Bateri kong!

Salam..

Wife aku tel beritahu kereta tak boleh start! Hah..risau aku kejap. Wife aku kata bila nak star bunyi tat..tat..aku kata biarkan dulu tunggu aku balik. Agak nya bateri dah habis kot, lagi pun dah lebih 2 tahun dah.

Sampai rumah, lepas sembahyang asar aku tengok. On kunci tekan i-charge, hah merah! Memang sah bateri dah kong, cuba start tak boleh pun. Nasib baik habis kat rumah, dibuat habis tengah jalan masa wife aku bawa kemana-mana susah gak. Itu pun katanya nak keluar tadi pergi rawang.

Last aku keluar 2 malam lepas pergi tesco selayang, masa tu aku tak tekan plak i-charge tu. Nampaknya kena la aku spend lagi kat kereta, dua minggu aku tukar 2 biji tayar masa balik melaka. Tapi rasanya memang masa ni kot kena ready tukar mana yang patut tukar, dah lebih 2 tahun aku guna kereta ni. Nasib aku baik ada la duit dari biz aku ni untuk aku spend untuk semua ni, alhamdulillah. Aku kena usaha kembangkan biz aku lagi untuk pastikan semua dalam keadaan baik.

Mana nak cari bateri dah nak malam ni, esok nya la kena cari. Tanya Man harga bateri sekarang pun dalam 240 yang biasa.

Biz: Kaedah promote bisnes terbaru dgn BULK SMS

Salam,

Antara internet business yg aku cuba.

Terbaru dari http://www.mybulksms.biz/?ref=yazifa

Iklankan produk dan perkhidmatan anda kp semua penguna trus ke handphone disamping jana pendapatan bila anda perkenalkan system ini kepada rakan2 anda.

PERKENALKAN SEORANG PELANGGAN DAPAT RM70..PERKENALKAN 3 ORANG PELANGGAN DAPAT RM310!!
HANYA GUNA SISTEM BULKSMS KAMI, DAPAT SEHINGGA RM885,720!!!

SEMEMANGNYA BONUS TERTINGGI DALAM SEJARAH!!

Untuk siapa BULKSMS ni?

1. Orang yg memang mencari perkhidmatan begini untuk mempromosikan perniagaan mereka. - Masih tetap menguntungkan daripada subscripe plan pengiklanan bulk sms di tempat lain sebab yg lain tiada pelan affiliate.

2. Orang yang memang berniat untuk nak Duduk Diam-Diam Dapat Duit - Kalau anda dari golongan ni, maka sendiri mau ingatlah untuk register awal-awal. Sebab lazimnya sistem auto downline spillover force matrix begini memang memberikan keuntungan lebih kepada orang yang join awal. Tapi kalau lambat pun, apa nak heran... anda sendiri yang memilih untuk 'Duduk Diam-Diam', so.. jangan la nak bising pulak, yer tak?

3. Orang yang nak gunakan sistem, disamping nak konsentrate buat penajaan langsung untuk insentif yang lebih lumayan. - Golongan ni baik join awal ke, join lambat ker, memang tetap akan berjaya insyaAllah.

JOIN SEKARANG!! JADI ANTARA MEREKA YANG TERAWAL.SEHINGGA HARI INI VIP BELUM LAGI CECAH 200 ORG.

http://www.mybulksms.biz/?ref=yazifa

leh wat online marketing cara sms? LIhat demo ini di :
http://www.truetech.bulksms2u.com/bulksmsv2/
user: demo1234
pass:1234

Utk mendapatkan system bulk sms marketing ini... sila ke http://www.mybulksms.biz/?ref=yazifa Join sekarang!!peluang spillover masih cerah!jadi yg terawal.

JOIN SEKARANG!! Eh ada orang baca ker ni? huhu...

HQ tel..

Pagi ni dapat tel dari mxb..beritahu balance stok aku 5 unit tu dah boleh ambil. Siap cakap nanti susah plak nak business takde stok..haah aku cakap memang dah lama susah pun..gelak dia.

Semalam lagi aku dah tel cakap nak ambil tapi malas plak aku nak keluar. Hari ni aku bawa kereta, balik keje nanti nak terus ke sana...

Malam tadi en sajidin sms aku, dia kata dah test dah. Dia kata bila on aircond steering dah tak gegar dah..minta aku upload kan website dia. Lepas siap upload aku sms dia..

Malam tadi pun kat YM ada sorang student dok tanya pasal i-charge. Tul ke boleh save petrol, aku cakap memang boleh la. Nak test pun boleh..kul 10 kul turun tengok CSI :-) minta sambung esok hehe..

