkin tahu, dia kata ada kilang simen berdekatan. Memang ada kilang simen kat Rawang ni..tapi aku memang tak pernah dengar plak nama kampung tu..

Malam ni aku pergi open house rumah jiran selang 4 rumah deret yang sama, aku tanya semua yang datang tu pernah dengar tak nama kampung pokok kelapa kat rawang. Semuanya tak tahu dan baru pertama kali dengar ni.. :-)

Mana ya letaknya kampung pokok kelapa ni..

Tayar kena paku lagi..

Aku perasan masa pergi open house klinik doktor Ilham semalam, aku masuk parking senget so tayar terkeluar tu yang nampak paku. Besar la juga, sebab aku nak keluar aku tak keluarkan dulu. Bila jalan dengar la bunyi berlaga kat jalan..

Pagi ni aku pesan kat wife aku sebelum balik sg besar pergi kat kedai kereta kat medan atas tu untuk keluarkan paku tu dan tampal jika keluar angin. Tengahari aku tel, dah buat dah. Balik kampung hantar mak mertua aku, along tinggal.

Tengahari keluar p pejabat pos hantarkan i-charge en mohamad di terengganu. Dua unit en zainal aku belum kasi ni..

Rawang -> Banting -> Labuhan Dagang

Sebelum keluar talipon Wak Wan tanya dia di mana, dah duk banting rupa nya. Aku ingat masih di KKB, wife dia dah pencen rupa nya. Dia pelawa datang ke rumah nya di sana, Insyaallah aku kata.

Pergi open house doktor Ilham kat medan puteri atas tu. Dia jemput semua patient dan panel klinik dia. Sampai baru nak mula lepas buat bacaan doa selamat. Banyak gak hidangan, raya la katakan. Aku just makan satay dan roti canai sekeping, kat rumah dah sarapan pun sebabnya. Anak2 aku di pulun nya air batu campur masing2, harap jangan batuk dah le. Tengah makan ada sorang mamat tegur aku, rupanya budak ex-uitm shah masa aku belajar dulu. Course lain tapi dia sama buat pra dengan course mate aku, Balok. Nama gelaran tu, nama betul ntah dah lupa. Rupa nya dia duduk sebelah rumah cikgu yang aku hantar along tuisyen kat blok 3 tu. Minta dia kirim salam kat Balok jika jumpa dia, bulan ramadhan ari tu aku jumpa sorang lagi course mate aku Hamzah (dulu aku panggil Lambert) kat shah alam. Yang lain2 setakat ni tak pernah jumpa la lagi...

En Fazli tel beritahu on the way ke KL malam ni ada program di Damansara kata nya..sambung makan.

Lepas bersalaman dengan doktor, cau.. Wife aku tanya nak pergi ke rumah Wak Wan, aku cakap boleh tapi kena sponsor duit minyak ler :-) Ikut jalan di puncak alam meru klang, sampai klang salah masuk jalan plak sangkut 15 minit. Dalam perjalanan ke Banting terima sms minta alamat rumah aku, nak datang beraya jika aku ada kat rumah. Aku fikir sapa plak ni, rupanya Hana. Takde rezeki la nak datang beraya tahun ni, tahun depan Insyaallah ada umur datang la lagi Hana ye..

Sampai banting nampak macam nak hujan, betul2 sampai depan rumah Wak Wan hujan turun. Wak perempuan nya dan anak2 ada kat rumah, wak wan ke masjid solat zohor. Ada la dalam sejam lebih kita orang minta diri dulu, pergi plak ke labuhan dagang. Rumah ayah angkat kang jamil abang wife aku, dulu masa along kecil rasanya aku ada pergi sekali. Dah lupa kat mana rumah nya, tanya kan kat orang kat situ. Ada plak sorang brother tu baik hati bawa tunjukkan jalan sampai depan rumah wak tu.

