Rawang --> KL---> Melaka...

Aku keluar dalam 12.30..

Pergi carefour wangsa maju, wife aku nak redeem voucher Digi yang aku dapat semalam bersama bil. Minyak dah nyala plak, isi kat shell melati. Aku isi penuh dapat dalam rm160.80, set meter to zero nak tengok berapa KM boleh dapat

Lepas redeem voucher, g solat zohor dan pusing2 jap cari ole2 untuk mak dan ayah untuk raya. Dapat cari untuk mak je, itu pun adik dah ngamuk nak air putih...nak air putih! Kalau dah nak tak kira depan orang ramai tu dia mengamuk, aku bawa p cari air.

Dah dekat pukul 4 keluar, ikut MRR2 ke sungai besi. Clear sampai tol banyak kereta, lepas tol clear sampai nilai slow gerak dalam 10km/j. Ada accident kot, setengah jam gak la sampai senawang baru clear. Ada accident tadi kot, nampak dua buah moto tepi jalan tapi dah settle kot.

Sampai Alor gajah dekat 6.30, singgah cari ole2 untuk ayah plak. Tel mak aku buka kat alor gajah je, aku g cari aku g beli makanan untuk buka. Lepas beli semua dah dekat nak buka, g masjid buka kat situ. Lepas solat keluar dan sampai rumah dalam 8.30.

Dalam perjalanan tadi tel aku asyik berbunyi terima sms ucapan raya, lepas makan aku plak dok balas sms depa.

Dekat kul 11 abang aku sampai dari senawang dengan keluarga.

Bayar bil sebelum balik...

Hari ni aku akan pulang ke Melaka, sekarang masih lagi berkemas.

Aku settlekan dulu semua bil-bil yang patut dibayar, kang tertunggak plak. Bayar guna maybank2u kat rumah je, guna online mudah sikit tak perlu pergi kaunter.

Bil api dan air bulan ni tak perlu bayar sebab bulan lepas aku bayar lebih, so bil bulan ni ada lebih lagi.

Wife aku tertidur nampak nya tu, penat berkemas kot. Itu pun aku suruh angah tolong, kesian plak aku kat wife aku tu.

Aku pun nak kemas diri plak... :-)

Iklan raya..

Ingat lagi tak iklan2 ni... mana satu yang anda rasa terbaik?

















2008?

Office dah lengang..

Hari ni aku kerja lagi huhu..malam ni tengok anak bulan!

Office dah lengang dah, ada la dua tiga kerat lagi kerja. Tu mesti kampung dekat la tu, kalau malam ni diumumkan raya sempat lagi balik kampung.

Aku rasa esok tak raya lagi kot, kalau raya kena la balik malam ni. Kalau jalan tak jam dlm 3 jam boleh sampai dah.

Tel kampung, mak aku jawab. Tanya apa khabar, baik alhamdullillah. Tanya sapa dah balik, takdo yang balik dia orang nghayo kek nghumah memasing kata mak aku. uhukk sedih plak aku dengar, tu yang ada keluarga sendiri la tu. Mak kata kak tie je yang dah balik, memang la akak aku tu single.

Aku beritahu hari ini aku kerja lagi, insyallah esok aku balik. Jalan bebaik, keto banyak ni pesan mak aku.

Hari kerja tak banyak sangat, settle kat apa yang patut sebelum cuti seminggu ni.

Berbuka di sungai besar..

Minggu terakhir ramadhan ni aku berbuka puasa sekali lagi di kampung wife aku lagi di sungai besar, balik hari sabtu tengahari lepas zohor. Wife aku kata mak nya ada buat kerepek lebih katanya. Minta balik ambil nak kirim kan sikit kat besan nya, mak dan ayah aku la di melaka.

Sebab tahun ni turn kami beraya kat melaka. Memang tiap tahun aku take turn beraya bila raya aidil fitri, raya haji tengok mana sempat depend pada cuti aku.

Sampai sungai besar awal sikit, tu pun aku bawa tak mcm biasa. Boring plak rasanya, laptop tak bawa plak. Kalau bawa boleh la aku online sekejap sementara tunggu buka.

Ahad lepas zohor aku balik, ari tu ada janji nak jupe sorang prospek dari klang kat shah alam. Dia kata boleh jupe kat sek 18, aku sms tak balas. tel pun tak jawab. Aku pergi gak, mana tahu dalam perjalanan mungkin dia call aku. Sampai shah alam pergi masjid dulu solat asar, lepas solat aku tel lagi masih tak angkat. Nampak nya takde rezeki la nampak gaya nya, aku tel mak chik ada kat rumah belum balik kampung lagi. Aku berbuka kat rumah mak chik lagi sekali.