Pagi ni aku YM dia lagi..dia cuak gak nak beli terus kata nya. Takut tak berkesan katanya sbb dia dah pasang magsaver, micro..apa tah aku lupa. Semua nya hampehh katanya..aku kata nak test dulu pun boleh. Tapi tu la, dia duk kat cyberjaya nun..:-(

Hari Lahir Along

Hari ni 12/8/08..hari lahir along yang ke 12. Wife aku janjikan basikal...dah dapat pun minggu lepas aku beli dari cikgu depan tu. Anak dia ada 4 biji basikal tp tak guna pun.

Angah pun dapat sekali..tak di beli sibuk berebut. Hari lahir dia 23/8 ni. Yang selalu beralah along nya la..

Interesting Info: Nail Clippers

Ok..lets see a new technique or a better way to use nail clipper.

Boring betul aku dgn HQ..

Salam,

Hari ni aku tel HQ lagi tanyakan stok..hampeh betul :-( masih lagi takde..boring betul aku dengan jawapan yang sama..

Kena tunggu lagi minggu depan...ciss. Lepas ni memang aku tak amik la lagi kat HQ, tension tul di buat nya. Macam mana nak buat business macam ni barang takde, takkan nak jual pamplet kot. Tapi tak pe sabar..sabar..mungkin ini dugaan. Lepas dapat yang 5 unit ni aku ambil barang dengan en Ghafar lagi senang..

Tengahari en Norizan tel nak kan 1 unit yg dia minta minggu lepas untuk abang dia, petang nanti katanya nak tel lagi bila nak ambil..

Aku sms budak ridzuan keramat ari tu tanya jadi ke nak test, ari tu dia sms aku nak test dulu sebelum nak beli. Minggu lepas aku takde stok lagi, aku kata aku akan sms dia bila ada stok. Aku sms dia tak balas plak, takpe la..kalau dia nak nanti biar la dia yang sms aku..

Kul 7 en norizan tel dia kata dah masuk kan duit, aku beritahu aku nak balik melaka malam ni atau pagi esok. Mula minta aku singgah wangsa maju kalau jadi balik malam ni, bila dia aku kata nak balik melaka dia minta aku bawa kan sekali ke melaka sbb abang dia ada duk kat felda gak..ok gak tak perlu la aku pergi wangsa maju.

Lepas mandi tengok ada sms dari ustaz bazri tanya ada stok ke..aku balas ada. Lepas sembahyang tengok ada sms lagi dari dia..dia nak malam ni dan minta aku hantar..boleh aku kata tapi lambat sikit sbba aku nak ambil along dari tuisyen, dia kata ok.

Lepas amik along aku terus g gombak, sampai 10.45. Dia ada kat gerai makan kat stesen bas greenwood nak makan malam kata nya..aku duk kejap join dia sambil borak2. Dia nak 2 unit dulu dulu..ok tak ape boleh aku kata..11.45 aku gerak balik.

Dapat sms en sajirin sarawak, beritahu dah bank-in duit. Kena la aku minta wife aku poskan esok pagi, aku nak gerak awal pagi esok balik melaka. Dah tinggal sebijik stok aku..5 unit kat HQ lum dapat lagi. Harap2 isnin ada la barang nya..jangan dia kata kena tunggu lagi dah la...

RENUNGAN : Sifat-Sifat Manusia

Selama kita hidup, kita tidak perasan
kita tergolong dalam sifat-sifat manusia yang mana.


a) Lebih suka mencari kesalahan orang lain dari kesalahan dirinya.

b) Tidak suka ditegur tetap lebih suka diiyakan.

c) Suka disanjung walaupun ianya racun hidup.

d) Menolong dan menyanjung orang lain jika ada kepentingan dirinya.

e) Lebih suka mengikutkan hati daripada akal.

f) Mengutamakan kemewahan dan hidup berpura-pura.

g) Tidak memegang janji jika,

Bila kena upah WANG

Bila kena upah PEREMPUAN

Bila kena upah PANGKAT

h) Tidak mengenang budi dan berterima kasih.

i) Suka berbohong dan hipokrit.

j) Hendak nama tapi tidak mahu berusaha.

k) Tidak boleh memegang rahsia dan penakut.

l) Bersifat prejudis,stereotaip dan diskriminasi.

m) Benci dikecam tapi gemar dipuji.

n) Lebih besar ingatan kepada dunia daripada kematian.



Allah SWT Berfirman

" Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu"

Dah dapat stok..

Salam,

Pagi ni aku sms en Ghafar minta dia datang kat keramat kalau dia boleh hantarkan 5 unit stok yang aku minta malam tadi, sat tu dia tel cakap boleh datang. Aku minta dia datang dalam 12.30 masa launch..