Duk sampai dalam 6.30 kita orang minta diri, itu pun di minta nya stay lagi sampai malam. Balik rawang dulu, esok je wife aku hantar mak nya balik sungai besar.

Teringat siang tadi en fazli kata ada program di damansara, aku tel zubir downline suhairi penang. Rupa nya dia di pelangi damansara, kat rumah wak nya la. Semalam aku ada kat sana tak teringat plak nak tel dia. Aku suruh dia tel en fazli, kalau free suruh dia pergi.

Singgah di petronas kat NKVE kota damansara solat maghrib. Anak2 aku nampak MD, nak pulak. Nenek dia orang belanja, aku kata beli bawa balik je. Sampai rumah kul 9 malam...

Kat Damansara hari ni..

Hari ni tak kerja..keluar dalam kul 8.30. Pergi mydin rawang dulu, wife aku nak cari barang katanya. Aku duk dalam kereta je malas nak ikut masuk.

Lepas tu g pasar rawang cari buah plak, sesak juga dengan orang meniaga tepi jalan. Pasar dah besar meniaga gak tepi jalan, buat jalan sesak je.

Lepas beli barang terus ke Damansara, mak mertua aku ada kat rumah abang ipar aku jaga cucu nya sementara dapat cari orang jaga.

Aku ingat nak pergi desa petaling petang ni, tapi ada lagi nampak nya tak selesai. Tak jadi la nampak nya..

Aku online carikan data kad kak tie, data kad yang hari tu tak boleh guna kat laptop dia. Laptop dia guna expresscard, jenis tu mahal bangat dia tak larat nak bayar plak. Budget dalam 300 je, aku orderkan usb modem je. Harga dalam 360 termasuk pos, yang lebih aku sponsor la.

Data kad yg lebih kurang sama aku guna ni dah murah dulu aku beli 450, la ni boleh dapat bawah 300.

En Zainal join GOLD

Salam,

Alhamdullilah en zainal join team i-charge.net network dengan pakej GOLD. En Zainal ni ialah rakan SST aku dulu di syarikat MLM sebelumnya.

Lepas merudum nya syarikat yang lepas dia slow sikit buat MLM online, tapi dia tertarik plak dengan produk yang aku buat sekarang lepas lihat website aku yang tak seberapa ni.

Tapi aku masih hutang 2 unit pada dia ni, semalam dia tel nak ambil tapi tak sempat nak singgah di keramat. Aku nak hantarkan ke office dia kata hari ni dia nak balik ke kampung. So minggu depan baru dapat kasi kat dia.

Minta aku siapkan website untuk promosi kan i-charge ni, wah nampak semangat dah ada tu. Nak linkkan kat blog dia kata nya.

Apa i-charge tu? :-)

Tips: Melajukan FireFox

Ok this one I got through email, wanna to try!

Tip Untuk Melajukan Surfing Menggunakan Firefox.
- Credit to Tok_Aslim.

kepada pengguna Streamyx... kelajuan boleh mencecah 5 kali bila surfing dan telah terbukti...

1. Buka firefox anda, dantaip kat address tu ----> about:config
2. Right click kat mana2 pastu select New -> Integer ...... dan paste skrip berikut -----------> nglayout.initialpaint.delay .............. pastu set 300

kalau tidak berpuas hati dgn 300.. boleh disetkan kepada -----> 0

kalau masih tidak suka dgn kelajuannya... cuba yg ini pula, type skali lagi ----> about:config

1. tengok config tu dan scroll down sampai jumpa skrip tersebut
network.http.pipelining
network.http.proxy.pipelining
network.http.pipelining.maxrequests

2. double click kat situ utk tukar false tu kepada true, contohnya -

network.http.pipelining - true
network.http.proxy.pipelining - true
network.http.pipelining.maxrequests - 30 (sekali request 30 mai)

3. pastu type skali lg -----> about:config dan select New -> Integer dan paste skrip tersebut --->
nglayout.initialpaint.delay
set kepada 0

dan kita restart firefox (tutup dan buka semula)

kita boleh test... sepatutnya akan melajukan 2 hingga 3 kali lebih laju daripada biasa.. Selamat Mencuba.... ..