Lepas isyak gerak, pergi mydin dan giant. Wife aku belum beli baju raya nya, so aku kasi la duit soh p beli. Ingat malas nak ikut masuk nak duduk dalam kereta je tapi ingat kan dua orang yang kecik tu kang lasak dalam sesak orang ramai aku ikut sekali..

Ramai plak lagi orang kat shah alam ni, dua minggu lepas masa aku datang ramai gak. Ni dah tinggal dua hari nak raya orang masih ramai lagi. Cari parking satu hal, terpaksa pusing 2/3 round..

Dekat kul sebelas baru wife aku habis cari barang..tu yang kadang2 aku malas nak ikut. Beli barang tak la banyak mana tapi round nya yang lebih lama.

Itu pun aku cakap cepat sikit, esok nak keje. Esok 29 ramadahan aku keje lagi, malam tengok anak bulan. Agak2 raya tak selasa, tak kot!

K la dah kul 12 lebih, esok nak bangun sahur. Siang nak keje lagi, nak beradu dah.

salamm..

Review kertas UPSR along

Malam tadi wife aku minta along mana kertas UPSR, along kata ada tapi simpan. Wife aku tanya kenapa tak kasi tengok..sengeh dia.

Aku tanya, along boleh tak dapat 5A. Boleh kot jawab dia. Wife aku semak kertas BM, yang lain aku semak.

Matematik ada la dua tiga soalan yang dia bulat kan, makna nya tu tak faham la tu. Aku tengok dia tak tanda pun jawapan nya, yang lain semua dia tanda kan jawapan nya.

Ada juga yang salah aku tengok, tak faham soalan la tu. Along adalah batch pertama student yang di ajar dalam BI untuk matematik dan sains tapi soalan UPSR masih dwi bahasa sebab belum konfirm lagi untuk Math dan Sains soalan total dalam BI.

Untuk subjek sains dan BI aku tengok along tak de masalah dari jawapan yang dia tanda kan tu, cuma aku tak pasti matematik tadi tu la...

Anyway aku harap along akan dapat keputusan yang baik nanti, Insyaallah.

Zakat Fitrah ada DISKAUN?

Macam2 orang sekarang ni ye..setahun sekali pun masih nak berkira :-(

Wanita tak dapat diskaun zakat maki amil


KUALA LUMPUR: Hanya kerana permintaannya mendapatkan diskaun ketika membayar zakat tidak dipenuhi, seorang wanita bertindak luar batasan apabila dia sanggup memaki hamun amil bertugas di Stesen Sentral Kuala Lumpur (KL Sentral) di sini, kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 5 petang itu, wanita terbabit pada mulanya berkunjung ke kaunter pembayaran zakat sebelum meminta diskaun 10 peratus daripada jumlah sepatutnya dibayar kepada amil bertugas.

Namun, selepas diberikan keterangan dan permintaannya itu ditolak amil berkenaan, wanita terbabit tiba-tiba mengamuk dan memaki hamun petugas kaunter zakat itu.

Adegan 15 minit itu menarik perhatian puluhan pengunjung KL Sentral yang terdengar kecohan.

Wartawan Harian metro turut mendapat rakaman video yang sempat dirakam seorang pengunjung yang secara kebetulan berada di kawasan itu untuk membayar zakat.

Dalam rakaman video kira-kira dua minit itu, seorang wanita berusia lingkungan 30-an berbaju coklat dan berseluar hitam mengeluarkan perkataan bodoh dan mendakwa petugas kaunter zakat terbabit menipunya berulang kali dengan suara yang kuat.

Wanita terbabit dilihat duduk berhadapan amil yang hanya mendiamkan diri walaupun pelbagai perkataan kesat dilemparkan kepadanya.

Ketika itu, dua anggota polis yang kebetulan membuat rondaan turut berada di lokasi berkenaan dan selepas beberapa minit 'mengamuk' wanita terbabit ditenteramkan petugas keselamatan KL Sentral sebelum dia beredar dari kaunter itu.

Sebelum itu, wanita terbabit turut meminta anggota polis menahan petugas kaunter zakat berkenaan kerana mendakwa lelaki itu menipunya.

Difahamkan, wanita terbabit meminta diskaun 10 peratus ketika hendak membayar zakat fitrah, namun amil yang bertugas enggan melayan permintaan itu.

Saksi kejadian, Saifull Lah Ahtee, 30, berkata dia yang berniaga di kawasan itu tiba-tiba terdengar teriakan wanita terbabit yang duduk di kaunter hanya beberapa meter dari gerainya.