Kul 11.30 dia tel dah sampai kat petronas, so kena la aku keluar sekejap. Pergi keluarkan duit kat petronas dan terus amik barang kat dia. Dia ajak pi minum kejap ok la aku kata. Sembang la pasal biz ni ada la dalam setengah jam gak. Dia kata lepas ni boleh tel dia kalau nak kan stok, dia pun kata kalau pergi HQ memang susah dapat stok. Dia stokis so memang selalu ada stok, dia amik dari HQ pun memang banya. Firus pun selalu amik stok dengan dia, en fazli pun baru amik 20 unit dengan dia.

Lepas ni boleh akua amik dengan dia je, dia pun boleh datang kat keramat ni..Kira settle satu masalah tp lupa lak nak tanya dia tentang estock. Takpa nanti aku tel tanya kan dia..

Uda ke Desa water park..

Salam,

Hari ni wife aku ikut rombongan tadika kemas ke Desa water park, mereka buat hari sukan kat situ katanya. Wife aku teman kan kak uda walaupun pergi dengan cikgu nya. Aku tak berapa yakin cikgu nya boleh jaga semuanya anak muridnya, budak-budak dengan lasak nya dan macam-macam ragam lagi. Kak uda tu pun kadang-kadang wife aku pun hangin di buat nya dengan tak tahu duk diam nya kat rumah..

Itu pun hari-hari dok tanya bila nak pergi, bila nak pergi..sampai wife aku naik hot di buat nya..hehe..Lawak nya wife aku kata, cikgu nya kasi surat nak pergi pertengahan bulan lepas. Tak tahu macam mana dia faham, balik dari tadika dia kasi surat kat wife aku dia kata cikgu beritahu nak pergi esok nya..esok nya bising suruh wife aku hantarkan ke tadika cepat dan nak bawa sekali pelampung..wife aku kata bulan depan la bukan hari tu...tak caya gak. Sampai tadika wife aku suruh cikgu nya kasi tau dia sendiri bila nak pergi, lepas cikgu nya kasi tau kat dia..dia malu agak nya terus nangis kat situ..hai tu la dia budak2 kan..kadang2 nak marah tak guna juga sebab dia tak faham.

Kul sepuluh kata nya baru nak gerak, bas lambat kata wife aku masa aku sms..

Tak tahu la macam mana agak nya kak uda kat sana tu.. :-)

Cari stok..

Salam,

Hari ni aku tel HQ tanya ada stok tak..macam biasa la jawapan nya :-( 'stok takde, mungkin jumaat ade..' ermm boring aku.

Sms en fazli tanya mana nak dapat stok, sat dia tel aku. Dia kata cuba tanya stokis mungkin depa ada stok. Dia kasi 1 kontek stokis yang dia selalu amik stok, en Ghafar. Dia buat stokis di utara tapi duk d K.L katanya..ok la nanti aku cuba tel dia.

Lepas sembang dengan en Fazli dapat plak sms dari sarawak nak beli 1 unit, nak esok katanya..aku kata esok tak dapat la tapi kalau jumaat mungkin ada la kot. Dia kata takpa dia bayar dulu. Then aku tel en Ghafar, dia ada di HQ katanya. Tanya ada stok ke, ada..nak berapa dia tanya. 5 unit je aku kata...dia kata boleh anta kan esok. Wah bagus gak ni..lain kali aku order kat dia je la..dia minta aku remind dia esok.

5 unit lagi tu nampak nya aku kena amik kat HQ jumaat ni..harap2 dapat. Bila la MXB nak settle kan problem stok ni..

Ambil stok..

Salam,

Tengahari tel mxb tanyakan stok dah ada ker, yang jawab kata ada tapi tak banyak. Aku minta 5 unit dulu kalau tak dapat 10 unit yg aku order last week. Yang jawab tu mungkin boleh kot, suruh aku datang malam nanti. 5 pun jadi lah, en shafawi dah sms aku tanya bila boleh dapat barang. Tak sedap plak nak tunggu lama2..cikgu Abdullah banting punya pun nak kena hantar gak tu..

Aku sms khairudin suruh datang HQ malam ni utk ambil barang dia, last week dah bayar masa jumpa di HQ.

Wife aku sms dia tak masak malam nanti, tanya nak makan apa. Aku cakap apa2 la, dia kata nak beli mee kari. Sebenar nya last week aku janji nak bawa makan di luar tp belum sempat2 lagi, tu yang tak masak tapi tak jadi lagi nak bawa. Tengok la hujung minggu ni kot..