Kredit to putera aslim at webkl.net

Semalam..

Semalam En Zainal tel masa aku meeting, tengahari aku tel dia semula tanya ada apa. Dia kata nak tambah lagi dua unit, sat lagi masukkan duit kat akaun aku. Aku tak tanya lagi macam mana kesan guna kat naza dan sarento dia tu. Dia sms dah masukkan duit, nanti aku tel bila nak kasi 2 unit tu kat sungai buloh.

Aku sms wife aku beritahu dia mungkin malam ni aku nak ke HQ nak beli ecash sebab ecash aku tak cukup nak reg en zainal. Ingat nak tambah ecash untuk 5 unit dari en ahmad jerteh dan ustaz Bazri punya tu.

En Norizan plak tel..ni mesti nak order lagi. Betul jangkaan aku :-)First dia minta maap sebab tak dapat beraya kat rumah aku hari tu, dia kata masa aku sms hari tu dia dah keluar. Tak pe panjang umur insyaallah tahun depan boleh le datang. Dia nak order satu unit untuk kawan dia, esok tel lagi macam mana nak ambil.

Balik cuaca ok, sampai templer dah gelap. Kat hutan kanching dah turun hujan, sempat berhenti pakai baju hujan. Lebat pulak hujan sampai kat tasik puteri, tak singgah ambil angah.

Sampai rumah tengok ada kereta abang ipar aku, datang dengan mak dan adik wife aku. Lepas maghrib aini datang dengan zainudin, balik dari kerja terus ke rawang.

Aku tak jadi keluar ke HQ, dia orang datang beraya tak sedap plak aku nak keluar. Aku tel en Fazli minta tolong dia reg kan en zainal, aku transfer kan duit ke acc dia. Barang aku minta dia hantar kan ke alamat aku.

Dalam 9.30 dia orang balik, jemput datang beraya kat rumah dia orang plak kat Damansara. Tak tahu bila nak kesana..

Penyakit Chikungunya

Pernah dengar tentang penyakit ni? Here is some info..

Penyakit Chikungunya adalah penyakit jangkitan virus yang disebarkan oleh gigitan nyamuk Aedes. Gejala utama jangkitan adalah demam panas, rasa sakit yang teruk pada sendi terutamanya sendi kecil dan ruam. Chikungunya tidak menyebabkan kematian dan adalah ’self-limiting’ ataupun sembuh dengan sendiri. Pesakit cuma memerlukan rawatan simptomatik dan rehat secukupnya, namun gejala sakit sendi boleh berlarutan bagi pesakit yang telah berumur. Rawatan hospital hanyalah untuk keadaan tertentu sahaja. Pesakit kebiasaannya memperoleh imuniti sepanjang hayat. Sepertimana jangkitan virus lain, tiada ubat khusus atau vaksin untuk penyakit Chikungunya. Cara paling berkesan untuk mengelakkannya adalah dengan mengawal pembiakan nyamuk aedes di persekitaran kita.

Disediakan oleh: Dr. Azlan Darus - Penolong Pengarah Kanan (CPBV), Bahagian Kawalan Penyakit ( 30 Julai 2008)

Disemak oleh : Ahmad Safri Bin Mokhtar - b/p Timbalan Pengarah Kawalan Penyakit

http://blog.moh.gov.my/?p=175

sumber lain boleh tengok kat blog ni http://wordpress.com/tag/chikungunya/

Iklan Menarik...

Let see..

Bahaya Pinggan Mangkuk MELAMINE

Sebarkan info ini jika anda sayangkan rakan-rakan dan keluarga anda!!