"Saya segera bergegas ke situ dan mendapati seorang amil zakat fitrah yang menjalankan tanggungjawabnya dimarahi wanita terbabit.

"Saya yang kehairanan kemudian bertanyakan kepada pengunjung lain di situ dan terkejut apabila mereka mendakwa wanita itu mula berang selepas permintaannya mengurangkan bayaran zakat ditolak amil terbabit," katanya ketika ditemui di sini, semalam.

Pengurus Pemasaran dan Perhubungan Awam Malaysia Resources Corporation Berhad (MRCB), Norhayati Kudri, mengesahkan kejadian itu, namun mendakwa keadaan di stesen berkenaan terkawal dan menyifatkannya kes terpencil.

"Saya dimaklumkan mengenai kejadian itu oleh kakitangan beberapa minit selepas kekecohan itu dan bergegas ke situ serta cuba menenangkan wanita terbabit.

"Saya yakin wanita itu tidak berniat jahat...dia mungkin tidak dapat mengawal emosi ketika kejadian," katanya.

Menurutnya, wanita terbabit mula mengeluarkan kata-kata yang kurang menyenangkan selepas permintaannya bagi mendapatkan diskaun bayaran zakat ditolak amil itu.

"Beberapa pegawai yang cuba menenangkan wanita itu terpaksa membiarkannya kerana dia bertindak agresif ketika didekati," katanya.

Norhayati berkata, ketenangan amil berkenaan yang hanya mendiamkan diri ketika wanita terbabit menghamburkan kata-kata kesat membuktikan kredibilitinya sebagai seorang yang penyabar dan sesuai dengan tugasnya.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi), Datuk Che Mat Che Ali, ketika dihubungi enggan mengulas lanjut mengenai insiden berkenaan.

Bagaimanapun, beliau berkata hanya orang yang tidak waras sahaja yang akan bertindak sedemikian.

Open the windows after you enter your car

MUST READ............fOr yOUr GoOd HeAlTh.......

In brief, the above article says: According to research done by a U.C., the car dashboard, sofa, air freshener will emit Benzene, a cancer causing toxin (carcinogen). In addition to causing cancer, it poisons your bones, causes anemia, and reduces white blood cells. Prolonged exposure will cause Leukemia, increasing the risk of cancer. May also cause miscarriage.

Acceptable Benezene level indoors is 50 mg per sq. ft. A car parked indoors with the windows closed will contain 400-800 mg of Benezene. If parked outdoors under the sun at a temperature above 60 degrees F, the Benezene level goes up to 2000-4000 mg, 40 times the acceptable level. The people inside the car will inevitably inhale an excess amount of the toxin.

It is recommended that you open the windows and door to give time for the interior to air out before you enter. Benzene is a toxin that affects your kidney and liver, and is difficult for your body to expel.

In case anybody read, you may share it with people out there :-)

BERAPA HARI ORANG MUSAFIR HARUS TINGGAL PUASA?

Assalammualaikum, jom ulangkaji.

Soalan; Ust, tumpang tanya sikit. Untuk pengetahuan ustaz, saya dihendaki mengikuti kursus semasa bulan ramadhan selama satu minggu ke luar negara. Soalan saya adakah saya wajib berpuasa sepanjang berada di luar negara dan bagaimanakah jika saya tidak berpuasa dan apakah hukumnya ?.

Jawapan;

Menurut ulamak, seorang itu diwajibkan berpuasa jika ada pada dirinya syarat-syarat berikut;
1. Islam
2. Baligh
3. Berakal
4. Mampu berpuasa; yakni sihat tubuh badan, tidak sakit.
5. Tidak bermusafir
6. Bersih dari haid dan nifas

Jadi, orang yang bermusafir tidak wajib berpuasa, yakni diharuskan ia berbuka (tidak berpuasa). Namun, jumhur ulamak (termasuk mazhab Syafi’ie) menetapkan; hendaklah jarak musafir itu melebihi dua marhalah (85-90KM) iaitu sama jarak yang mengharuskan solat qasar. Jika kurang dari jarak itu, ia tetap wajib berpuasa. Walaupun harus berbuka, jika ia dapat berpuasa tanpa mendatangkan mudarat pada dirinya, berpuasa itu lebih baik dari berbuka kerana Allah berfirman; “Berpuasa itu lebih baik bagi kamu jika kamu mengetahui” (al-Baqarah, 184).