Lepas maghrib aku keluar, sampai dalam kul 8.30.Orang tak ramai macam minggu lepas, teus ke kaunter tanya kan siti pasal 5 unit tu. La rupa nya yang jawab masa aku tel siang tadi bukan siti tp yg lagi sorang tu tak apa nama dia hehe..nasib baik dia bagi aku 5 unit.

Lepas ambil barang tunggu si khairudin, baru jer sampai masa aku keluar. Ajak minum kejap sambil cite sikit pasal plan. Lepas sembang sekejap, sebelum balik aku kasi kat dia leaflet dan poster kat dia. Apa2 hal minta dia tel aku..

Balik singgah greenwood hantarkan barang untk ustaz bazri, dia beritahu kat klinik dia. Nasib baik aku ingat lagi map ke klinik dia, aku ada tengok kat web dia ari tu. Sampai dia tengah dok merawat pesakit nya, dia kata Datuk yang ari nak yang satu unit tu. Dia tanya ada lagi ker, dia nak pun nak satu. Nasib baik ada lebih satu, so habis dah stok aku :-(

Balik, sampai rumah terus aku bungkuskan untuk en fawi dan cikgu dollah untuk hantar esok. So aku kena la slow down promosi aku lagi.. :-( stok takde nak buat macam mana.
Permintaan banyak stok plak takde..sabo laa

INFO: Strange Human Facts...



OK let's share..

The strongest muscle in the body is the tongue.

It takes about 20 seconds for a red blood cell to circle the whole body.

The average human will eat an average of 8 spiders while sleeping.

The average women consumes 6lbs of lipstick in her lifetime.

On average, a 4-year-old child asks 437 questions a day.

Only 7% of the population are lefties.

The average person's left hand does 56% of the typing.

A human brain weighs about 3lbs.

1/4 of the bones in your body are in your feet.

You blink over 10,000,000 times a year.

When you sneeze, all bodily functions stop ... even your heart.

If you yelled for 8 years, 7 months and 6 days you would have produced enough sound energy to heat one cup of coffee.

Americans on average eat 18 acres of pizza a day.

If you farted consistently for 6 years and 9 months, enough gas is produced to create the energy of an atomic bomb.

The human heart creates enough pressure when it pumps out to the body to squirt blood 30 feet.

Koala and humans are the only animals with unique fingerprints.

The scent of apples and/or bananas can help you lose weight.

The average person falls asleep in seven minutes.

Children grow faster in the spring.

On average a human will spend up to 2 weeks kissing in his or her lifetime A one-minute kiss burns 26 calories.

Kesan petrol naik harga..

Agak nya la kan, adegan macam ni ada tak jadi kat Malaysia ni :-) sejak kerajaan naikan harga minyak

3 ogos bersamaan 1 Sya'ban...

Salam..

Hari ni ahad 3 ogos bersamaan dengan 1 sya'ban 1429H, hari lahir aku yang ke 3+.. hehe berapa ya :-) Wife aku sms ucapkan "selamat hari lahir abang", aku kat office sebab kerja hari ni huhu..:-( apa nak buat masih makan gaji lagi..boss kata kerja kena la kerja.

Selamat hari lahir kepada aku..hehe. aku berdoa kepada Allah semuga panjang umur, sihat selalu, di murahi rezeki, dijauhi dari segala masalah dan musibah.

Masih banyak perkara yang belum dapat aku tunaikan untuk keluarga aku..semuga dikurniakan olah Allah kesihatan yang sihat supaya dapat laksanakan segala impian aku dan juga dapat beribadah kepada NYA..amin.

jumpa lagi..

Early celebration..

As I telling before my besday falling in this month on 3rd august hehe.. but this afternoon my office's friend did a surprise to celebrate my birthday in our office.

No wonder they ask me to come back early after prayer and asked me not to eat 'banyak2' haha..we had a small gathering before others come back to office after long break. They bought a banana + chocolate cake for me..



Cutting the cake after singing.. :-)



Below is our picture taken by amatur photographer haha..see the pic you know laa.. I'm wearing the black baju melayu la..do I look old? hehe..:-)



Thanks to all my friend who celebrate my bitrhday even though it's 2 day earlier..

You can see it in japan..

Any of you had been to Japan? If so I suppose you will see this when using train :-) Can you just imagine how to breathe inside the train huhu..



Only in japan :-)

Ogos..

Salam,

Hari ini dah masuk bulan Ogos dah..bulan kemerdekaan bagi negara kita Malaysia. Bulan ini juga bulan kelahiran aku hehe dan juga 2 orang anak aku, along dan angah.

Hari lahir aku jatuh pada 3/8, along 12/8 dan angah pada 23/8. Wife aku plan nak buat sikit makan2 untuk budak2. Boleh la aku kata kalau rajin..

k la cau..