Kebanyakan pinggan plastic di Malaysia dibuat daripada MELAMINE yang mengandungi ' urea formaldehyde ' dan sangat berbahaya kepada kesihatan. Urea Formaldehyde adalah sejenis bahan yang biasanya digunakan untuk membuat bekas barangan electric dan 'insulation' wayar electrik. Bahan ini amat berbahaya jika memasuki badan manusia. Ia boleh menyebabkan masalah sistem penghadaman , masalah pernafasan, batu karang, kegagalan buah pinggang , cancer pundi kencing dan kerosakan sistem pembiakan .

Kebanyakan restoran-restoran di Malaysia juga menggunakan pinggan jenis ini kerana ia tidak mudah pecah dan kelihatan cantik seperti pinggan ceramic. Mudah sahaja untuk mengenali pinggan mangkuk yang diperbuat daripada melamine. Pada kebiasaanya di bawah p inggan ini tertulis MELAMINE. Tetapi pinggan-pinggan melamine yang di buat di Thailand atau China selalunya tidak menulis perkataan ini di pinggan tersebut. Mangkuk pinggan melamine dari Thailand adalah jenis paling berbahaya disebabkan bahan kimia yang terdapat dalam pinggan mangkuk tersebut sangat mudah 'leech out' ke dalam makanan kita, terutamanya jika makanan itu panas. Oleh itu elakkan semua pinggan mangkuk plastik yg kelihatan berkilat seperti seramik, kerana ia kemungkinan besar adalah melamine.

Selain itu, bahan MELAMINE ini juga boleh bertindak-balas dengan bahan makanan dan membentuk racun yang lebih berbahaya, iaitu melamine cyanurate . Bahan ini akan membentuk cry stal seperti kaca yang boleh merosakkan salur darah dan buah pinggang.

Baru-baru ini kecoh berita tentang pencemaran melamine di dalam susu kanak-kanak. Kira-kira 15 bayi telah mati dan beratus-ratus sakit buah pinggang di China disebabkan oleh bahan ini. Pada tahun 2007 juga, telah kecoh di Amerika Syarikat kerana bahan melamine yang mencemarkan makanan haiwan peliharaan telah membunuh beratus-ratus binatang peliharaan. Ini adalah bahan yang SAMA digunakan di dalam pembuatan pinggan melamine.

Pinggan-mangkuk melamine ini banyak dijual di pasaraya di Malaysia termasuk di TESCO, GIANT, MYDIN, CARREFOUR dan byk lagi. Untuk keselamatan, gunalah pinggan yg dibuat dari kaca atau seramik kerana bahan ini adalah sangat 'stable' dan tidak beracun.

Banyak kerajaan di Eropah, New Zealand, kerajaan Amerika Syarikat, dan juga kerajaan UAE telah mengharamkan semua mangkuk pinggan yang diperbuat daripada melamine.

Seminggu cuti raya

Salam lebaran..

Hari ini aku mula kerja, sepatutnya semalam :-) Minggu lepas beraya di Melaka hingga hari sabtu, pagi lepas sarapan aku balik ke rumah wife aku di sungai besar plak.

Balik dari sungai besar ke rawang malam semalam sampai rumah dalam kul 12 tengah malam, gerak dari rumah wife aku kul 11 malam aku bajet sampai dalam 1 jam kalau jalan tak jam la. Tengok jam kat kereta lebih sikit 1 jam, wife aku jaga eh dah sampai..

So everything back to normal la, dengan kerja dan biz part time aku ni. Kena all out semula ni..

Tengah meeting tadi en Zainal tel tapi aku tak dengar, sms dia semula sedang meeting. Aku belum dapat reg kan dia lagi, ingat malam tadi nak reg kan tapi no acc maybank dia plak along dah delete kat tel ericson aku tu. Kena minta semula la..

Aku sms wife aku minta tolong poskan i-charge utk orang jerteh yang dah bayar dua hari lepas.