Selama ia dalam perjalanan, rukhsah itu terus berjalan baginya. Adapun jika ia berhenti di suatu tempat/persinggahan, ia tertakluk dengan hukum berikut;

1. Sekiranya ia berniat untuk tinggal di situ 4 hari atau lebih (tidak termasuk hari masuk dan hari keluar), tamat musafirnya dan tidak harus lagi ia meninggalkan puasa hinggalah hari ia keluar dari situ. Itu adalah mengikut pandangan jumhur ulamak (merangkumi mazhab Syafi’ie, Malik dan Ahmad). Adapun mazhab Imam Abu Hanifah; tamat musafirnya jika berniat tinggal 15 hari atau lebih.

2. Sekiranya ia berhenti di satu tempat untuk suatu urusan dan ia tidak berniat untuk tinggal di situ beberapa hari tertentu, akan tetapi bergantung kepada urusannya, iaitu sebaik sahaja selesai urusannya ia akan keluar dari situ, harus baginya meninggalkan puasa selagi urusannya belum selesai sekalipun meliputi sebulan penuh Ramadhan.

Merujuk kepada kes saudara, oleh kerana saudara telah mengetahui bilangan hari saudara akan tinggal di luar Negara itu dan jumlah hari itu melebihi empat hari, maka menurut jumhur ulamak; sebaik saudara tiba di situ, musafir saudara telahpun terputus dan saudara tidak harus lagi meninggalkan puasa kecuali hari saudara akan pulang nanti (yakni bermula kembali musafir saudara). Jika saudara memakai pandangan Imam Abu Hanifah, haruslah saudara meninggalkan puasa selama saudara tinggal di luar Negara itu kerana bilangan hari saudara akan tinggal di situ kurang 15 hari.

Perlu diingatkan; puasa-puasa yang ditinggalkan semasa musafir itu wajib diqadha/diganti semula selepas Ramadhan sebelum tiba Ramadhan yang baru.
Wallahu a’lam.

Rujukan;

1. Fiqh al-Ibadat, Syeikh Hasan Ayyub, hlm. 418 dan 446.



Sumber : Link

Tidur Banyak! Mati Cepat!

Assalammualaikum, salam ramadhan. Let share this information.

Terlalu banyak tidur atau tidur lebih dari lapan jam sehari tak hanya akan membuat Anda dicap sebagai pemalas tapi juga membuat Anda cepat mati. Wah....!

Penelitian yang dilakukan oleh Institusi American Cancer Society ini melibatkan 1000 orang relawan dari beberapa negara bagian di Amerika, dan berhasil mengungkapkan bahwa orang yang tidur lapan jam sehari ternyata berisiko 12% meninggal lebih cepat. Risiko ini meningkat menjadi 17% pada orang-orang yang tidur sembilan jam sehari. Risiko kematian yang paling besar terjadi pada seseorang yang tidurnya mencapai sepuluh jam sehari, yaitu mencapai 34%.

Mengapa tidur lebih dari lapan jam sehari tidak dianjurkan? Profesor Daniel F. Kripke, salah seorang peneliti mengatakan bahwa terlalu banyak tidur sama seperti terlalu banyak makan. Tubuh tidak memerlukan lebih dari yang ia perlukan, terlalu banyak tidur hanya akan membuat organ tubuh melemah. "Sebaiknya setiap orang mempunyai kebiasaan tidur 6,5 jam sehari, tapi harus tidur yang berkualiti. "Tak ada alasan untuk menambah jam tidur, tubuh akan memberitahu kita berapa banyak jam yang ia perlukan untuk beristirahat, " ujar Prof... Daniel.

Jadi, merujuk pada penelitian di atas maka dapat diambil kesimpulan bahwa tidur tujuh jam sehari adalah yang terbaik. Penelitian tersebut menunjukkan bahwa tubuh paling merasa nyaman jika hanya tidur selama tujuh jam. Tak masalah juga jika tidur kurang dari tujuh jam sehari. Misalnya, enam atau lima jam sehari. "Tapi ingat, tidak baik bagi kesehatan apabila Anda terus menerus tidur kurang dari lima jam sehari dalam waktu yang cukup lama," ujar Prof. Daniel mengingatkan.

"Kalau selama ini Anda tidur lebih dari yang diperlukan oleh tubuh, maka mulai sekarang hilangkan kebiasaan tersebut. Tidurlah yang berkualiti dan yakinlah bahwa tidur selama tujuh jam sehari telah mencukupi dan membawa impak yang positif bagi kesehatan Anda," ujarnya.

Terlalu banyak tidur atau tidur lebih dari lapan jam sehari tak hanya akan membuat Anda dicap sebagai pemalas tapi juga membuat Anda cepat mati. Wah....!

Penelitian yang dilakukan oleh Institusi American Cancer Society ini melibatkan 1000 orang relawan dari beberapa negara bagian di Amerika, dan berhasil mengungkapkan bahwa orang yang tidur lapan jam sehari ternyata berisiko 12% meninggal lebih cepat. Risiko ini meningkat menjadi 17% pada orang-orang yang tidur sembilan jam sehari. Risiko kematian yang paling besar terjadi pada seseorang yang tidurnya mencapai sepuluh jam sehari, yaitu mencapai 34%.

Mengapa tidur lebih dari lapan jam sehari tidak dianjurkan? Profesor Daniel F. Kripke, salah seorang peneliti mengatakan bahwa terlalu banyak tidur sama seperti terlalu banyak makan. Tubuh tidak memerlukan lebih dari yang ia perlukan, terlalu banyak tidur hanya akan membuat organ tubuh melemah. "Sebaiknya setiap orang mempunyai kebiasaan tidur 6,5 jam sehari, tapi harus tidur yang berkualiti. "Tak ada alasan untuk menambah jam tidur, tubuh akan memberitahu kita berapa banyak jam yang ia perlukan untuk beristirahat, " ujar Prof... Daniel.

Jadi, merujuk pada penelitian di atas maka dapat diambil kesimpulan bahwa tidur tujuh jam sehari adalah yang terbaik. Penelitian tersebut menunjukkan bahwa tubuh paling merasa nyaman jika hanya tidur selama tujuh jam. Tak masalah juga jika tidur kurang dari tujuh jam sehari. Misalnya, enam atau lima jam sehari. "Tapi ingat, tidak baik bagi kesehatan apabila Anda terus menerus tidur kurang dari lima jam sehari dalam waktu yang cukup lama," ujar Prof. Daniel mengingatkan.

"Kalau selama ini Anda tidur lebih dari yang diperlukan oleh tubuh, maka mulai sekarang hilangkan kebiasaan tersebut. Tidurlah yang berkualiti dan yakinlah bahwa tidur selama tujuh jam sehari telah mencukupi dan membawa impak yang positif bagi kesehatan Anda," ujarnya.

Duit Raya..

Lepas meeting pagi aku keluar sekejap g bank, nak depositkan cek yang ustaz bazri kasi semalam..ingat nak la tukar duit untuk buat duit raya

Tak jadi! punya la panjang orang berbaris nak tukar duit, ni kalau aku tunggu berbaris sama mau dekat sejam jenuh menunggu..tak jadi.

Alang2 dah keluar ni aku terus ke maybank melawati, pun berbaris gak. malas nak tunggu gak, aku g plak kay ampang point. Orang tak ramai, tanya rupanya dah habis.

Aku pi sebelah plak ambank..tanya ada duit tukar ke. Ada tapi dia kata bukan baru yang recycle tapi tak lama sangat..aku kata boleh la malas nak cari tempat lain dah.

Balik aku keluar lambat sikit..tah kenapa aku ngantuk sangat plak petang ni. Berhenti sekejap kat stesen minyak, lelap kan mata sekejap..ada la dalam 5 minit kot. Jalan semula, nasib baik ok tak rasa ngantuk lagi..

Malam ni aku g terawih bayar fitrah sekali kat mat noh..

Zakat Fitrah belum bayar lagi..

Hari dah 23 ramadhan, seminggu lagi nak menjelang syawal.

Alamak fitrah belum bayar lagi ni..cadang malam tadi nak bawa duit masa pergi terawih. Lupa plak, dah naik moto keluar baru teringat lupa nak amik duit.

Malam ni harap tak lupa lagi. Tahun lepas aku bayar di tasik puteri, tahun ni aku bayar tempat yang sama gak la..

Isteri ku positif!

Assalammualaikum,

Malam tadi isteri buat self checking sebab dah lama tak datang "bulan", beli kat klinik najihah.

Check, positif! Maknanya pregnant lagi! Aku tak tahu nak cakap apa, isteri ku nampak macam sedih la plak. Kesian plak aku rasa.

Bukan tak suka tapi jika dah Tuhan nak kasi lagi aku terima cuma kesian plak kat isteri aku tu. Ingat dulu nak ikat tapi tak buat2 pun.. Yang ni masuk yang ke enam lepas ni kena ikat gak. Takut terbabas lagi :-)

Aku berdoa semuga isteri aku sihat sepanjang tempoh dia mengandung. Pagi ni pergi klinik buat check up dah 7 bulan rupanya.

Petang pergi rumah mak teh utk buka puasa, ari tu aku pergi berbuka rumah makchik kat shah alam. memang tiap tahun aku akan pergi berbuka puasa rumah mak2 sedara aku.